-jangan sampai aku panggil Gaban
blog buih
Ekoran kebosanan yang melanda di opis, aku letak file2 semua kat tepi, aku tolak kertas2 lalu aku capai tetikus aku bukak blog2.
Isu paling hangat - Penggunaan nama Allah oleh Herald, sebuah newsletter Christian.
Memang ramai orang yang memberi pendapat. Aku ni tak pandai sangat bab agama. Kecik2 dulu pegi la sekolah agama. Pakai sampin hijau. Aku tak ingat pun dia ajar ape. Yang aku ingat keropok lekor kat kantin tu sedap.
Semalam di berita ada laporan yang penggunaan nama Allah itu tidak dihalang diantara agama Samawi. Agama Samawi di sini adalah agama yang diturunkan pada para nabi dan ia juga ada dipanggil Agama Abrahamaic.
Aku ada dua aje pandangan atau isu yang aku nak bawa ketengah.
Pada pemahaman aku, penggunaan nama Allah ini dibenarkan ke atas agama samawi lain. Agama Samawi ini adalah yang diredhai olehNya dan bukan versi yang telah diubahsuai.
Hasil dari keputusan hakim untuk membenarkan penggunaan nama Allah, berdasarkan kepada , "failure to adduce evidence that the use of the word would threaten national security and create misunderstanding and confusion among Muslims". adalah amat pelik. Ini adalah kerana, ia menjadi tanggungjawab kepada Menteri tersebut untuk menimbulkan bukti bahawa penggunaan tersebut akan menimbulkan kekecohan dalam negara sedangkan adalah lebih wajar hujah2 kenapa nama tersebut harus digunakan adalah lebih wajar untuk diperdengarkan.
Tergerak aku membuat entry ini adalah kerana terbaca sebuah blog yang berpendapat bahawa penggunaan nama Allah harus dipandang sebagai advantage kepada penganut agama Islam di sini.
Aku pula rasa, kalau betul hendak digunakan untuk menyebarkan dakwah Kristian sesama Kristian, mengapa tidak dibawa usul ini ke Vatican City? Biar seluruh dunia tahu dan sekali gus boleh membuat perubahan nama ini secara global. Kenapa harus di Malaysia sahaja?
Akhir sekali, sambil duduk2 minum di kedai kopi dan makan nasik lemak, nampak orang balik gereja pagi Ahad, tanya saja pada mereka. "Who is your god?"
Kalau orang Kristian pada amnya tak pakai. Kenapa Herald nak pakai?
Bunga dan Angsa Terbang Mendapat Perbatasan
-
Too much time doing book work today. Sometimes it seems so unfair that I
can't quilt all the time like I really want too. lol
Bunga dan Angsa Terbang Saya ...
2 years ago
No comments:
Post a Comment