7.6.09

Seribu D.

- gaya comel bermain camera.
blog buih

Pukul 9.30 aku dah bangun. Aku sms dia "Aku dah bgn dah ni jom la pegi."

Atas sebab2 teknikal, tertinggal wallet kat rumah pukul 1130 baru sampai kat Plaza Pudu. Masuk2 je dalam bangunan, ada row kedai2 jual berhala. Aku tak lalu situ pun.

Lalu depan kedai tu, ramai sangat orang. "Ah, jalan gi kedai lain dulu la."

Maka berjalan la dua budak melayu di dalam Plaza Pudu. Sempat pegi minum air kat 7-eleven seberang jalan. Masih belum jumpa yang berkenan.

Sambung jalan lagi. Dah nak pukul 1. Aku tewas dulu. Beli filter Hoya 58mm untuk 55-250mm IS aku.

Sampai kedai yang dah target dari hari Jumaat lagi. Duduk depan kaunter. Borak2 dengan budak Cina rambut macam tak mandi pagi. Dah mula terasa aura saiko. "Saya sudah pening kepala kena turun hisap rokok" kaanya pada pemuda Cina.

Turun. Ada kedai mamak bawah pokok. Dah satu lebih. Order Teh O ais. Lepas tu bukak cerita nak beli yang mana. Lepas tu aku order pulak Soya Bean. Lepas sejam setengah bangun dan sambung berjalan. Nak carik ATM.

Jalan kaki sampai jalan pasar. Jumpa ATM. Withdraw duit. Pergi kat pemuda Cina tu balik. Merayu2 minta diskaun.

Masa berlalu pantas. Tengok balik jam dah pukul 5. Wah! tak makan satu benda lagi ni. Macam agak mustahil. Obsesi kamera menjadi santapan pagi dan tengahari.

"Wa punya customer mana ada datang lama macam ni." Kata bos kedai itu mencelah. Dah 2 jam setengah berunding dengan pemuda cina tadi.

Kertas2 bertukar tangan. Seribu D menjadi pilihan.

Balik, dah tak sabar cari tempat makan. Singgah kat Hainan Kopitiam kat Damansara Perdana. Makan cepat2 kemudian balik rumah dia. Lepak dari pukul 730. Tunggu kawan2 lain. Semua tak jadi keluar. Sambil tu main gambar2 macro dengan permainan anak2 yang bersepah. Bumblebee menjadi mangsa.

Pukul 9 baru keluar balik. Pergi minum kat Rasta.

Pukul 2 pagi aku cakap "Jom la balik wei, dah tak boleh pergi dah ni.."

16 jam aku cerita kamera je.

3 comments: