14.8.09

Penglihatan aku lebih luas sekarang.

- dia akan kelaut esok hari. Selamat jalan saudara.
blog buih

"Your lens is ready for collection" She said.
Aku terima berita itu dengan gembira. Lepas makan terus pandu kereta ke arah Paremba Square.

Dengan 18mm itu pemandangan lebih luas dari corong lensa.

Tak perlu sempit2 macam 50mm.

Ambil lensa. Bayar wang 130. Bersedia untuk pulang. Masalahnya, masih awal lagi. Jam baru menunjukkan pukul 330.

Tapi takkan nak balik KL? By the time sampai office dah pukul 430.

"Ah! balik je la rumah"
Aku sedapkan hati dengan pujukan sendiri.

Sampai kat rumah, aku ambik adik aku untuk pergi berjalan2. Dia kata dia nak pergi Subang Parade. Dia kena pusing2 untuk menghilangkan stress. Aku ikutkan saja.

Aku masuk ke sebuah kedai bernama Sasa.

Sejam selepas itu aku masih di kedai bernama Sasa.

Dia mahu beli ubat untuk wajah.
"Cantik je balong tengok.." aku melawak kat dia. Dia masam.

Ubat yang dipilih diterbangkan dari Jepun. Cara mengamalkannya dengan hanya minum. Ia akan memperbaiki segala masalah di wajah dari dalaman. Dalam masa 6 hari sudah boleh dapat dilihat perbezaan. Satu botol kecil berharga RM13. Namun ia hanya datang dalam kotak berisi 6 botol.

"Yang paling penting rasa dia sedap...mmm..macam Ribena!" Kata kakak promoter ceria.

"Bukan ke yang paling penting ubat ni berkesan? Kalau tak, baik beli Ribena botol besar je." Aku yang dari tadi diam di atas kerusi solek sudah mula bercakap. Kakak promoter terdiam. Macam tersilap teknik jualan. Dia seakan terkejut dengan kepetahan aku bercakap.

Tapi dia tak tau, hari ini penglihatan aku lebih luas. Lensa aku sudah pulih.

No comments:

Post a Comment