17.8.09

MTV Worldstage Live in Malaysia @ Sunway Lagoon 2009.

-try buat panorama...tapi gambar ni tak smart ah..menyampah aku!
blog buih

Aku ingatkan aku yang lambat. Tapi kawan2 aku lagi lambat. Kami ada tiket ke zone emas. Ada tiket after party sekali.

Masa turun dari ekalator yang bersusun2 tu, aku dah terdengar bunyi lagu Hoobastank - The Reason dan nyanyian beribu2 orang.

Aku jadi kelam tidak keruan.

"Cepat la wei!!" Aku desak kawan2 yang melenggang kangkung nak turun eskalator.

Kami turun eskalator secepat yang boleh. Rupanya perjalanan masih jauh. Masa sampai jumpa port nak lepak, Hoobastank dah belah dah. Ada DJ tengah spin2 lagu.

Tiba2 keluar All American Rejects. Aku suka tengok mereka. Persembahan bertenaga. Awek2 muda riang ria melompat mengakibatkan kekeliruan sejenak.

"Nak pandang stage ke nak tengok awek lompat?" aku tak dapat membuat pilihan.

Kemudian Tyson Ritter panjat tiang.

Lepas mereka habis, DJ main balik lagu2 hits terkini.

Band yang aku tunggu2 sampai akhirnya. Kasabian.

Mereka main Fire, Shoot the runner dan lain2. Frontman dia hensem macam polis. Rambut keras. Baju kotak2 warna hitam.

Kemudian mereka belah macam tu je.

"We want more! We want more!" Kanak2 riang yang tadinya ternganga sebab tak pernah dengar Kasabian mahukan encore.

Sebahagian besar mereka sudah pun pulang selepas AAR. Aku rasa macam nak tahan je. Tengok la Kasabian dulu.

"We are going to play an encore for you beatiful people. It's called, L..S...F" Bersahaja En Tom Meighan berkata lalu bernyanyi dengan cemerlang.

Aku pergi makan lepas mereka habis main.

Kemudian masuk ke dalam MOS buat pertama kalinya untuk ke afterparty. Tak boleh bawak kamera, jadi aku pergi simpan dalam kereta. Masa nak masuk semula, guard tu raba2 aku lain macam.

Bukan hari2 dia dapat raba rockstar.

No comments:

Post a Comment