28.1.10

Afrikan Nation.

Korg M3- delicious.
blog buih

Masa lunch hari ni aku berlegar2 di Kuala Lumpur. Aku nak pergi BSN dekat depan KLCC tu nak jumpa ngan orang bank. Tapi macam biasa ah. Aku buat Kolumpo tu macam aku punye. Aku pusing2 tengok orang2 opis semua keluar lunch.

Dari jauh aku nampak segerombolan polis. Semua naik motor kapcai. Aku cepat2 tarik tali pinggang keledar atau sabuk pengaman. Walaupun Kolumpo ni macam aku punye, tapi aku masih ikut undang2.

Mereka berkerumun di sebuah kereta yang terletak di hadapan Saloma Bistro. Aku budget dah kena saman dah diorang tu. Aku maintain muka cool aku. Aku tengok dalam kereta tu kalau2 ada awek cun yang boleh membuatkan aku menggunakan kuasa veto aku dalam Kolumpo.

Sangkaan aku meleset. Dalam kereta tu ada 2 orang Afrika. Aku pun sambung jalan.

Dah pusing2 dalam dua tiga round, aku parking kat BSN. Aku masuk dalam jumpa orang bank.

Setelah selesai aku pun masuk balik dalam kereta. Sambil tengah nak adjust2 kepek pedas yang aku beli kat BSN tu kat atas tempat duduk, aku nampak ade kereta peronda lalu sebelah. Aku toleh dan nampak pakcik dari Afrika yang tadi tu dalam kereta polis.

Seronok jalan2 dalam Kolumpo masa tengahari ni. Boleh hilang bosan tak perlu buang kepala babi kat mana2 rumah ibadah. Dalam perjalanan pulang aku lucutkan kuasa autokratik aku ke atas Kolumpo dan ia terus menjadi pusat bandar sebuah negara yang mengamalkan demokrasi terpimpin sampai sekarang.

27.1.10

Jam session.

- Bangun pun dah lepaih tengahari...
blog buih

Semalam buat kali pertama dalam tahun 2010 aku melangkah masuk studio jamming. Dulu kalau tak selalu jamming. Sampai at one point tu seminggu sekali. Sekarang semua dah ada perkara yang lebih penting dalam hidup dari ingat chord dan lirik2.

Semalam aku melangkah masuk sebagai seorang jurugambar. Yeah, amik gambar band is always my passion.

These guys are crazy. 2 hours flew by pretty fast as I walk about snapping away while layan lagu2 diorang. Though at a premature stage, i think the songs they have will turn out nice.

I had a great time.

26.1.10

Tak reti-reti?

gambar test shot flash. ni masa nak beli kat Kedai Haslam. takde kena mengena dengan cerita. Biasa ah blog aku ni. Ko jangan lak tak reti2.

blog buih

Lepas makan tengahari tadi, aku jadi malas. Makan nasik Arab kat Restoran Saba dekat area2 Keramat sana. Memang jadi brainless. Otak tak boleh berfungsi kerana semua sel2 otak tengah chill. Macam aku sekarang. *Jangan makan Large Lamb Kibsah seorang diri.

Setelah duduk2 dalam setengah jam kat ofis yang sejuk ni, perut aku sudah mula menunjukkan pergerakan. Dalam terjemahan orang putihnya adalah bowel movement. Memang tak lama lagi akan terseru la aku ke bilik air.

Seperti yang aku ramalkan, aku bergegas ke bilik air. Masuk dalam bilik air and settle down. Nasib baik bilik air favorite aku tak dihuni orang lain. Lampu kalimantang berkelip2 macam starter rosak. Menambahkan lagi feel aku berkhayal sambil menjalankan transaksi.

*******

"Gedegang! Gedegung!" Bising bunyik kat luar itu menyantap khayalan aku kepada Lamb Kibsah tadi. Sedap tu memang sedap. Tapi banyak sangat. Suku nasik tak habis.

Toilet kat office ni memang selalu dibersihkan oleh akak2 Indon pada waktu siang. Aku pun tak paham, cuba la basuh time pagi atau petang2 sikit. Tentu sekali kurang traffic flow.Ini toilet, bukan Federal Highway.

Tiba2 aku nampak dari atas cubicle tandas tu, penghujung tangga besi.

"Alamak! diorang nak repair lampu." fikir aku dalam hati. Aku flush toilet dengan harapan bunyi flush boleh menghalang orang tu dari repair lampu.

Aku terus pandang ke atas. Tetiba muncul seorang lelaki India. Dia pandang aku di dalam toilet yang terpinga2. Flow pulak tengah cantik masa tu.

Dia senyum kat aku.

Aku senyum balik.

Takpelah, senyum tu kan sedekah.

Perot Meletop.

"Oh pocot!!"
blog buih

Cik, saya rasa saya tak dapat masuk kerja ni.

Kenapa?

Perot meletop.

Hah..Ada orang bersalin ke?

Takde..makan banyak sangat.

Sekian hiburan petang ini.

Glee

glee [25/365]

blog buih

Kalau kat rumah sekarang ni aku dah kurang layan movie. Aku dah lebih tersangkut dengan mini series. Movie makan masa dua jam. Mini series selalunya dalam 45 minit tapi dalam secara totalnya jauh lebih lama. So tiap2 malam boleh tengok satu episode sebelum tidur.

Glee - Apa itu glee?

Sebuah cerita berkonsep mini series berkisar tentang kisah remaja di sekolah. Aku suka cerita ni sebab banyak scene2 nyanyi yang best. Kat sekolah ni semua orang pandai nyanyi siot.

Si sebalik keseronokan melalak2 dekat sekolah, terdapat juga plot2 menarik tentang hubungan antara Cikgu dengan isterinya, Hubungan cinta remaja dan sebagainya.

Aku dah habis layan Glee ni. Next nak layan ape? Dengar cerita Chuck dah masuk Season 3.

Best nye....!!!!

25.1.10

Kenduri kahwin mana?

-kawan saya sudah kahwin.
blog buih

Sambil aku dengar tok kadi cakap2, aku terpikir.

"Wedding siapa yang first aku pergi?"

Aku rasa tak ramai orang yang ingat wedding pertama yang mereka pergi. Tak, ni bukan wedding pakcik ke makcik ko yang ko pegi sebab terpaksa tu. Ni wedding kawan ko, yang ko dijemput dengan kad tulisan tangan buruk kawan ko. Yang tertulis nama penuh ko dan dalam kurungan nickname pulak.

Macam kalau ko dapat kad tu, kau sendiri tak sure tu nama betul ko ke tak.

Aku masih nak recall lagi. Aku masih tak dapat lagi. Oleh itu wedding yang baru aku pegi hari tu, aku tangkap gambar Video kahwin.

"hahaha! comel gile dowh!"

Tapi wedding mana paling sedap aku pernah makan aku ingat lagi.

22.1.10

Masalah koneksi.

baju tak muat.

blog buih

Masalah.

Internet takde. Aku tak dapat berhubungan dengan dunia luar. Paling merisaukan, hujung minggu mungkin akan mengakibatkan projek 365 terganggu.

Aku dah telepon dah Streamyx semalam. Masalah aku asas sahaja. Password dan User ID tak menepati kehendak komputer. Aku bagi semua butir2 yang diminta. Sebagai pulangan aku hanya mahu User ID dan password aku.

Tak. Dia insist aku buat step2 bodoh menyambung internet. Bukan aku tak pernah sambung, aku ikut kan jugak. Dia suruh aku pastikan modem tu "on".

Nasib baik aku sabar.

Tetiba. Dia putus. Aku tak dapat cakap dengan dia lagi. Internet masih tidak bersambung.

20.1.10

Kejohanan golf tertutup.

bola rasmi Blog Buih adalah bola nike curik.
blog buih

Pagi itu hujan renyai2 tidak dapat mematahkan semangat kami. Berbekalkan kayu 4 batang, aku melangkah masuk ke dalam padang golf.

Permainan agak goyah mulanya. Namun setelah bermula permainan mula nampak teratur. Duit yang dihabiskan di driving range sudah mula menampakkan hasil. Bola pun curik dari driving range dalam 3-4 biji.

Selesai permainan kami mengira markah. Susunan kedudukan terakhir adalah:-

1- Tokya - The bachelor
2- Peah - Maverick
3- Kept
4- Ahmad - The Rookie.

Sekian sahaja laporan dari Blog Buih. Tunggu sehingga kejohanan berikutnya.

Finally, Liverpool wins a cup.


It's not bout the cup, it is all bout the support.


blog buih

Liverpool big cup haul.

Yeah, I know they have it in them.

19.1.10

Raincheck.


blog buih

Latihan dah cukup. Mental dah kental. Cita2 dah pasang. Angan2 dah melayang.

Hujan pulak turun.

17.1.10

Kejohanan Golf 3 penjuru 2010

The Bachelor [15/365]
The Rookie [17/365]
Maverick [11/365]
blog buih

Buat pertama kalinya, sebuah saingan yang akan menggemparkan dunia golf mempertemukan tiga pemain yang tidak asing lagi dari blog ini. Adakah The Bachelor selaku pemain favorite yang tekun berlatih dibawah bimbingan pemain professional akan berjaya menang? Atau adakah The Rookie selaku pemain yang baru menceburkan diri didalam sukan ini akan melakukan kejutan? Mungkin juga Maverick dengan gaya latihan mental dirumah kerana malas nak pergi driving range akan berjaya meraih kejayaan dengan latihan yang tidak ortodoks itu.

Siapa yang akan menjadi raja padang golf Par 3 2010? Tunggu laporan dari kejohanan yang julung2 kali diadakan sempena The Bachelor akan menamatkan zaman bujangnya.

Blog Buih adalah Blog Rasmi kejohanan golf tiga penjuru 2010.

16.1.10

Phantom.

blog buih



I wonder what was in the linesman's head?

Keropok Lekor

The Bachelor [15/365]

blog buih

Dude from LYN: bro, hw much 10kg keropok lekor + postage to melaka? best price pls...

Me: u sure u got the right guy?

Dude from LYN:


notworthy.gif sorry bro, but word has it that ur selling keropok lekor among other items, here in lyn...
now im really confused rclxub.gif ...
back here in melaka, its very hard to get really good keropok lekor & it will cost u a bomb in the pocket shud u found one biggrin.gif ...
maybe i got d wrong peah doh.gif ... damn blush.gif ...
but really bro, u not selling??

I received this crazy message from my inbox in LYN. People nowadays are crazy. How can anybody simply PM another regarding some keropok lekor. 10kgs worth of Keropok Lekor! And I didn't even put up any advertisement that could indicate that I'm selling any kind of food product let alone keropok lekor.

Dude from LYN : so bro? really not selling aa?

15.1.10

Laundry

guitar maestro.
blog buih

Lama tak pegi Laundry ni. Tempat pun dah baru dan lebih luas untuk musician.

Sempat tengok Az Samad.

Hebat abang ni. Jadi aku letakkan dia dalam hari ke 14/365.

Haiti Earthquake.


blog buih

This is what happen when u cast the miniature town in City Hall with voodoo spell and forgot all about it.

14.1.10

Babak panas di taman permainan.


sabtu empat ratus.
blog buih

"Jreng Jreng Jreng" Tali2 gitar tua berbunyi. Tali sedap, gitar tak sedap. Sakit tangan.

Tepat pukul 1230, ada lembaga hitam datang menghampiri kami. Aku tunggu kemunculan wajah. Sampai dua tapak depan aku pun masih hitam lembaga itu. Rupanya Pak Guard Bangla.

"Im soreyy serr..where is your house?" Dia mulakan perbualan.

"Over that side" Aku jawab tenang. Aku pikir mungkin dia tersalah orang ingatkan aku Caleb. Tapi dia tak kelihatan seperti peminat Kings of Leon.

"Actually you can't sit here to play gitarrr" Pak guard Bangla cuba menunjukkan kuasa yang entah siapa bagi.

"I can't do what?" Aku dah mula marah.

Ni kawasan rumah aku. Aku duk sini dari kecik. Berguling2 kat atas tanah ni. Aku tau semua selok belok dalam kampung aku ni. Dulu2 longkang depan ni tempat aku menyorok. Kedai belakang sana tempat beli telur. Jalan depan tu tempat kawan aku kena langgar masa balik ngaji.Ini tanah tumpah darah aku, masa aku jatuh basikal.

"You can't stay here to play guitar. Sorreyy sirr..this is my orders not what i say but i only do my work." Bangla tu dah mula sedar siapa dia. Aku takleh cakap ape2 la. Dia sedang discharge duty dia.

Nasib baik dia sopan, kalau tak tentu dia tau balasan orang yang buat aku panas malam2 buta ni.

Aku buat2 lambat. Sempat makan ayam panggang tiga ketul sebagai tanda rebellion tak terhingga.

13.1.10

Mic Check.


blog buih

Rage Against The Machine


To tha young R to tha E tha B to tha E tha L.

kon-junk-tivitis.

-Jelmaan hantu air?

blog buih

Sakit mata pulak dua tiga hari ni. Aku pun tak pasti kenapa. Mungkin kerana cuaca yang berubah2 atau pun mungkin kerana suhu badan yang panas.

Mata merah memang tak best.

Lain la kalau kat Koleq dulu. Aku dah boleh balik 2 minggu dah.

12.1.10

Mat Saleh mabuk.

"come man!! take my picture!!" - mat saleh mabuk.

blog buih

Hujung minggu lepas aku merantau untuk mencari gambar2.

Aku set photoshoot dengan dua orang kawan. Satu untuk hari Sabtu pada jam lebih kurang 10 malam dan satu lagi untuk hari Ahad pada jam 1 pagi.

Masa tengah sibuk set2 payung dan flash untuk ambil gambar pada pukul 1 pagi. Mat Saleh di atas datang dan menyapa. Dia suruh aku amik gambar dia. Aku pun amik.

Terlebih arak agaknya.

Gambar kawan2 pada malam itu boleh didapati di sini dan di sini.

9.1.10

Light trail Lebuhraya NPE.

berbaloi-baloi
blog buih

Lepas futsal, aku menggelabah. Ada member yang bertanya,

"ko dah amik gambar ape hari ni?"

Diorang bukan kaki gambar pun tapi tetap bersemangat support aku Project 365 aku. Lagipun diorang ni semua model2 aku.

Aku masih belum ambil gambar. Penat lepas main futsal. Sepak bola pun aku rasa macam main lawn bowling je. Takde dah curve2 macam Beckham. Mungkin sebab rambut dah tak fin lagi.

Aku menapak naik tangga. Tangga yang aku sedar masa aku nak turun tu, aku tak pernah jejak untuk seberang jejambat ni. Aku kangkang kan kaki dia. Dia akur rela. Aku gentel2 punat. Maka terbuka lah lubang.

Aku letak kamera diatas tripod.

Nah! amik ko gambar light trail. Aku tak pernah cuba buat gambar ni, tapi ade la baca2 dalam majalah.

Aku perlukan model sebenarnya untuk projek aku ni.

8.1.10

Mata ke atas Malaysia.

London Eye
Masa dibuat pada tahun 1999, Ferris Wheel paling tinggi di dunia. Sekarang masih Ferris Wheel terbesar di Eropah. Ketinggian adalah 135m.

Star of Nanchang
Ferris wheel yang dibina pada tahun 2006 dikota Nanchang, wilayah Jiangxi. Pernah menjadi yang tertinggi di dunia.Beridir pada ketinggian 160m.

Singapore Flyer
Ferris wheel yang tertinggi di dunia pada masa ini terletak di negara jiran. Aku pun ada amik gambar Singapore Flyer ni masa pergi bercuti tahun lepas.Boleh nampak Johor dan satu pusingan memakan masa 37, ia tegak pada ketinggian 165m.

Singapore FlyerSingapore flyer by Buih.
blog buih

Eye on Malaysia
Ketinggian 60m. Pernah menetap di KL namun telah pun berhijrah ke Melaka. Status sekarang, disita. Tak tersenarai dalam entry wikipedia berkenaan Ferris Wheel kerana tak best kot.

Kalau takde Eye on Malaysia, butakah negara kita?

7.1.10

Tengok gaya orang menjelang tahun baru.

drummer ganas.
blog buih

Lama tak keluar malam. Lagi2 ke tempat yang banyak orang muda remaja. Bila sesekali pegi, aku cuba catch up dengan apa yang diorang ni pakai untuk keluar. Ada satu zaman tu, keluar pakai selipar hotel pun kira ok.

Semalam aku kat tempat yang sesuai untuk melihat gaya pemakaian. Ada beberapa gaya baru hasil observasi aku.

Full Cap masih applicable tapi sekarang dipadankan dengan cermin mata wayfarer. Cermin mata, bukan cermin mata hitam.

Ada orang pakai jeans senteng. Pelik gila. tapi senteng bukan sikit2. Sampai nampak betis bunting padi. Tapi berbulu. Aku tak pasti orientasi seksual orang itu.

Ada yang pakai poncho. Knitted. Yang pakai tu lelaki. Sangat tak comel. Mesti pengaruh tengok cerita I love you Beth Cooper. Nasib baik warna hitam, kalau fruschia, tentu aku dah mengamuk.

Bulu mata 2010. Sudah pun dibincangkan dan telah menular ke kalangan rakan taulan.

Setakat itu pengamatan aku dalam minggu pertama 2010 ni.

Cepat betul masa berlalu.

Borneo Rainforest.

altimet@fly fm campur chart goes live
Altimet.
blog buih

Borneo Rainforest is a club near Sunway Pyramid. Last night the Fly FM Campur Chart Goes Live was rocking the place.

I went there thinking that since the place is quite near to home and i really need to go out to get some ideas for my project. Robot Asmara opened the show. Altimet then stepped up and did his thing. Finally Deja Voodoo Spells wrapped up the show. I saw an old friend but didn't get to say "hi" since he was busy rocking on the stage.

I had one eye on the colourful lights around the Sunway area before I went in. Time flew by too fast as I went out it was all turned off. However I did get my shot in front of the majestic Sunway Hotel.

It was fun, maybe if it's held here monthly after this, I'll be down there giving my support to local music!

6.1.10

Bulu mata 2010.

- Gambar tanpa motif.
blog buih

"...tak suka bulu mata gadis 2010"

Status facebook aku tepat dan sangat blunt. Aku tak tau sejak bila, muncul sejenis bulu mata yang pelik. Tapi semenjak tahun 2010 tiba, bulu mata tersebut semakin menjadi2.

Aku tak tau kalau bulu mata jenis ini menjadi pilihan gadis2 Melayu sahaja atau pun sudah lama menjadi "it" fashion di Orange County.

Pertama kali aku lihat. Di kaunter pertanyaan sebuah bank.

"Ye encik, boleh saya bantu?" tanya dia manis. Aku diam membatu.

"Tak payah la bantu..saya yang patut bantu awak betulkan bulu mata awak nih" hati kecil aku bersuara.

Kali kedua pula masa berselisih di dalam KLCC. Dekat2 kedai Crumpler. Aku berjalan, dia berdiri. Aku pandang. 1 kali, 2 kali. Kali ketiga tu aku tau kalau aku pandang nanti dia ingat aku suka sangat tengok dia. Jadi aku jalan je terus.

Terakhir, aku nampak di Kaunter Darussalam. Aku pandang je bulu mata dia sambil dia bayar bil makanan.

"Apa makan?"

"Alllooooo kad?kad mana?"

Mamak tu marah lak aku tak layan dia masa dia mintak kad. Kat Darussalam menu tulis dalam kad, swipe je kat kaunter. Aku tau, memang maju. Bukan macam kedai mamak yang korang lepak. This mamak is paperless. Aku pula tengah asyik pandang bulu mata.

Bulu mata yang aku maksudkan ni jenis bulu mata yang terkeluar dari satah mata dan ternaik sikit kat atas kelopak mata. Aku tengok macam keretapi lari dari gerabak. Tak boleh terima dan tak boleh berhenti pandang.

Teori aku, sebab balak dia (read : Mat Rempit) bawak motor laju sangat, dan helmet spare takde cover mata, maka bulu mata tersenget sedikit.

*******

Dah jumpa dah gambar bulu mata 2010 tu!

Dissapointed.

siblings
at the obey installation @ Singapore.
blog buih

My sister buzzed me on MSN.

"Siapa baca ur blog and add me in Fb?" She asked me and I was left dumbfounded. I didn't know who.

I asked for the message that he sent to her.

Sorry, I don't usually add strangers on facebook and find it a bit difficult to approve one. So, I'm one of your brother's blog reader and found your facebook link there. Hello :)
"Can I have the ur blog's link?" She asked me. She didn't even read my blog.

*******

I, have never linked my sister's facebook or even mine in this blog,ever. From my facebook, there's a link to this blog but not the other way round. I only have the link to my flickr and some of my friends blog on the right panel.

I find it absurd that for someone who does not usually add strangers and find it difficult to approve one, took the time and effort to do exactly the opposite. It should also be noted that, he is not one of my many friends in facebook.

*******

I'm very dissapointed.

5.1.10

Isu nama tuhan di Malaysia.

-jangan sampai aku panggil Gaban
blog buih

Ekoran kebosanan yang melanda di opis, aku letak file2 semua kat tepi, aku tolak kertas2 lalu aku capai tetikus aku bukak blog2.

Isu paling hangat - Penggunaan nama Allah oleh Herald, sebuah newsletter Christian.

Memang ramai orang yang memberi pendapat. Aku ni tak pandai sangat bab agama. Kecik2 dulu pegi la sekolah agama. Pakai sampin hijau. Aku tak ingat pun dia ajar ape. Yang aku ingat keropok lekor kat kantin tu sedap.

Semalam di berita ada laporan yang penggunaan nama Allah itu tidak dihalang diantara agama Samawi. Agama Samawi di sini adalah agama yang diturunkan pada para nabi dan ia juga ada dipanggil Agama Abrahamaic.

Aku ada dua aje pandangan atau isu yang aku nak bawa ketengah.

Pada pemahaman aku, penggunaan nama Allah ini dibenarkan ke atas agama samawi lain. Agama Samawi ini adalah yang diredhai olehNya dan bukan versi yang telah diubahsuai.

Hasil dari keputusan hakim untuk membenarkan penggunaan nama Allah, berdasarkan kepada , "failure to adduce evidence that the use of the word would threaten national security and create misunderstanding and confusion among Muslims". adalah amat pelik. Ini adalah kerana, ia menjadi tanggungjawab kepada Menteri tersebut untuk menimbulkan bukti bahawa penggunaan tersebut akan menimbulkan kekecohan dalam negara sedangkan adalah lebih wajar hujah2 kenapa nama tersebut harus digunakan adalah lebih wajar untuk diperdengarkan.

Tergerak aku membuat entry ini adalah kerana terbaca sebuah blog yang berpendapat bahawa penggunaan nama Allah harus dipandang sebagai advantage kepada penganut agama Islam di sini.

Aku pula rasa, kalau betul hendak digunakan untuk menyebarkan dakwah Kristian sesama Kristian, mengapa tidak dibawa usul ini ke Vatican City? Biar seluruh dunia tahu dan sekali gus boleh membuat perubahan nama ini secara global. Kenapa harus di Malaysia sahaja?

Akhir sekali, sambil duduk2 minum di kedai kopi dan makan nasik lemak, nampak orang balik gereja pagi Ahad, tanya saja pada mereka. "Who is your god?"

Kalau orang Kristian pada amnya tak pakai. Kenapa Herald nak pakai?

Yellow Lines.

Sudah potong?
blog buih

Dah nak dekat 2 tahun setengah aku bawak kereta di Kuala Lumpur masa tengahari. Masa makan tengahari kat KL ni menarik. Banyak tempat makan. Aku pun dah jadi macam wikipedia pasal tempat2 makan ni. Cakap aje nak makan ape. Aku akan tunjukkan kat mana.

Pernah sekali aku dapat sms dari orang tak kenal tanya nak makan kat mana. Aku jawab, pastu dia senyap. Sampai hari ni aku tak tau siapa orang tu.

Tapi satu je komplen aku kat jalan2 kat KL ni. Aku rasa, idea penggunaan laluan yang ada cat kuning yang khas untuk Bas dan Teksi itu sudah pun lapuk dan tidak boleh digunapakai. Ini adalah kerana, aku tengok bas2 dan teksi lebih berminat untuk bawak kenderaan mereka di lorong kereta biasa. Jalan yang dulunya 3 lorong dah jadi 2.

Lorong kuning pula?

Lorong kuning sekarang macam satu bas stand/teksi stand sepanjang jalan. Dengan adanya lorong kuning tu, teksi2 dan bas2 ni boleh berhenti suka hati mereka di mana2 saja. Keadaan ini lebih teruk lagi bila penumpang2 sendiri menggalakan perbuatan mereka dengan menahan teksi2 ini di mana2 sahaja.

Tapi masa hari tu teksi2 dilabel lebih teruk dari tandas, marah dan melenting. Namun takde pun apa2 perubahan yang berlaku.

At least tandas boleh upah orang Bangla/Indon tolong cuci kan.

I think we should make bumper stickers which will be distributed for free among the public, bila ada teksi atau bas yang bawak macam tandas, kita lekatkan sticker tersebut kat kenderaan itu.
Pemandu yang bawak macam tandas itu juga dikenakan hukuman untuk membersihkan cat kuning di atas jalan tersebut.

4.1.10

Must Watch.


blog buih

kalau ada satu video yang kena tengok, ni la video dia.

The 365th day of one of the most inspiring Project.

No prizes for those who guessed that I'm following him. After the vid, for those who don't know him, browse through his project. You'll be amazed. Great pictures...

A new year over the weekend.


light up light up...
blog buih

Boy! what a weekend. It was a New Year's weekend. So predictably, it was very hectic. We didn't plan to go out and celebrate but the last thing on my mind was to play badminton. But, true to our sportsman like behaviour, the clock striked 12 while we were on the badminton court. I heard the fireworks. I didn't go out to see it.

I. on the other hand, was more occupied with the 365 project which was officiated by the massive fireworks as the minute finger overlaps the hour finger.

So the first 3 days went smoothly, on the first day was a self portrait. On the second day we took a drive to KL and took a group picture and on the the 3rd day, it was Xul's portrait.

It's getting harder by the day.Monday is going to be the worst.

Same shit, different year.

2.1.10

Kutuk Mat Salleh


blog buih

respect.

1.1.10

[365]


-mamame la puta polla!!!
blog buih

Ok I've jump right into it. Starting off with a self portrait that was done in the comfort of my own room.

*note to self- gotta find more models, 365 self portraits will make an ugly project. :)

I really didn't know what to take as the inaugural picture. I really wanted to snap something with all the fireworks and colours of the new years eve. On second thought, i like this better..more toned down and attached to the spirit of 2010.

in other words, i didn't go out to celebrate new year's eve. Lame old me.

Cut the crap and head down to the project [365]!

-All y'all comments and supports are welcomed.

Happy New Year


blog buih

Happy New Year from Blog Buih.

Demm 2009 went by fast.

Hello 2010, may you be gentle on me..