20.8.09

Mamai

- Kata nak amik gambar tengah lipat. Ni macam gambar kena headshot je.
blog buih

Aku terjaga. Aku pandang jam biru ditepi katil. Jam yang menemani aku setiap pagi.

Alarm clock. Aku tak pernah ada sejarah silam dengan jam loceng. Dulunya aku benci kewujudan dia. Mengapa perlu ada ia di muka bumi ini. Tapi siapa sangka sekarang aku berkawan baik dengan jam kecil itu.

Masa baru dibeli, ia ada dua bunyi. Loceng biasa dan bunyi polyphonic lagu "It's a small world". Bunyi loceng sudah rosak. Aku tiada pilihan selain dari mendengar lagu durjana itu setiap pagi.

"tu tutuu tu tu tu tu tuu tuu tuuuuuu" ia berbunyi dalam irama lagu yang cukup menjengkelkan itu.

Pagi itu aku tidak dapat melihat jam. Mata aku masih lagi kabur kerana baru bangun. Aku capai tangan ke arah jam. Aku pejam mata. Buka dan cuba melihat sekali lagi.

Nampaknya aku mamai lebih. Masih lagi tak nampak. Aku tarik sedikit lagi jam itu.

"Panngg!!"

Aku terkejut seraya melatah "whadefark?!!"

Dalam keadaan mamai, aku tak sedar jam itu sudah pun ada di bucu meja. Jam loceng jatuh ke bawah katil. Kedalam sebua abyss yang dah lama aku tak kunjungi. Yang mana dalamnya ada kayu snooker (3/4 cut),sampah sarap, casing computer, stokin, strap guitar dan lain-lain. Jam loceng sudah terperangkap di dalam blackhole yang tiada jalan pulang.

Aku bangun untuk bersiap2 hendak ke pejabat.

"It's a small world after all, it's a small world after all, it's a small world after all..it's a small..small world..."

No comments:

Post a Comment