9.2.10

Look out!


Pandang ke atas.
blog buih

"PPppiiiinnnnnnnNNNN"

Motor tu mencelah depan kereta aku. Pembonceng pandan ke belakang. Angkat2 kepala tanda marah.

Aku buat tak tau. Aku dah signal. Dia hon untuk aku berhenti kerana dia hendak lalu.

"Petang2 dalam KL beb, ko laju2 pun nak pegi mana?" Bisik hati aku.

Motor tu berhenti kat depan aku. Dua2 pandang ke belakang. Si pembonceng siap turunkan aviator berkilat2 yang mungkin di beli kat Downtown Cheras minggu lepas.

Aku angkat tangan.

Dia angkat tangan balik. Kemudian sambung mencelah2 kereta lain. Hampir terlanggar side mirror.

*******

Dah jadi kebiasaan gaya memandu di Kuala Lumpur. Motor hon-hon, kereta harus berhenti untuk biarkan mereka mencelah.

Kalau terlanggar, siapa betul siapa salah kita ketepikan.

"Siapa yang jatuh beb?"

No comments:

Post a Comment