2.8.09

Review Konsert Search Di Awan Biru KL. - berbaloi kepala hotak kau!


blog buih

aku tengah marah ni..tapi nanti tunggu reda sikit baru aku post. betul2.

Ok! dah tiba masanya.

*******

Aku sampai kat parking pusat sains tu dalam pukul 430 petang. Aku turun jalan beberapa tapak, ada mamat datang. Dia kata parking kat situ sepuloh hinggit. Aku mintak resit, dia kata takde. Nak buat camane? Aku bayar je la.

Sampai kat tapak concert, aku kena amik tiket. Kemudian kena tunggu rockstar datang. Bukan Amy Search. Tapi lambat sejam gak. Macam Search. Masa tunggu kat luar tu tetiba ada sebuah kereta Hyundai park kat tepi. Satu awek kluar. Pegi kat kounter tiket. Dia datang balik kat keta dia. Sekali tengok2..Nabila beb. Aku terus control macho kat tepi benteng jalan tuh. Dia senyum sekali. Belum sempat aku balas senyuman, dia dah belah. Asap keta dia bau cam asap keta lain gak.

Rockers2 seluar ketat ngan yang rembat kain kusyen umah/kain langsir Leopar print untuk buat seluar ngan jacket lepak2 kat atas rumput. Bersantai sambil makan burger.

Budak2 dah fed up tunggu. Rockstar tak sampai lagi. Diorang semua masuk dalam. Aku tunggu kat tepi kandang kuda. Ada mamat lalu cakap "Eyh besarnye kuda ni!!"

Nasib baik aku tak pijak dia ngan Doc Martens aku.

Aku pandang belakang. Memang ada kuda pun tengah lepak2 kat luar kandang. Akhirnya rockstar sampai. Aku pegi bagi tiket. kitorang pun jalan masuk ke arah tapak concert. Singgah kedai souvenir beli bandann search yang aku pakai tuh. Best. Lepas ni main takraw, key aku terbaik.

Sempat amik gambar mamat rockers macam prop cerita Mamat Khalid "Rock". Memang rock abis.

Kitorang jalan sampai kat tempat duduk RM88. Kecik je kandang dia. Kami semua duduk atas rumput.

Lepas Maghrib, Republik of Brickfields masuk. Aru start nyanyi. Pastu diorang main lagu2 Search sikit. Version ska. Sound sedap. Semua orang dah berjoget2.

Kemudian orang2 Celcom pulak mengada2 nak buat cabutan bertuah. Tak bertuah langsung. Semua orang dah tak tahan nak tengok Search ni.

Dah setengah jam berlalu. Search tak sampai2 gak.

Lagi setengah jam berlalu. Baru muncul kelibat Amy. Dia kata, salah orang yang datang konsert ni double park. Jadi dia kena naik motor nak datang konsert.

Aku rasa, kalau aku la. Nak perform depan 10 ribu orang yang bayar. Aku takkan blame diorangnye parking. Semua ni datang nak tengok dia. Datang ah awal sikit. Duduk ah kat Club kuda tuh. Mesti dia boleh provide bilik for preparation. Tapi aku telan je alasan tu. Sebab nak tengok konsert kan....

Maka mereka pun start dengan first song. Ok la...Band pun macam baru nak warm up dengan first song. Then 2nd song. Laila Namamu Teratas. Ramai orang tau lagu ni. Crowd dah mula bising2 nyanyi sekali. Pastu part guitar solo. Din belasah solo. Tetiba..

"Ketass Ketuss KetaSSS Kettuss" Bunyik Yazid hentak cymbal. Satu stage dah blackout. Diorang semua lari masuk dalam. Crowd jadi bingung. Aku dah start panas.

Crowd control dah bersepah lepas tu. Mat rock2 dari area tiket RM58 mula panjat kandang kami. Lalu melimpah masuk. Ada yang panjat lagi masuk Blue Zone. Kami yang bayar tiket lebih RM30 untuk ape? Aku memang seriously tak puas hati. Tempat jadi sempit. Ramai orang tolak2. Kalau ape2 jadi sebab over capacity, promoter nak tanggung ke? Atau event organizer?

Keadaan menjadi semakin sempit. Makin susah untuk bernafas. Nasib baik mereka muncul balik. Start dengan konsert balik. Ramai orang bertepuk tangan. Aku tak sempat nak tepuk. Nak angkat tangan pun tak lepas. Belakang kami sekarang ada illegal immigrant concert. Orang2 dari kawasan RM58. Nyata sekali baru datang konsert pertama dalam hidup mereka.

"WOII!! BEST TAK? GEMPAK TAK? AKU DAH CAKAP DAH TERBAIK KAN? TU AH KO TAK NAK PERCAYA!!"

salah seorang dari mereka menjerit lagi kuat dari sound system. Berborak dengan kawan dia. Ringan je siku aku nak naik kat muka dia. Siap sempat berjejak kasih ah pulak dengan member dia kat depan kitorang. Aku dah tak dengar lagu dah. Dengar diorang berborak je.

Sound memang tak sedap malam tu. Sound guitar Hillary memang tak gigit. Macam ada orang letak selimut tebal atas amp. Din pulak solo tak clean.

Nasib baik Yazid punye slot solo drum menarik.

Bila nak masuk time guitar solo, budak2 tu mesti jerit. "Wei tengok wei..dia nak goreng ni"

"Uiyo goreng siot!!"
tambah kawan sorang lagi.

Aku jadi fedup. Diorang mmg suka je kalau ade solo. Walaupun solo tu tak sedap. Walaupun sound macam nenek aku blender cili kering.

Mic Amy pun sound macam kat karaoke. Siap ada hum2 lagi. Bila dia cakap pun ada sound pecah2.

Mula2 persembahan agak menarik dengan ada pyro2 display. Lepas tu dah start dgn lagu rock. Lagu rock yang tak pernah aku hafal. Dengar mungkin pernah la. Sekali lalu je. Bukan best sangat pun.

Lepas tu masuk lagu Isabella. Bila sampai part solo, lampu spotlight focus kat stage right. Kid berdiri kat situ dengan guitar dia. Tapi dia tak buat ape2. Nampak macam bersungguh dia beraksi. Tapi takde bunyik!

Lepas dari tu, Kid terus main dengan diorang. Tapi dia still ada masalah dengan guitar dia. Sound dia tak balance. Kalau kuat, kuat sangat. Kalau tak dengar, memang hancur terus. Beberapa kali dia lari pegi belakang amp. Ntah ape dia adjust.

Mereka terus main lagu2 yang aku tak boleh follow. Lepas tu masuk pulak slot solo ala "guitar battle"

Tiga guitar hero - Hillary, Kid & Din.

Tiga2 ada problem dengan guitar & sound system.

Jadi solo slot tu fail bagi aku.

Aku dah ngantuk. Muka2 sekor2 dah bosan. Ada satu mamat ni dah duduk bersila main game kat henpon. Ada makwe gunakan masa terbaik tu untuk main mesej ngan balak.

Budak2 bingit tu pun dah senyap. Aku tak pernah lagi pergi konsert yang rasa macam nak balik.

Amy pun macam paham. Tetiba dia announce "lagu terakhir dari kami.." Lagu Fantasia bulan madu.

Diorang tak main Meniti Titian Usang, Fenomena, Mentari Merah di Ufuk Timur, Rozana and Teguh. 5 lagu ini kalau tak dimainkan dah boleh jadi alasan kenapa konsert tu tak best. Tak payah amik kira alasan2 lain kat atas tu pun.

Aku balik hampa. Hampa gila. Serious.

Takyah pegi la wei konsert di awan biru.

12 comments:

  1. ko jangan amik gambar cun2..ko bagi gambar yang buruk2 je, yang blur2...

    ReplyDelete
  2. aku ngan bini aku masa lagu isi dan kulit dah blah.. hampa gila.. 5 lagu yg kau cakap tu takde.. lagi la hampa.. bab panjat pagar tu memang tak patutlah..guard yg konon2 jaga pagar, kul 9 dh chow gi minum.. orang lain senang-senang je masuk..

    ReplyDelete
  3. Dalam seminggu, 5 hari on the way pergi kerja, by the time lepas area2 kota damansara dekat2 ngan area tanah runtuh kat NKVE tu aku dengar Meniti Titian Usang.

    Bila nak sampai kat tol Jalan Duta dah sampai part jerit2 last2..

    Aku dah training cukup2 dah.

    Lagu tu all time favorite lagu Search.

    Sabtu ngan Ahad lak aku duk depan komputer aku main kat guitar kapok.

    Hari Sabtu hari tu. Aku balik dari konsert ni. Aku nyanyi sendiri je masa nak jalan kaki pegi kat keta. Tak best betul.

    ReplyDelete
  4. tak berbaloi-baloi betul rm88.. mat rempit beli tiket rm58 confirm rasa berbaloi-baloi sebab dapat duduk dalam kandang..

    ReplyDelete
  5. Tu lagi satu masalah. Organizer tak handle. baik takyah buh kandang. Aku beli tiket 88 sebab nak comfort. Priority nak tempat best. Kalau boleh panjat je. Buat pe aku nak bayar beza RM30? Aku lagi pandai panjat pagar. Kat sekolah dulu selalu aku buat.

    Aku rasa tertipu gile aa.

    ReplyDelete
  6. takyah beli tiket pun takpe.. kau datang je.. aku bajet by kul 10 gitu.. tukang jaga tiket semua dh blah gi minum.. kamera pun kau bole bawak masuk.. kau sampai.. terus panjat pagar.. dapat spot cun kat depan..

    ReplyDelete
  7. haha, mmg ramai yg x puas hati. mmg x berbaloi ah aku redah jam yg mahagila untuk tgk konsert cm taik.

    lg xleh blah bile amy salahkan fans double park yg sbbkan diorang lambat, mmg cantik sgt la.

    ReplyDelete
  8. "aku" ni sape? jam kat zai am gak nih...

    ReplyDelete
  9. kau tatau yang depan stage ni. memula semua yang ade tag je kat situ. lepas lampu padam, lampu bukak balik AIK APEJADAH PENUH MANUSIA TAKDE TAG NI?? GILA LAH!

    ReplyDelete