13.8.08

UiTM dan Impak Kenyataan Tan Sri Khalid.

[Ape kejadahnya ini?siri 9]
Pelajar2 UiTM sudah pun berkumpul didepan pintu pagar semalam ekoran kenyataan Tan Sri Khalid, malah MPPnya sudah pun berarak ke Pejabat Menteri Besar Selangor untuk menyatakan hasrat berjumpa mengenai isu tersebut. Adakah saranan Menteri Besar ini sejajar dengan asas penubuhan UiTM atau adakah isu politik telah mangaburi matanya? Menang undi dengan tewaskan Hak sendiri?

Hak Ketuanan Melayu
Satu detik didalam sejarah penubuhan Malaysia akan timbul di dalam fikiran setiap kali isu Hak Ketuanan Melayu ditimbulkan.


"...apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan."

-Tuanku Abdul Rahman.

Lantasan daripada ini, wajarlah perjanjian Kontrak Sosial yang telah dimeterai dibawah Artikel 153 perkara 14-18 yang tidak lain dan tidak bukan adalah quid pro quo bagi mendapatkan kewarganegaraan Malaysia.

The Sultans, the traditional rulers of the Malay states, conceded all their powers to the British Crown except in religious matters. The Malayan Union was placed under the jurisdiction of a British Governor, signaling the formal inauguration of British colonial rule in the Malay peninsula. Moreover, even though State Councils were still kept functioning in the former Federated Malay States, it lost the limited autonomy that they enjoyed as they administered some local and less important aspects of government and the Federal government in Kuala Lumpur controlling vital aspects. State Councils became an extended hand of the Federal government that had to do its bidding. Also, British Residents replacing the Sultans as the head of the State Councils meant that the political status of the Sultans were greatly reduced.-wikipedia

Jika senario atas yang dipilih pada masa itu, tiadalah Malaysia.

Kini
Berdiri dan duduknya Malaysia di mata dunia adalah hasil kejayaan dan kepincangan sistem dan ukiran sejarah melalui perit jerih masa yang dilalui.

UiTM merupakan satu-satunya institusi terakhir bagi orang Melayu untuk mengubah nasib mereka menerusi pendidikan dan tidak ada sebab mengapa ada pihak cuba mencampuri atau mengacau pentadbirannya selama ini- bernama

Saranan agar dibuka kuota untuk menerima warga bukan bumiputera adalah tidak bertepatan dengan tujuan penubuhan UiTM sendiri dan dengan itu adalah tidak wajar untuk dibangkitkan.

Adil

Penekanan harus diberikan ke atas perkataan adil setiap kali perbincangan mengenai hak2 Melayu ditimbulkan.

Jika isu hak Melayu dibentangkan kerana ia adalah tidak adil untuk sesuatu bangsa yang lain, maka keadilan itu harus dibincangkan berlandaskan perjanjian dan juga hasil keputusan yang terdahulu dan bukannya dilihat hanya pada satu aspek.

Oleh yang demikian, adalah lebih patut jika isu ini tidak dibangkitkan hanya untuk meraih undi sahaja. Walaubagaimanapun, saya serahkan seluruh kepercayaan kepada tampuk kepimpinan negara untuk menangani isu ini dengan adil.
blog buih

1 comment: