tupoinet beb...tupoinet.blog buih"So? macam mana hari kedua ko takde phone? Ke ko dah ade phone?" Seorang perempuan gemuk bertanya aku.
Perempuan gemuk itu memang banyak soalan2 pelik yang aku sendiri tak terpikir.
"Best je. Macam biasa" Aku jawab tenang.
"Abih tu macam mana bebudak ajak ko JMP*?" Tanya dia lagi penuh semangat inquisitive.
*******
Satu2 nya benda yang aku rindu pasal takde handphone adalah aku tak tau nombor2 orang lain. Itu sahaja. Aku tak dapat banyak phone call sebelum ni dan aku tak buat banyak panggilan ke orang lain. Jadi transition aku kepada dunia phoneless adalah lebih mudah.
*******
"I tunggu u kat tepi eskalator. Pakai baju putih dan bawak bunga ros""Ok"Macam biasa, usha dulu. Kalau tak cun, boleh balik rumah.
Life is so much easier without a handphone.
JMP is JOM MINUM PETANG.
No comments:
Post a Comment