7.1.10

Tengok gaya orang menjelang tahun baru.

drummer ganas.
blog buih

Lama tak keluar malam. Lagi2 ke tempat yang banyak orang muda remaja. Bila sesekali pegi, aku cuba catch up dengan apa yang diorang ni pakai untuk keluar. Ada satu zaman tu, keluar pakai selipar hotel pun kira ok.

Semalam aku kat tempat yang sesuai untuk melihat gaya pemakaian. Ada beberapa gaya baru hasil observasi aku.

Full Cap masih applicable tapi sekarang dipadankan dengan cermin mata wayfarer. Cermin mata, bukan cermin mata hitam.

Ada orang pakai jeans senteng. Pelik gila. tapi senteng bukan sikit2. Sampai nampak betis bunting padi. Tapi berbulu. Aku tak pasti orientasi seksual orang itu.

Ada yang pakai poncho. Knitted. Yang pakai tu lelaki. Sangat tak comel. Mesti pengaruh tengok cerita I love you Beth Cooper. Nasib baik warna hitam, kalau fruschia, tentu aku dah mengamuk.

Bulu mata 2010. Sudah pun dibincangkan dan telah menular ke kalangan rakan taulan.

Setakat itu pengamatan aku dalam minggu pertama 2010 ni.

Cepat betul masa berlalu.

5 comments:

  1. mana gambar bulu mata 2010?

    ReplyDelete
  2. ko klik pegi kat entry bulu mata tu.

    pastu ko turun bawah..ade link pegi kat gambar tu.

    ReplyDelete
  3. takkan la aku nak gi amik gambar semua mamat2 tu?

    ReplyDelete