30.8.09

Phil the Power Taylor


blog buih

Last dart to win the 2008 World Darts Championship. The bullseye was blocked and if he didn't nail it, Wade would definitely made the double top.

but he's not any darter, he's Phil the Power Taylor.

27.8.09

Kenangan Ramadhan II

-budak2 nakal.
blog buih

Setiap Ramadhan aku teringat satu peristiwa. Ia berlaku pada tahun 1995. Masa tu aku duduk di New Hostel.

Kat hostel ni kitorang biasanya mandi kolah. Kolah dia besar. Airnya sejuk. Warna airnya hijau.

Kawasan kolah dipagari kepingan zinc. Di tepi2 kolah pula ada benteng kecil. Mungkin untuk memudahkan budak2 tingakatan dua mencapat air.

Semua orang bawak gayung sendiri. Dalam gayung ada sabun,syampu dan berus gigi. Ubat gigi selalu belasah je sape2 nye. Kalau takde pun takpe, gosok je.

Hari yang bersejarah itu, kami semua turun untuk mandi. Aku dengan gaya asas aku. Pakai shorts dan tuala tersangkut dibahu.

Mula2 nak pegang air tu. Sejuk gila. Semua orang macam tak nak mandi je. Jam dah menunjukkan hampir pukul 7. Semua orang dah lambat. Baru balik dari main bola.

Mula pulak main baling2 air nak melawak. Air sangat sejuk. Tiba2 dalam baling2 air tu. Ada seorang kawan aku jatuh. Dahi berlaga dengan bucu benteng. Berdarah.

Darah terus mengalir. Darah bercampur air. Merah pekat. Kawanku hanya tertiarap. Tidak bergerak.

Aku ingat dia dah mati.

24.8.09

Kenangan Ramadhan.

-perangai macam sampah!
blog buih

Dulu2, masa zaman jahiliah dulu, aku kadang2 malas nak puasa. Teman ponteng puasa aku yang terbaik dulu adalah Baber.

Dia rajin masak kat rumah dia. Aku pulak nak save budgetnye pasal, bawak beras, hotdog, telur semua dari rumah. Beli satu pek nasi goreng segera kat bawah condo dekat tepi LRT tu kemudian naik atas untuk sediakan makan tengahari.

Bila ada duit sikit. Aku dengan Baber akan duduk kat tepi tingkap. Jenguk kalau pasar Ramadhan kat seberang jalan, dekat flat2 tu dah bukak ke belum. Akak Kelate jual Nasi Kerabu yang sedap kat situ.

Nasi Kerabu daging tikus nama timangan dia.

Tahun lepas Alhamdullilah aku berjaya puasa penuh. Tahun ni?Takat ni penuh lagi aa..(3 hari).

InsyaAllah penuh jugak. Sebab sekarang aku dah tak hisap rokok lagi.

Jadi berhenti la hisap rokok. Nanti tak de urge nak hisap rokok di bulan Ramadhan.

20.8.09

Ape kejadahnya ini? Melaram nampak!

- kalau takde lambang tu, nampak macam myvi je kan?...kan?
blog buih

Tetiba semalam kawan lama aku nak datang Subang melawat aku.

Dia tak pernah nak datang Subang nak melawat aku sekarang. Dia ada geng Subang yang lagi hap.

Mesti ada udang di sebalik batu.

Rupanya ada wildboar di sebalik BMW.

Mamai

- Kata nak amik gambar tengah lipat. Ni macam gambar kena headshot je.
blog buih

Aku terjaga. Aku pandang jam biru ditepi katil. Jam yang menemani aku setiap pagi.

Alarm clock. Aku tak pernah ada sejarah silam dengan jam loceng. Dulunya aku benci kewujudan dia. Mengapa perlu ada ia di muka bumi ini. Tapi siapa sangka sekarang aku berkawan baik dengan jam kecil itu.

Masa baru dibeli, ia ada dua bunyi. Loceng biasa dan bunyi polyphonic lagu "It's a small world". Bunyi loceng sudah rosak. Aku tiada pilihan selain dari mendengar lagu durjana itu setiap pagi.

"tu tutuu tu tu tu tu tuu tuu tuuuuuu" ia berbunyi dalam irama lagu yang cukup menjengkelkan itu.

Pagi itu aku tidak dapat melihat jam. Mata aku masih lagi kabur kerana baru bangun. Aku capai tangan ke arah jam. Aku pejam mata. Buka dan cuba melihat sekali lagi.

Nampaknya aku mamai lebih. Masih lagi tak nampak. Aku tarik sedikit lagi jam itu.

"Panngg!!"

Aku terkejut seraya melatah "whadefark?!!"

Dalam keadaan mamai, aku tak sedar jam itu sudah pun ada di bucu meja. Jam loceng jatuh ke bawah katil. Kedalam sebua abyss yang dah lama aku tak kunjungi. Yang mana dalamnya ada kayu snooker (3/4 cut),sampah sarap, casing computer, stokin, strap guitar dan lain-lain. Jam loceng sudah terperangkap di dalam blackhole yang tiada jalan pulang.

Aku bangun untuk bersiap2 hendak ke pejabat.

"It's a small world after all, it's a small world after all, it's a small world after all..it's a small..small world..."

19.8.09

Birthday

-gambar adik beradik
blog buih

Semalam birthday Sasha. Kami pergi makan dekat Bora Asmara.

Tak sedap pun.

Tapi tempat dia cantik.

Adakah ia bertujuan untuk mengimbangi rasa makanan yang tak sedap?

18.8.09

Gotong royong secara solo.

- Nantikan Blog Bolasepak Fantasi Malaysia yang pertama!
blog buih

Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Keadaan di luar tingkap masih suram. Pagi yang gelap. Tapi tiada hujan.

Aku bingkas bangun dengan misi yang sudah pun dirancang dari malam semalam.

[Malam semalam]
"Esok pagi, bangun awal2, pergi rumah aku dan bersihkan sampah2 pokok yang dah ditebang."

Nyatanya, arahan pekeliling sudah pun dikeluarkan oleh pemenrintah sejak seminggu yang lepas. Cuma aku yang melengah2kan tindakan susulan. Mak aku sampai dah malas nak jerit2 suruh sampai dia hantar SMS. Aku kira itu amaran terakhir.

Berbekalkan gunting pokok mama dan parang yang hulunya sudah longgar, aku pergi ke rumah yang baru dibeli. Enjin Myvi memecahkan keheningan pagi di Subang Jaya. Kabus masih kelihatan.

Sampai saja di belakang rumah. Aku tak tahu dari mana harus aku mulakan. Gumpalan daun2 dan batang kayu bertebaran di atas tanah. Titisan embun pagi di hujung kelopak daun jatuh kebumi bila aku tarik satu persatu daun untuk dimasukkan ke dalam beg plastik hitam.

Jiran tetangga baru bangun. Dapur baru nak berasap. Aku dah menbanting tulang empat kerat di belakang laman.

Karung hitam yang pertama sudah dipenuhi. Aku sedang bersedia untuk yang kedua.

Masa tu aku baru perasan. Atas timbunan sampah2 tu ada taik kucing.

"Sial tul aaaa!!! "

Tapi apa kan daya. Aku bagaikan pekerja di bahagian persampahan cawangan rumah sendiri. Takde siapa lagi nak kemas.

Aku terpaksa bergelumang dengan taik kucing pagi tadi. Aku masukkan dalam beg plastik itam. Aku buang kat depan rumah.

Bau di busuk gila.

At least aku dah effort dah kemas rumah. Kalau aku lengah2kan lagi, mama suh buat minggu depan, boleh batal pose wei bau taik kucing tuh...

17.8.09

MTV Worldstage Live in Malaysia @ Sunway Lagoon 2009.

-try buat panorama...tapi gambar ni tak smart ah..menyampah aku!
blog buih

Aku ingatkan aku yang lambat. Tapi kawan2 aku lagi lambat. Kami ada tiket ke zone emas. Ada tiket after party sekali.

Masa turun dari ekalator yang bersusun2 tu, aku dah terdengar bunyi lagu Hoobastank - The Reason dan nyanyian beribu2 orang.

Aku jadi kelam tidak keruan.

"Cepat la wei!!" Aku desak kawan2 yang melenggang kangkung nak turun eskalator.

Kami turun eskalator secepat yang boleh. Rupanya perjalanan masih jauh. Masa sampai jumpa port nak lepak, Hoobastank dah belah dah. Ada DJ tengah spin2 lagu.

Tiba2 keluar All American Rejects. Aku suka tengok mereka. Persembahan bertenaga. Awek2 muda riang ria melompat mengakibatkan kekeliruan sejenak.

"Nak pandang stage ke nak tengok awek lompat?" aku tak dapat membuat pilihan.

Kemudian Tyson Ritter panjat tiang.

Lepas mereka habis, DJ main balik lagu2 hits terkini.

Band yang aku tunggu2 sampai akhirnya. Kasabian.

Mereka main Fire, Shoot the runner dan lain2. Frontman dia hensem macam polis. Rambut keras. Baju kotak2 warna hitam.

Kemudian mereka belah macam tu je.

"We want more! We want more!" Kanak2 riang yang tadinya ternganga sebab tak pernah dengar Kasabian mahukan encore.

Sebahagian besar mereka sudah pun pulang selepas AAR. Aku rasa macam nak tahan je. Tengok la Kasabian dulu.

"We are going to play an encore for you beatiful people. It's called, L..S...F" Bersahaja En Tom Meighan berkata lalu bernyanyi dengan cemerlang.

Aku pergi makan lepas mereka habis main.

Kemudian masuk ke dalam MOS buat pertama kalinya untuk ke afterparty. Tak boleh bawak kamera, jadi aku pergi simpan dalam kereta. Masa nak masuk semula, guard tu raba2 aku lain macam.

Bukan hari2 dia dapat raba rockstar.

Seven pictures of a rockstar guitar.








blog buih

Gambar guitar Rockstar yang mahu dijual.

Ditangkap menggunakan 400D dan 18-55 yang baru diservis. Off camera lighting menggunakan speed light pro kit yang dibeli murah dari KLPF.

Honeycomb tu memang rock.

14.8.09

nak belajar goreng?


blog buih

Kalau boleh buat skill ni. Aku bagi je lepas..kesian aku tengok..

Penglihatan aku lebih luas sekarang.

- dia akan kelaut esok hari. Selamat jalan saudara.
blog buih

"Your lens is ready for collection" She said.
Aku terima berita itu dengan gembira. Lepas makan terus pandu kereta ke arah Paremba Square.

Dengan 18mm itu pemandangan lebih luas dari corong lensa.

Tak perlu sempit2 macam 50mm.

Ambil lensa. Bayar wang 130. Bersedia untuk pulang. Masalahnya, masih awal lagi. Jam baru menunjukkan pukul 330.

Tapi takkan nak balik KL? By the time sampai office dah pukul 430.

"Ah! balik je la rumah"
Aku sedapkan hati dengan pujukan sendiri.

Sampai kat rumah, aku ambik adik aku untuk pergi berjalan2. Dia kata dia nak pergi Subang Parade. Dia kena pusing2 untuk menghilangkan stress. Aku ikutkan saja.

Aku masuk ke sebuah kedai bernama Sasa.

Sejam selepas itu aku masih di kedai bernama Sasa.

Dia mahu beli ubat untuk wajah.
"Cantik je balong tengok.." aku melawak kat dia. Dia masam.

Ubat yang dipilih diterbangkan dari Jepun. Cara mengamalkannya dengan hanya minum. Ia akan memperbaiki segala masalah di wajah dari dalaman. Dalam masa 6 hari sudah boleh dapat dilihat perbezaan. Satu botol kecil berharga RM13. Namun ia hanya datang dalam kotak berisi 6 botol.

"Yang paling penting rasa dia sedap...mmm..macam Ribena!" Kata kakak promoter ceria.

"Bukan ke yang paling penting ubat ni berkesan? Kalau tak, baik beli Ribena botol besar je." Aku yang dari tadi diam di atas kerusi solek sudah mula bercakap. Kakak promoter terdiam. Macam tersilap teknik jualan. Dia seakan terkejut dengan kepetahan aku bercakap.

Tapi dia tak tau, hari ini penglihatan aku lebih luas. Lensa aku sudah pulih.

13.8.09

Anak kucing itam.,

-comel macam ni..
blog buih

Aku keluar dari perkarangan bangunan Sime Darby. Baru lepas jumpa Bulat. Dia kawan aku dari sekolah dulu. Bulat mmg bulat.

Aku terus memandu sepanjang Jalan Raja Laut. Tau2 je lah, Jalan Raja Laut pada waktu tengahari. Penuh dengan bas, teksi dan kereta2 yang memandu laju. Aku teruskan memandu, berhimpit di celah2 kereta yang tak bagi signal, ada juga motor yang hon2 dari jauh sebab nak mencelah. Memang stress.

Jauh di depan. Aku nampak satu benda hitam. Macam segumpal kain di atas jalan. Aku tak beri perhatian lebih lanjut. Biasa la sampah atas jalan kat KL ni. Takkan tu pun nak cerita kan?

Bila dah dekat, baru aku perasan rupanya2 gumpalan kain itu adalah seekor anak kucing itam. Kecil lagi. Jenis yang galak lompat2 kalau main2 ngan tali. Tapi dia nampak ketakutan. Dia macam tak tahu nak buat ape. Dia bergerak sedikit kedepan, kemudian mengundur semula. Kadang2 dia diam di tengah jalan.

Aku jadi serba salah. "Camane nak berenti kat sini?"

* fakta buih - aku tak suka kucing. Aku memang geli dan tak berani angkat kucing atau nak pegi main2 usap kepala kucing. Kalau kucing datang kat aku masa kat meja makan, aku sepak2 dia suruh ketepi. Kalau dia panjat, aku tolak2 kerusi biar dia turun. Kalau dia gesel2 badan dia kat kaki aku, aku akan terkejut.

Tapi anak kucing itam ni, kalau dibiarkan akan berkubur di tengah2 Jalan Raja Laut, dekat2 pejabat PAS.

Aku pandang rearview mirror. Sebuah van ambulan sedang memandu laju. Anak kucing itam mula bergerak. Kemudian dia berhenti. betul2 di tengah2 lalu van. Aku sudah tidak pandang depan lagi. Aku bunyikan hon sahaja.

Aku dah tak sanggup nak pandang lagi. Aku terus pecut.

harap2 anak kucing itam selamat.

"aku dah tak boleh buat ape2 dah.."

- amik gambar orang sambil gelak adalah sesuatu yang amat sukar.
blog buih

Secara keseluruhannya, lawatan pagi itu amat memuaskan. Aku memang dah bersedia untuk kotor bolor. Seluar cargo pants dan kasut jogging New Balance menjadi taruhan. Baju hitam murahan dari F.O.S melengkapkan gaya.

Aku mengambil peluang ini untuk mengambil gambar. Aku ambil banyak gambar. Sinaran matahari di celah2 pokok kelapa sawit memang menarik. Tambahan pula gaya pelumba semua amat menarik.

Sampai masa untuk turun. Tiada jalan mudah untuk turun. Kalau jalan di atas trek, takut bertembung dengan pelumba.

Fadil jumpa jalan di celah semak. Turun gaung sikit.

"Senang je turun kat sini.." dia kata seminit sebelum dia melangkah turun lalu lesap.

Amad lari dan turut terjun.

Kemudian tiba masa Kept pulak.

"Takde ah senang sangat..kaki ko panjang dowh!!" Aku dengar Kept jerit sebelum terjun.

Aku orang seterusnya. Di belakang aku Zano berlari perlahan, mengekori rapat.

Memang agak dalam dan tambahan pula camera aku memang sentiasa di tangan. Aku mulakan langkah turun. Aku pijak dengan kaki kanan. Kaki kiri aku pula tersangkut di akar2 pokok yang menjalar2. Kalau aku berpaut pada akar2 itu, kamera aku akan melayang. Aku gagal mengimbangi badan. Lalu aku terduduk.

Kecerunan membantu aku untuk terus menggelongsor ke bawah. Sebelum aku terus jatuh, sambil kamera aku pegang dengan dua belah tangan dan dipeluk erat diperut aku, aku sempat cakap;

"aku dah takleh buat ape2 dah.."

Tutup.

-mencari matahari.
blog buih

Gambar tumbuhan menjalar yang diambil dari tingkap bilik aku ni melambangkan keadaan aku sekarang. Aku sedang mencari sumber inspirasi. Matahariku.

Sebab tu blog buih dalam hiatus.

Yang sebenarnya aku mesti menulis bila aku bingung. Hanya setiap patah perkataan yang aku luahkan yang dapat memadamkan rasa sedih.

Tapi aku tak akan larat menaip berjuta2 patah perkataan.

House for Rent.


- Rumah untuk memupuk semangat sediakawen.
blog buih

Tanpa banyak bunyik, aku dah ada sebuah rumah. Rumah ini aku nak buat sewa. Gambar diambil masa first day aku dapat kunci. Baru panggil orang potong rumput, manakala orang cat pula tak sampai2.

Sekarang rumah ini sudah pun siap di cat. Aku nak tambah plaster ceiling je. Other than that, semua dah ok.

Tinggal nak carik orang sewa je sementara aku memupuk semangat sediakawen.

123456789

- tak cantik gambar nih.
blog buih

Aku berlari2 nak sampai rumah. Amik light stand dan setup flash. Aku cepat2 try amik gambar. Adjust aperture dan shutter speed.

Masa berjalan terlalu pantas.

"Tak sempat nanti"

Aku set timer. Aku terus lari ke hadapan kamera. Senyum pun tak sempat. Placing pun aku tak sure. Main hentam2 je.

But this is me at 12:34:56 7/8/09

well, approximately around that time la.

Not much of a picture but in this case, the fact that i did take a picture trumps the its aesthetic evaluation.

12.8.09

Bukit Cermin Downhill Challenge 2009

- ni banner besar ha!
blog buih

Pagi Ahad, aku bangun awal. Nak pergi ke Bukit Cermin. Orang yang nak bawak, masih tidur di rumah. Aku ingatkan terkubur hasrat aku.

Pukul 8.30 pagi dia mesej. Aku terus tunggu di depan rumah. Semangat berkobar2 ni. Pukul 930 baru dia sampai.

Bila sampai kat Bukit Cermin, aku tengok orang dah ramai. Cuaca cantik pagi tu, cuma matahari dah naik la sebab dah kul 10 lebih. Kami panjat ke atas. Aku mula2 main lari2. Lepas tu jadi pancit. Lepas tu jadi tak larat.

Rasa macam nak nangis pun ada.

Tapi aku sampai jugak kat atas. Dapat gak amik a few gambar. Semua hebat2 belaka. Walaupun mungkin ada yang panas bila lap kat tepi aku, aku jerit2...

Memang aku puas hati.

11.8.09

Boys & Girls


blog buih

comelnye pixie nih....

10.8.09

Pendamik.

- ni pun sakit gak nih..sakit otak.
blog buih

Aku tak pergi kerja hari Jumaat lepas. Aku kena siapkan kerja2 tertunggak di rumah. Dari pagi aku kehulu kehilir.

Mula2 masuk kedai tenaga. Semua orang di belakang kaunter pakai topeng.

Masuk ofis Syabas, masih situasi yang sama. Kecuali seorang awek hot di belakang kaunter. Aku senyum kat dia selepas aku bayar, dia buat bodoh. Dalam hati aku maki dia sekali. Dia tak dengar. Biarkan dia kedekut senyuman.

Akhir sekali aku masuk MPSJ. Sambil isi borang, aku dengar perbualan kakak2 di belakang kaunter. Biasanya akan berkisar tentang Kuih Bahulu atau pun Kain ela bila tiba masa nak dekat2 raya ni. Tapi lain yang aku dengar.

"Legal department terus tutup..cuti seminggu sebab H1N1 ni..."

Aku balik rumah. Adik aku terbaring di sofa. "Demam" kata orang gaji aku.

Sape suruh tukar nama selsema ni? Selsema ni memang babi... Selsema Babi.

Tapi aku ada nasihat yang aku petik dari internet. Ia berkenaan dengan semua kawan2 aku. Terutama yang homoseksual dan yang suka bermain sendirian.

Aku rasa aku ada 1 orang kawan yang aku yakin dia homoseksual.

Yang selebihnya, aku rasa korang kena baca jugak..

Baca ini.

9.8.09

Bapak Ayam.

-kecil,sederhana dan besar.
blog buih

Hujung minggu ni, aku memang tak nak update blog.

Actually, bukan aku tak nak. Tapi aku takde masa nak update blog.

Hari Jumaat malam amik gambar, hari Sabtu amik gambar dan pagi Ahad juga amik gambar.

Minggu ini adalah minggu amik gambar. Ye la..orang dah ada CF card 8 gb.

Tapi dalam banyak2 gambar yang aku amik, aku takleh lupa gambar ni. Dia macam melekat dalam mental picture aku.

"Fuyyohh Sapet...hensem la ko malam ni..macam bapak ayam..meh aku tangkap gambar ko sikit...posing cam bapak ayam wei.." Kata aku pada Sapet yang baru sampai.

Kemudian dia posing.

6.8.09

Puasa.

- gaya mintak duit rumah ke rumah di pagi raya.
blog buih

Aku bangun pagi tadi. Agak awal juga memandangkan aku tidur agak lewat setelah habis edit gambar dan juga sempat tengok Borat sikit.

Aku dikejutkan pagi ini dengan dengkuran aku sendiri.

Aku turun bawah. Masih dalam keadaan2 mamai. Tak mandi terus sebab semalam lupa takung air. Jadi aku pasang air panas. Biar air dalam besen tu suam2 kuku.

Sampai kat bawah. Tiada sarapan kat meja. Mak aku pulak takde. Biasalah, jogging pagi2. Aku terus ke dapur. Mencari alasan dan juga minah indon yang selalu ada dalam dapur aku.

"Kenapa takde breakfast?"

"Semua orang puasa"

Ok fine. Aku terima alasan dia. Kalau dah puasa, takkan nak buat sarapan pulak. Aku naik atas mandi. Aku gosok gigi pun berhati2 je. Tak nak tertelan Colgate. Aku siap pakai baju kaler hijau belang2. Tentu sekali baju Michael Kors.

Aku jalan turun ke bawah. Mak aku pun dah balik dari senaman pagi. Dia sedang bercucuk tanam.

"Ma..Boy pun pose hari ni.." Aku tegur dia yang sedang cedok2 tanah pakai senduk besi panjang.

"Bagus.." dia jawab macam tengok tanah lagi bagus dari tengok muka aku.

"Asal mama tak cakap lagi sebulan nak raya? Baju pun tak tempah lagi.." aku mula berborak manja.

"Pose sunat Nisfu syaaban aa!!!" kata mak aku sambil dia tikam2 tanah tu.

Nasib baik dia tikam tanah je.

Selamat berpuasa sunat.

5.8.09

Abang.

-adik bongsu
blog buih

Nadrul

girl

tak gi sekolah ke?

1:41pmHanna

tk

emam

deamam

1:42pmNadrul

ala cian adik balong

nak ikut balong tak petang ni?

balong kena antar ateh gi interview

kat PJ

then we can hang out while waiting for her

i bank in some money for you

can go shopping

- Best gila jadi abang.

4.8.09

Gambar kat konsert Search.




blog buih

Ni bukan gambar aku. Ni gambar2 Anies. Aku tak bawak masuk kamera sebab Pak Guard tak kasi.

Anies Seludup sebab dia rockstar. Aku good boy.

Tapi lepas ni aku nak tengok konsert Omputih je. Ngan orang Indon. Bawak ah Indon2 tu datang. Aku nak bayar, nak pegi hiburkan hati yang terluka dengan kehampehan band negeri sendiri.

3.8.09

bertunang.gif

peah
blog buih

Yeay. Sebagai tanda aku dah abis convert file RAW dari majlis pertunangan Tokya tempohari, aku try2 buat Gif dengan gambar orang2 spastik yang turut hadir memeriahkan majlis.

Nampaknya agak berjaya. Aku tak boleh pastikan sebab internet aku macam tak betul. Gambar tu macam tak bertukar dengan baik.Jadi maafkanlah jika terdapat cacat cela.

I like!

2.8.09

Review Konsert Search Di Awan Biru KL. - berbaloi kepala hotak kau!


blog buih

aku tengah marah ni..tapi nanti tunggu reda sikit baru aku post. betul2.

Ok! dah tiba masanya.

*******

Aku sampai kat parking pusat sains tu dalam pukul 430 petang. Aku turun jalan beberapa tapak, ada mamat datang. Dia kata parking kat situ sepuloh hinggit. Aku mintak resit, dia kata takde. Nak buat camane? Aku bayar je la.

Sampai kat tapak concert, aku kena amik tiket. Kemudian kena tunggu rockstar datang. Bukan Amy Search. Tapi lambat sejam gak. Macam Search. Masa tunggu kat luar tu tetiba ada sebuah kereta Hyundai park kat tepi. Satu awek kluar. Pegi kat kounter tiket. Dia datang balik kat keta dia. Sekali tengok2..Nabila beb. Aku terus control macho kat tepi benteng jalan tuh. Dia senyum sekali. Belum sempat aku balas senyuman, dia dah belah. Asap keta dia bau cam asap keta lain gak.

Rockers2 seluar ketat ngan yang rembat kain kusyen umah/kain langsir Leopar print untuk buat seluar ngan jacket lepak2 kat atas rumput. Bersantai sambil makan burger.

Budak2 dah fed up tunggu. Rockstar tak sampai lagi. Diorang semua masuk dalam. Aku tunggu kat tepi kandang kuda. Ada mamat lalu cakap "Eyh besarnye kuda ni!!"

Nasib baik aku tak pijak dia ngan Doc Martens aku.

Aku pandang belakang. Memang ada kuda pun tengah lepak2 kat luar kandang. Akhirnya rockstar sampai. Aku pegi bagi tiket. kitorang pun jalan masuk ke arah tapak concert. Singgah kedai souvenir beli bandann search yang aku pakai tuh. Best. Lepas ni main takraw, key aku terbaik.

Sempat amik gambar mamat rockers macam prop cerita Mamat Khalid "Rock". Memang rock abis.

Kitorang jalan sampai kat tempat duduk RM88. Kecik je kandang dia. Kami semua duduk atas rumput.

Lepas Maghrib, Republik of Brickfields masuk. Aru start nyanyi. Pastu diorang main lagu2 Search sikit. Version ska. Sound sedap. Semua orang dah berjoget2.

Kemudian orang2 Celcom pulak mengada2 nak buat cabutan bertuah. Tak bertuah langsung. Semua orang dah tak tahan nak tengok Search ni.

Dah setengah jam berlalu. Search tak sampai2 gak.

Lagi setengah jam berlalu. Baru muncul kelibat Amy. Dia kata, salah orang yang datang konsert ni double park. Jadi dia kena naik motor nak datang konsert.

Aku rasa, kalau aku la. Nak perform depan 10 ribu orang yang bayar. Aku takkan blame diorangnye parking. Semua ni datang nak tengok dia. Datang ah awal sikit. Duduk ah kat Club kuda tuh. Mesti dia boleh provide bilik for preparation. Tapi aku telan je alasan tu. Sebab nak tengok konsert kan....

Maka mereka pun start dengan first song. Ok la...Band pun macam baru nak warm up dengan first song. Then 2nd song. Laila Namamu Teratas. Ramai orang tau lagu ni. Crowd dah mula bising2 nyanyi sekali. Pastu part guitar solo. Din belasah solo. Tetiba..

"Ketass Ketuss KetaSSS Kettuss" Bunyik Yazid hentak cymbal. Satu stage dah blackout. Diorang semua lari masuk dalam. Crowd jadi bingung. Aku dah start panas.

Crowd control dah bersepah lepas tu. Mat rock2 dari area tiket RM58 mula panjat kandang kami. Lalu melimpah masuk. Ada yang panjat lagi masuk Blue Zone. Kami yang bayar tiket lebih RM30 untuk ape? Aku memang seriously tak puas hati. Tempat jadi sempit. Ramai orang tolak2. Kalau ape2 jadi sebab over capacity, promoter nak tanggung ke? Atau event organizer?

Keadaan menjadi semakin sempit. Makin susah untuk bernafas. Nasib baik mereka muncul balik. Start dengan konsert balik. Ramai orang bertepuk tangan. Aku tak sempat nak tepuk. Nak angkat tangan pun tak lepas. Belakang kami sekarang ada illegal immigrant concert. Orang2 dari kawasan RM58. Nyata sekali baru datang konsert pertama dalam hidup mereka.

"WOII!! BEST TAK? GEMPAK TAK? AKU DAH CAKAP DAH TERBAIK KAN? TU AH KO TAK NAK PERCAYA!!"

salah seorang dari mereka menjerit lagi kuat dari sound system. Berborak dengan kawan dia. Ringan je siku aku nak naik kat muka dia. Siap sempat berjejak kasih ah pulak dengan member dia kat depan kitorang. Aku dah tak dengar lagu dah. Dengar diorang berborak je.

Sound memang tak sedap malam tu. Sound guitar Hillary memang tak gigit. Macam ada orang letak selimut tebal atas amp. Din pulak solo tak clean.

Nasib baik Yazid punye slot solo drum menarik.

Bila nak masuk time guitar solo, budak2 tu mesti jerit. "Wei tengok wei..dia nak goreng ni"

"Uiyo goreng siot!!"
tambah kawan sorang lagi.

Aku jadi fedup. Diorang mmg suka je kalau ade solo. Walaupun solo tu tak sedap. Walaupun sound macam nenek aku blender cili kering.

Mic Amy pun sound macam kat karaoke. Siap ada hum2 lagi. Bila dia cakap pun ada sound pecah2.

Mula2 persembahan agak menarik dengan ada pyro2 display. Lepas tu dah start dgn lagu rock. Lagu rock yang tak pernah aku hafal. Dengar mungkin pernah la. Sekali lalu je. Bukan best sangat pun.

Lepas tu masuk lagu Isabella. Bila sampai part solo, lampu spotlight focus kat stage right. Kid berdiri kat situ dengan guitar dia. Tapi dia tak buat ape2. Nampak macam bersungguh dia beraksi. Tapi takde bunyik!

Lepas dari tu, Kid terus main dengan diorang. Tapi dia still ada masalah dengan guitar dia. Sound dia tak balance. Kalau kuat, kuat sangat. Kalau tak dengar, memang hancur terus. Beberapa kali dia lari pegi belakang amp. Ntah ape dia adjust.

Mereka terus main lagu2 yang aku tak boleh follow. Lepas tu masuk pulak slot solo ala "guitar battle"

Tiga guitar hero - Hillary, Kid & Din.

Tiga2 ada problem dengan guitar & sound system.

Jadi solo slot tu fail bagi aku.

Aku dah ngantuk. Muka2 sekor2 dah bosan. Ada satu mamat ni dah duduk bersila main game kat henpon. Ada makwe gunakan masa terbaik tu untuk main mesej ngan balak.

Budak2 bingit tu pun dah senyap. Aku tak pernah lagi pergi konsert yang rasa macam nak balik.

Amy pun macam paham. Tetiba dia announce "lagu terakhir dari kami.." Lagu Fantasia bulan madu.

Diorang tak main Meniti Titian Usang, Fenomena, Mentari Merah di Ufuk Timur, Rozana and Teguh. 5 lagu ini kalau tak dimainkan dah boleh jadi alasan kenapa konsert tu tak best. Tak payah amik kira alasan2 lain kat atas tu pun.

Aku balik hampa. Hampa gila. Serious.

Takyah pegi la wei konsert di awan biru.