29.11.08

Aku pencinta haiwan, tapi aku bela hantu.






blog buih

Jam menunjukkan pukul 3.50pm. Petang Sabtu memang amat tidak menyenangkan. Lebih2 lagi apabila tiada aktiviti menarik untuk mengisi masa lapang.

Aku yakin rata2 kawan2ku tahu aku tidak menyukai binatang. Kalau gi kedai mamak sahaja aku selalu terkejut bila kaki aku digosok2 kucing. Tapi aku sebenarnya suka sangat pada binatang. Cuma aku tak suka sentuh binatang itu. Aku rasa macam geli dan kotor.

Tapi aku suka binatang2 begini. Agaknya sudah 18 tahun mereka duduk beramai2 disitu. Haiwan2 ini tidak bergerak, tidak memerlukan kos pembiayaan perubatan dan makanan dan juga tidak berak di merata2 tempat. Namun aku rasa mereka kuat mengawan kerana kali terakhir aku pandang, aku rasa bilangan mereka sudah pun bertambah.

Haiwan2 ini juga tidak menggosok2 kan badan mereka ke kaki orang yang sedang melepak. Harap2 mereka tidak berbuat begitu kerana aku mungkin mati terkejut.

Selain dari itu, aku juga ade koleksi permainan ghostbuster. Yang dikanan sekali hantu tong sampah. Kerja hantu tong sampah ini adalah untuk membuang sampah2 yang sekian lama terperam di tepi jalan. Namun tatkala malam menjelma, ia boleh bertukar menjadi seakan2 mentadak mentadu. Tahap horrornya agak tinggi. Macam tengok Pak Lah tertidur ketika mesyuarat UMNO.

Disebelahnya adalah hantu American Football. Hantu ini berbadan tegap dan sesuai menjadi model2 untuk Hero Remaja. Namun, apabila ia cuba bertukar menjadi hantu, keadaan rupanya buruk. Kerana ia harus tertonggeng dan kepala hantu akan muncul dari tulang belakangnya. Ia juga terpaksa berjalan terbalik. Jika sedang bermain, aku syak, pengadil akan terus melayangkan kad merah sahaja. Ini untuk mengelakkanaduan dari pihak lawan tentang status rasmi pemain tersebut. Jadi, para pembaca harus berwaspada ya kepada hantu jenis ini, kerana aku yakin ada juga hantu2 di dalam sukan lain seperti hantu Tennis dan hantu futsal. Macam semalam, ketika saya di sebuah putsal futsal terkemuka di ibukota, aku terasa bagaikan ada seekor penunggu di situ. Jadi, berhati2lah dengan hantu futsal.

Yang terakhir didalam siri hantu ialah Hantu Penebang Pokok Tegar. Hantu ini bekerja sebagai penebang pokok. Namun jika disuruh menebang pokok getah untuk membuat kawasan lapang demi membina rumah kos rendah, mungkin ia akan berubah menjadi hantu. Di dalam tiga2 ekor hantu yang aku bela, inilah hantu yang paling horror. Tahap horrornye sama macam ketika pegi tengok rumah hantu kat Kenny Hill. mukanya boleh diterbalikkan dan dari dalam dada muncullah wajah ngeri ala burung hantu. Namun akibat kelemahan designer, hantu itu kelihatan petak. Wajahnya mirip kepada wajah orang yang petak, yang cuba mengaku laju..(A, bukan nama sebenar)

Tidak, aku tidak tidur dengan binatang2 itu.

6 comments:

  1. hantu yg langsung tak menakutkan..slimer takder ker?

    ReplyDelete
  2. sekarang dah takde. Slimer aku dah meninggal.

    dulu dia ade. glow in the dark dan dibuat dari benda2 getah dan lembik2...

    tapi lepas tu dia jadi kotor dah melekit. banyak habuk2 liar yang melekat di atas permukaan badannya.

    lepas tu dia hilang.

    ReplyDelete
  3. hantu kau comel, rasa nk bagi dia gigit aku

    ReplyDelete
  4. ok, boleh..nanti aku suruh dia..

    ReplyDelete
  5. aku ingat zaman kanak2 riang.rumah anda byk betul menan!

    sabbuteo.....ada lagi ke menatang itu?

    ReplyDelete
  6. takde. sabuteo tak dapat diselamatkan.

    tapi aku lagi prefer the poor man's sabuteo sebenarnya..

    kertas kadbod yang di potong2..lukis jersey...letak nama...

    buat gol pakai kertas buku latihan...

    bola paling best pakai kertas cokelat...

    ReplyDelete