22.6.09

A tujuh ratus.

- Ni bukan TV.
blog buih

Semalam aku kepenatan. Sampai tak sempat nak update blog buih.

Aku ke Plaza Pudu. Kemudian pergi jumpa Nazar. Dia baru beli permainan baru. Sony A700. Banyak duit dia.

Belah petang dihabiskan di Kayu SS2. Sambil belajar pelbagai teknik2 fotografi dengan gaya sebutan sendiri macam HHKT dan LTT.

HHKT ni lebih dikenali dengan panggilan vignette. Tapi tu masa dah pandai cakap omputih. Masa dulu2 tanya kat orang, "Wei, camane ko buat gambar Hitam Hitam Kat Tepi ni?"

LTT pula teknik mengambil gambar yang diajar oleh seorang pelajar jurusan fotografi. Teknik ini lebih dikenali dengan panggilan "Lens Terbalik-Terbalik". Senang saja, terbalik kan saja lens anda untuk gambar ntah ape2 ntah. Susah nak amik gambar makro macam ni.

Minggu ni turn aku pulak nak beli barang. Tunggu la review.

No comments:

Post a Comment