31.8.08

Selamat Hari Merdeka!!!






Gone were the days of going to places during the countdown for Merdeka. BBQ in my backyard wit my hommies works best nowadays.
Penatlah.
blog buih

Puan S dan Acad [ape kejadahnya ini?13]

Berikut adalah gambar2 Puan S di BBQ sempena Merdeka di rumah saya.

Puan S sangat bersemangat untuk menyambut "tanggal tiga puloh satu" ini. Namun akibat kelewatan saya untuk mengambil gambar, terserlah wajah bengangnya sambil berkata "cepat ah Peah..."


Ini gambar keluarga Puan S. Acad namanya. Dia tidak gemar mempamerkan gaya2 posing ala "america's next top model". Puan S gemar membuat gaya2 tersebut. Antara signature look nya adalah Mulut "Prune". Gaya itu sukar untuk ditiru kerana jika kurang berlatih mungkin akan mengabikatkan kekejangan otot pipi.


Jelas kelihatan di dalam gambar Puan S cuba dengan sedaya upaya untuk memujuk Acad mempamerkan posing ala peragawan yang mashyur. Namun Acad hanya tergelak kecil. Ape Jadah, tak dapat Jack, tak Rock langsung, Lapan tahun nak climb adalah antara contoh2 ayat yang Acad akan sebut.


Akibat kegagalannya untuk memujuk Acad memperagakan apa2 gaya selain dari gaya standardnya, Puan S akhirnya mengalah lalu cuba dengan aksi Signaturenya @ "mulut Prune". Namun kurang berjaya kerana die pula tergelak semasa gambar ini diambil.Acad terus mengekalkan watak standard.


Puan S :" Eyhh...UUUuu! nanti la tak abis lagi kita tangkap gambar lagi..."
Acad: "Dah ah tu...tak dapat ah nak tangkap banyak mana lagi? struggle dah ni....no choice"
blog buih

29.8.08

Padang@ One Utama






Located at the "UR" level of One Utama, via the Parkson side of the new wing, Padang's big court on any given night is such a wonderful place to play.

Total Fc was there last Thursday to play a friendly game. Though the term friendly was a bit of a stretch as the hour on the field was tarnished with some ruthless tackling and some unappropriate reactions; "woi! gile ke?". However the game ended with everybody exchanging a handshake to smiling faces. As the saying goes, "what happens on the pitch stays on the pitch."

Running all over the big court for an hour after 8 hours at work is next level!

blog buih

Peah Vs Johnny Depp



-k3ptz- says:
yesass

buih says:
ko rasa johnny depp ngan aku sape balak?

-k3ptz- says:
confirm aa kau lagi balak bai
blog buih

Kawan macam ni yang aku suka. Jujur dalam persahabatan. Tiada udang disebalik batu. Tiada niat2 jahat untuk menyelewengkan diriku yang ibarat secebis kain putih. Terpulang kepada kawan2 aku untuk mewarnakannya.

Itu bila aku main futsal dengan Pipit.

28.8.08

Barangan Jualan

Kalau hendak merasa seperti Adriana Lima, Alessandra Ambrosio, Heidi Klum ataupun Karolina Kourkova, jangan lah berlengah lagi untuk mendapatkan barangan2 body mist Victoria Secret ini dengan harga yang amat menarik.

Terdapat juga set sabun dan lotion Bath & Bodyworks untuk diketengahkan.


My personal favorite.


Boleh tahan la wangi


Set tau! jangan mintak asing2..beli dua2 sekali.


blog buih

26.8.08

Cincin Besi di Kemaluan [Ape kejadahnya Ini 12]

KUALA LUMPUR: Anggota bomba yang sinonim dengan memadamkan kebakaran atau mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan terpaksa melakukan tugas menyelamat paling pelik, semalam.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai di sini dipanggil bagi membantu doktor memotong cincin besi keluli yang tersekat pada pangkal kemaluan seorang pesakit lelaki di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Doktor terpaksa menggunakan kemahiran anggota bomba bagi memotong cincin yang sukar dicabut itu selepas pelbagai usaha dilakukan tidak berjaya.

Difahamkan, mangsa yang berusia awal 20-an sengaja menyarungkan cincin pada kemaluannya dipercayai bagi meningkatkan kekuatan seksual selain memberi kepuasan luar biasa kepada pasangannya.


Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Sarjan Malek Neik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan PPUM berhubung insiden pelik terbabit pada jam 12.43 tengah hari semalam.

Menurutnya, sebuah jentera dan enam anggota kemudian dikerah ke PPUM untuk misi membantu masalah terbabit yang disifatkan sukar dipercayai.

“Sebaik tiba, mereka dibawa ke bilik kecemasan sebelum dimaklumkan keadaan dihadapi ketika itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, dia melihat beberapa doktor berusaha mengeluarkan cincin itu yang terlekat pada pangkal kemaluan pesakit berkenaan.

Doktor terbabit cuba memotong cincin berkenaan menggunakan peralatan pembedahan, termasuk pemotong besi tetapi gagal kerana ia terlalu keras.

Malek dan pasukannya terpaksa menunggu kira-kira 20 minit sementara doktor bertungkus-lumus menanggalkan cincin berkenaan.

“Cincin besi keluli itu terlalu keras dan semua alat pemotong yang dimiliki hospital tidak berkesan memotongnya.

“Pesakit itu pula dilihat mengerang kesakitan setiap kali kemaluannya disentuh dalam usaha menanggalkan cincin itu,” katanya.

Selepas segala usaha menemui jalan buntu, doktor meminta bantuan kepakaran bomba bagi memotong cincin terbabit menggunakan pemotong besi yang sering dibawa dalam operasi menyelamat mangsa kemalangan atau kebakaran.

“Keadaan kemaluan mangsa yang membengkak merumitkan usaha menanggalkan cincin itu. Malah, kedudukannya pada pangkal kemaluan menyukarkan untuk memotong,” katanya.

Sebagai langkah keselamatan, doktor meletakkan sebilah kayu sebagai pelapik untuk mengelakkan kecederaan serius kepada kemaluan mangsa ketika pemotongan dilakukan.

“Kami terpaksa menggunakan pemotong besi bagi memutuskan cincin berkenaan. Tugas berkenaan dilakukan dengan penuh berhati-hati sebelum cincin terbabit dapat dipotong dalam tempoh tak sampai seminit.

“Anggota bomba yang terlatih dan cermat berjaya memotong cincin itu dengan hanya sekali percubaan,” katanya.

Menurutnya, kemaluan mangsa terlebih dulu dibius petugas PPUM bagi membolehkan tugas itu dilakukan dengan lancar.

“Tugas itu amat mencabar, namun saya berpuas hati kerana khidmat anggota bomba berjaya menyelamatkan nyawa lelaki berkenaan,” kata Malek yang menganggap kejadian seumpama itu amat jarang berlaku.

Mengikut kepercayaan golongan tertentu, tindakan menyarung cincin besi dalam kemaluan dikatakan mampu menambah kekuatan seksual si pemakai walaupun mereka sanggup menanggung azab sengsara akibat kesan sampingannya.

diambil dari halaman My Metro.

blog buih
Ape masalah budak lelaki ini? Kan ada cincin2 yang sesuai digunakan. Mesti muka mamat ni pun bengkak jugak. Masalahnya, mana awek die? Kenapa tak tolong boyfriend sendiri?

Petua orang tua ade mengatakan, kalau ada cincin yang sendat di jari, ia akan lebih mudah tertanggal jika di cabut menggunakan mulut.

Tak cuba?

Jadi, walau sebosan mana pun anda di waktu tengahari (12.43pm tu wei!), janganlah menyarungkan cincin seperti ini.

dan mereka masih belum mengambil pengajaran..........

18.8.08

Melayu, Disko dan Dilemma





"Hehehehe uhuk uhuk" batuk Lan yang tersedak melihat gaya Melayu itu.
"Ape jadah ni wei? kenapa die buat macam ni?" aku meneriak ke arah kawan2 aku walaupun suara aku ditenggelami bunyi lagu hiphop alunan Sean Kingston.

Sambil menjulang tangan bagai menggapai buah rambutan gi pagar rumah jiran, topi fedora putih dan juga spek mata hitam berbingkai putih yang tidak ditanggalkan walaupun amat gelap di dalam kelab itu, dan gadis2 yang turut berdansa menggeselkan tubuh disekelilingnya,Wah! tidak tumpah bagai Kanye West sendiri yang sedang terkinja-kinja.

"Haa minum!" secawan air disua ke muka gadis sambil meletakkan botol Jake Daniels ke atas lantai. Gadis akur lalu meletakkan cawan yang sudah kosong itu ke atas meja.
"woohoo!!" jeritnya lantang. Pinggul dilenggok2kan. Kepala Menggeleng2 sambil menghayati lirik "Party like a Rockstar..."
"Uih? cepatnya naik"fikirku sendiri...

Seronok, melihat mereka bergembira. Kalau di sebut pasal Orange tentu mereka tak tahu dimana.Forum?, tentu tidak.

Bara menyala semakin merah lalu mula pudar bila asap dihembuskan.Puas muka gadis itu menghirup asap rokok sementara lagu semakin perlahan memberi laluan kepada lagu baru, kepada lagu yang lebih rancak.

"It's the same thing in a different setting, different people consenting to the same poison, different place pulsated to the same vibrations" aku terfikir sejenak tatkala terukir senyuman akibat aksi adik lincah ala Kanye itu.

I retired early that night. I couldn't wait to get back home to the comforting bed that awaits me to Yossarian and Catch 22.

"Ah, aku dah tua" aku mengalah..lalu aku relakan diriku berkawan dengan Xul selama-lamanya.

blog buih

Mari Berhenti Rokok

Perokok Tegar

"Abang nak try rokok lazat keluaran terbaru kami ni?..Sedap tau bang" kata gadis muda yang berdiri di hadapan kaunter.
Baju merah terang yang di pakainya menampakkan kulit putih gebu di dada.Terlintas imej iklan, kuda2 liar beratus2 ekor berlari kencang melintasi padang/bukit/kampung halaman koboi2 di Amerika.
"Abang..try la bang" Katanya tegas.

"Huh? Kuda2 terus hilang dari pandangan, lari memasuki lurah di celah2 T-shirt merah agaknya.

"Tak nak lah" Sambungku keras ala-model kempen kerajaan yang tidak berjaya. Tetiba semangat aku membuak.
"Berapa lama dah awak isap rokok?"

"Saya tak isap bang" kata gadis itu.

"Abih tu mana tau sedap? kalau tak isap takyah ah ajar orang suh isap. Tau tak berapa susah nak berenti?"

"err err.." gadis comel itu mula menggapai ulu benaknya mencari alasan.

"Bos, ini baki" celah mamak yang sudah separa cuak mukanya.

Lalu aku melangkah pergi dengan muka poyo.

blog buih

Lee Chong Wei fumbles.






On Sunday, i was dissapointed with the performance of LCW.
Eventhough Lin Dan is a better shuttler, he should have not let him walk all over him.


blog buih

Seven pictures of Party hari jadi liar






Hujung minggu aku dibazirkan untuk ke parti harijadi. Lagi best kalau lepak Darus je Put [happy bday + thanks for the invite]. Lan & Eja, tidak boleh berenti mengutuk kanak2 yang turut hadir. Kesian mereka. It's the opposite of cool

Buat masa ini, jangan la pergi lepak kat area Soho. Sangap!


blog buih

15.8.08

Ape kejadahnya ini? siri 11


Namanya Uncle a.k.a abang long. Sudah pun menamatkan zaman bujangnya dengan Kak Long.Dia sering dihantui injury2 yang muncul dari entah mana. Tetiba je sakit.

"Wey, wey kita tangkap background gambar scorebo-Opocot!.."
Gedebab!
Bila aku mengalihkan pandangan dari kamera,Uncle sudah pun bertaburan di atas lantai bagai pasir di tepi pantai.Kerusi2 renek yang menjadi harapan untuk mengelakkan dia jatuh pula hanya sekadar memberi harapan palsu.

"Adehhh..."kata uncle.
"Hehehehe" gelak segerombolan gadis yang juga di dalam perjalanan keluar dari stadium
Kami? kami gelak sambil pura2 concern. Amad tidak berpura2 dia memang concern dari Azali.

Kami teruskan perjalanan ke kereta yang masih jauh. Di perkarangan stadium, aku yang berjalan di sebelah Uncle dikejutkan dengan jeritan gadis2.

"Eh! Abang ni lah yang jatuh tadi kan" kata salah seorang dari mereka.
"Wahahahaha" bagai nak roboh kereta buruk mereka bergelak ketawa..
Aku jalan tunduk tersipu malu.

Kereta buruk berhenti memberikan laluan untuk Uncle.
"Abang nak beli minyak urut ke?"
"Wahahahaha"
Aku cepatkan langkah.Semakin sayup bunyi gelak tawa ala perempuan murahan itu...

blog buih

14.8.08

Tengok Bola. [Selangor 2- Johor FC 0]

Semalam, setelah bertahun2 aku tinggalkan, aku pulang ke pangkuan pasukan yang pertama aku kenali, Selangor Red Giants. Dulu masa kecik2 selalu ke stadium. Tetapi dewasa ini, aku dah tak kenal pun First Eleven team Selangor. So, rasa seronok dan penuh galak untuk pergi tengok bola bersama kawan2!..

lifeguard




13.8.08

Ape kejadahnya ini? siri 10 (edisi bonanza)

Ye, tanpa disangka2, sudah sepuloh siri Ape kejadahnya ini? berlalu. Baik dari yang kelakar mahu pun yang amat menjengkelkan dan yang amat mengharukan.

Namun, kita ketepikan yang sudah berlalu sebagaimana kita selalu memperlekehkan bangsa sendiri dan kita bergelak ketawa dengan edisi bonanza ini.[emo sikit je lagi...ok dah tak dah]

Bertempat di Dewan Perdana Felda, telah berlangsungnya perkahwinan yang dinanti2kan bukan sahaja oleh bakal pengantin, malahan oleh BFF (slanga facebook: Best Friends Forever) sekalian.


Kelihatan kelibat pongkes mempergayakan imej "Seladang Gagah baru berucap" berdiri di samping Floyd[camane leh terlepas dari siri ape kejadahnye ini?]. Dengan mengenakan baju melayu keemasan sambil bertakhtakan songkok petak custom, ketampanannya amat mengiurkan. Gaya berpeluk tubuh Van de Heir pula menyerlahkan kecomelan dan riak wajah penuh unsur teletubbies


Deretan jejaka yang kononnya tampan ini semestinya ketika ingin bersalam mesra bersama pengantin. Kelihatan dihadapan sekali Kept mempamerkan gaya yang dikatakan mirip Sapok Biki.Di bahagian belakang deretan pula, dengan gaya yang cukup manja,membatasi usia adalah uncle.


Seterusnya, semasa masih didalam keadaan beratur, Floyd cuba untuk mempamerkan imej Ultraman yang masih menjadi siri televisyen kegemaran beliau. Note the bold word.Kelihatan juga wajah keibuan Puan N menyengetkan kepala.


Aksi liar diantara dua sahabat iaitu En A dan Floyd telah menjadi tanda tanya samada En A akan menang di Permatang Pauh. Floyd telah pun menjalankan pemeriksaan di Pusrawi akibat sakit pipi kerana banyak gelak..kihkihkihkih[macam tu bunyik dia]


Ya!nampaknya kelas mengaum yang dikendalikan cik N telah berjaya! tahniah diucapkan kepada Pongko kerana berjaya mengaum dengan baik dan mempamerkan aksi ala-rimau yang agak menakutkan walaupun lazimnya beliau lebih membawa watak ini


gambar abstrak ini menunjukkan betapa cam whore jejaka2 ini bila berhadapan dengan kamera. Dengan tidak memerdulikan keadaan sekeliling, ada yang menggapai2kan tangan akibat tidak dapat masuk kedalam gambar. Kelihatan kelibat Floyd cuba mencelah untuk masuk ke dalam gambar. Ini semua adalah akibat perangai Kept atau pun lebih mesra dengan panggilan Ajai [maaf, saya termuntah].Zano pula kelihatan amat taksub bermain dengan loceng.


Rata2 keseluruhan gambar ini amat menarik dan penuh dengan adat2 ketimuran. Malang tidak berbau, atau mungkin berbau seperti lembu?. Nyatanya, apa yang ditonjolkan disini adalah tidak wajar dilakukan di khalayak ramai, mungkin juga entry ini boleh mendatangkan gangguan emosi kepada sesetengah pembaca.


Perangai buruk saudara pongko ini, diteruskan lagi dengan gambar abstrak kedua. Mengikut pangamatan saya yang agak baru dalam dunia seni abstrak ini, mungkin pengkarya ingin menggambarkan gaya korban di pagi Hari Raya Aidil Adha. Entahlah, mungkin juga ini adalah satu ritual bagi penganut agama Hindu.


Gambar di atas bukan lah gambar pasangan kekasih. Namun siapa sangka gaya dandanan Kening Tebal (tm) hasil inspirasi Memerang Pasir ini amat diminati saudara zacc sehingga dipeluk2nya. Eeeeeeeuuuwww!!!! geli..Die ni busuk, tak hygienic. Pergi kerja kul 3 pagi. Manakala Kept seperti biasa membuat aksi kelenjar leher injured sahaja.


Ya, inilah gambar beramai2 ahli keluarga Total.

Ape kejadahnya ini? Kamu2 prgi ke jemputan orang kahwin dan hanya menangkap gambar sesama sendiri sambil melupakan pasangan pengantin? Ish Ish..walau apapun yang terjadi,jangan lah kantoi dengan gambar2 sebegini.

[tapi aku rasa, lepas ada blog ni, makin tak berjadah mutu kualiti gambar2]
[Bagus sapot Siri ini...teruskan usaha!]

blog buih

UiTM dan Impak Kenyataan Tan Sri Khalid.

[Ape kejadahnya ini?siri 9]
Pelajar2 UiTM sudah pun berkumpul didepan pintu pagar semalam ekoran kenyataan Tan Sri Khalid, malah MPPnya sudah pun berarak ke Pejabat Menteri Besar Selangor untuk menyatakan hasrat berjumpa mengenai isu tersebut. Adakah saranan Menteri Besar ini sejajar dengan asas penubuhan UiTM atau adakah isu politik telah mangaburi matanya? Menang undi dengan tewaskan Hak sendiri?

Hak Ketuanan Melayu
Satu detik didalam sejarah penubuhan Malaysia akan timbul di dalam fikiran setiap kali isu Hak Ketuanan Melayu ditimbulkan.


"...apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan."

-Tuanku Abdul Rahman.

Lantasan daripada ini, wajarlah perjanjian Kontrak Sosial yang telah dimeterai dibawah Artikel 153 perkara 14-18 yang tidak lain dan tidak bukan adalah quid pro quo bagi mendapatkan kewarganegaraan Malaysia.

The Sultans, the traditional rulers of the Malay states, conceded all their powers to the British Crown except in religious matters. The Malayan Union was placed under the jurisdiction of a British Governor, signaling the formal inauguration of British colonial rule in the Malay peninsula. Moreover, even though State Councils were still kept functioning in the former Federated Malay States, it lost the limited autonomy that they enjoyed as they administered some local and less important aspects of government and the Federal government in Kuala Lumpur controlling vital aspects. State Councils became an extended hand of the Federal government that had to do its bidding. Also, British Residents replacing the Sultans as the head of the State Councils meant that the political status of the Sultans were greatly reduced.-wikipedia

Jika senario atas yang dipilih pada masa itu, tiadalah Malaysia.

Kini
Berdiri dan duduknya Malaysia di mata dunia adalah hasil kejayaan dan kepincangan sistem dan ukiran sejarah melalui perit jerih masa yang dilalui.

UiTM merupakan satu-satunya institusi terakhir bagi orang Melayu untuk mengubah nasib mereka menerusi pendidikan dan tidak ada sebab mengapa ada pihak cuba mencampuri atau mengacau pentadbirannya selama ini- bernama

Saranan agar dibuka kuota untuk menerima warga bukan bumiputera adalah tidak bertepatan dengan tujuan penubuhan UiTM sendiri dan dengan itu adalah tidak wajar untuk dibangkitkan.

Adil

Penekanan harus diberikan ke atas perkataan adil setiap kali perbincangan mengenai hak2 Melayu ditimbulkan.

Jika isu hak Melayu dibentangkan kerana ia adalah tidak adil untuk sesuatu bangsa yang lain, maka keadilan itu harus dibincangkan berlandaskan perjanjian dan juga hasil keputusan yang terdahulu dan bukannya dilihat hanya pada satu aspek.

Oleh yang demikian, adalah lebih patut jika isu ini tidak dibangkitkan hanya untuk meraih undi sahaja. Walaubagaimanapun, saya serahkan seluruh kepercayaan kepada tampuk kepimpinan negara untuk menangani isu ini dengan adil.
blog buih