10.8.09

Pendamik.

- ni pun sakit gak nih..sakit otak.
blog buih

Aku tak pergi kerja hari Jumaat lepas. Aku kena siapkan kerja2 tertunggak di rumah. Dari pagi aku kehulu kehilir.

Mula2 masuk kedai tenaga. Semua orang di belakang kaunter pakai topeng.

Masuk ofis Syabas, masih situasi yang sama. Kecuali seorang awek hot di belakang kaunter. Aku senyum kat dia selepas aku bayar, dia buat bodoh. Dalam hati aku maki dia sekali. Dia tak dengar. Biarkan dia kedekut senyuman.

Akhir sekali aku masuk MPSJ. Sambil isi borang, aku dengar perbualan kakak2 di belakang kaunter. Biasanya akan berkisar tentang Kuih Bahulu atau pun Kain ela bila tiba masa nak dekat2 raya ni. Tapi lain yang aku dengar.

"Legal department terus tutup..cuti seminggu sebab H1N1 ni..."

Aku balik rumah. Adik aku terbaring di sofa. "Demam" kata orang gaji aku.

Sape suruh tukar nama selsema ni? Selsema ni memang babi... Selsema Babi.

Tapi aku ada nasihat yang aku petik dari internet. Ia berkenaan dengan semua kawan2 aku. Terutama yang homoseksual dan yang suka bermain sendirian.

Aku rasa aku ada 1 orang kawan yang aku yakin dia homoseksual.

Yang selebihnya, aku rasa korang kena baca jugak..

Baca ini.

No comments:

Post a Comment