6.1.10

Bulu mata 2010.

- Gambar tanpa motif.
blog buih

"...tak suka bulu mata gadis 2010"

Status facebook aku tepat dan sangat blunt. Aku tak tau sejak bila, muncul sejenis bulu mata yang pelik. Tapi semenjak tahun 2010 tiba, bulu mata tersebut semakin menjadi2.

Aku tak tau kalau bulu mata jenis ini menjadi pilihan gadis2 Melayu sahaja atau pun sudah lama menjadi "it" fashion di Orange County.

Pertama kali aku lihat. Di kaunter pertanyaan sebuah bank.

"Ye encik, boleh saya bantu?" tanya dia manis. Aku diam membatu.

"Tak payah la bantu..saya yang patut bantu awak betulkan bulu mata awak nih" hati kecil aku bersuara.

Kali kedua pula masa berselisih di dalam KLCC. Dekat2 kedai Crumpler. Aku berjalan, dia berdiri. Aku pandang. 1 kali, 2 kali. Kali ketiga tu aku tau kalau aku pandang nanti dia ingat aku suka sangat tengok dia. Jadi aku jalan je terus.

Terakhir, aku nampak di Kaunter Darussalam. Aku pandang je bulu mata dia sambil dia bayar bil makanan.

"Apa makan?"

"Alllooooo kad?kad mana?"

Mamak tu marah lak aku tak layan dia masa dia mintak kad. Kat Darussalam menu tulis dalam kad, swipe je kat kaunter. Aku tau, memang maju. Bukan macam kedai mamak yang korang lepak. This mamak is paperless. Aku pula tengah asyik pandang bulu mata.

Bulu mata yang aku maksudkan ni jenis bulu mata yang terkeluar dari satah mata dan ternaik sikit kat atas kelopak mata. Aku tengok macam keretapi lari dari gerabak. Tak boleh terima dan tak boleh berhenti pandang.

Teori aku, sebab balak dia (read : Mat Rempit) bawak motor laju sangat, dan helmet spare takde cover mata, maka bulu mata tersenget sedikit.

*******

Dah jumpa dah gambar bulu mata 2010 tu!

2 comments:

  1. aku tak boleh bayang bulu mata yang kau cakap ni.. takde gambar ke?

    ReplyDelete
  2. aku cuba amik gambar nanti...

    ReplyDelete