5.1.10

Yellow Lines.

Sudah potong?
blog buih

Dah nak dekat 2 tahun setengah aku bawak kereta di Kuala Lumpur masa tengahari. Masa makan tengahari kat KL ni menarik. Banyak tempat makan. Aku pun dah jadi macam wikipedia pasal tempat2 makan ni. Cakap aje nak makan ape. Aku akan tunjukkan kat mana.

Pernah sekali aku dapat sms dari orang tak kenal tanya nak makan kat mana. Aku jawab, pastu dia senyap. Sampai hari ni aku tak tau siapa orang tu.

Tapi satu je komplen aku kat jalan2 kat KL ni. Aku rasa, idea penggunaan laluan yang ada cat kuning yang khas untuk Bas dan Teksi itu sudah pun lapuk dan tidak boleh digunapakai. Ini adalah kerana, aku tengok bas2 dan teksi lebih berminat untuk bawak kenderaan mereka di lorong kereta biasa. Jalan yang dulunya 3 lorong dah jadi 2.

Lorong kuning pula?

Lorong kuning sekarang macam satu bas stand/teksi stand sepanjang jalan. Dengan adanya lorong kuning tu, teksi2 dan bas2 ni boleh berhenti suka hati mereka di mana2 saja. Keadaan ini lebih teruk lagi bila penumpang2 sendiri menggalakan perbuatan mereka dengan menahan teksi2 ini di mana2 sahaja.

Tapi masa hari tu teksi2 dilabel lebih teruk dari tandas, marah dan melenting. Namun takde pun apa2 perubahan yang berlaku.

At least tandas boleh upah orang Bangla/Indon tolong cuci kan.

I think we should make bumper stickers which will be distributed for free among the public, bila ada teksi atau bas yang bawak macam tandas, kita lekatkan sticker tersebut kat kenderaan itu.
Pemandu yang bawak macam tandas itu juga dikenakan hukuman untuk membersihkan cat kuning di atas jalan tersebut.

No comments:

Post a Comment