-comel macam ni..
blog buih
Aku keluar dari perkarangan bangunan Sime Darby. Baru lepas jumpa Bulat. Dia kawan aku dari sekolah dulu. Bulat mmg bulat.
Aku terus memandu sepanjang Jalan Raja Laut. Tau2 je lah, Jalan Raja Laut pada waktu tengahari. Penuh dengan bas, teksi dan kereta2 yang memandu laju. Aku teruskan memandu, berhimpit di celah2 kereta yang tak bagi signal, ada juga motor yang hon2 dari jauh sebab nak mencelah. Memang stress.
Jauh di depan. Aku nampak satu benda hitam. Macam segumpal kain di atas jalan. Aku tak beri perhatian lebih lanjut. Biasa la sampah atas jalan kat KL ni. Takkan tu pun nak cerita kan?
Bila dah dekat, baru aku perasan rupanya2 gumpalan kain itu adalah seekor anak kucing itam. Kecil lagi. Jenis yang galak lompat2 kalau main2 ngan tali. Tapi dia nampak ketakutan. Dia macam tak tahu nak buat ape. Dia bergerak sedikit kedepan, kemudian mengundur semula. Kadang2 dia diam di tengah jalan.
Aku jadi serba salah. "Camane nak berenti kat sini?"
* fakta buih - aku tak suka kucing. Aku memang geli dan tak berani angkat kucing atau nak pegi main2 usap kepala kucing. Kalau kucing datang kat aku masa kat meja makan, aku sepak2 dia suruh ketepi. Kalau dia panjat, aku tolak2 kerusi biar dia turun. Kalau dia gesel2 badan dia kat kaki aku, aku akan terkejut.
Tapi anak kucing itam ni, kalau dibiarkan akan berkubur di tengah2 Jalan Raja Laut, dekat2 pejabat PAS.
Aku pandang rearview mirror. Sebuah van ambulan sedang memandu laju. Anak kucing itam mula bergerak. Kemudian dia berhenti. betul2 di tengah2 lalu van. Aku sudah tidak pandang depan lagi. Aku bunyikan hon sahaja.
Aku dah tak sanggup nak pandang lagi. Aku terus pecut.
harap2 anak kucing itam selamat.
Bunga dan Angsa Terbang Mendapat Perbatasan
-
Too much time doing book work today. Sometimes it seems so unfair that I
can't quilt all the time like I really want too. lol
Bunga dan Angsa Terbang Saya ...
2 years ago
No comments:
Post a Comment