31.3.10

Kumpulan perempuan Korea comel2.

Blue rose [81/365]
-bunga lama kaler biru.
blog buih

Mula2 syok gak aku tengok. Usha2 kat Youtube. Tengok diorang joget comel2. Lepas tu ada satu tu buat lagu yang jenis melekat kat kepala tak nak keluar2.

Sampai perform kat New York.

Tapi kalau dah sampai banyak sangat kumpulan kugiran modal sama, aku dah tak boleh belah dah. Memang tunggu nak kena kutuk je. Senang betul dia kutip je 5 awek Korea, joget2 sikit. Dah siap dah band.

cuba amik 5 orang awek Melayu letak dalam band. Nak tau jadi ape?


30.3.10

Yeay!!!


blog buih

yeay!

29.3.10

Pengembaraan adventur mencabar


-orang outdoor dan biasa dalam cuaca ekstrim.
blog buih

"So kita nak makan kat mana ni?" tanya Sopi penuh gaya lapar.

"William's ah!" aku semarakkan lagi semangat nak gi makan jauh2 dari rumah. Kitorang semua suka makan kat luar. Padahal kat umah mama masak lauk sedap. Free lak tu.

*******

Kami dah hampir sampai kat William. Sebelum simpang last kat 7-E tu dah nampak dah hujan macam lebat.

"Ni hujan geli2 je ni bai..." Kata Shahir.

"Aku pikirkan tempat second choice" Aku dah mula rasa tak sedap hati. Aku nak cadangkan makan kat Sambal Hijau dekat area2 Abuya sana.

"Tu ada meja kosong!" serentak Zano ngan Sopi jerit. Diorang duduk kat belah kiri keta jadi senang nak usha kalau ada meja kosong. Kitorang turun lari terkedek-kedek ke tempat duduk yang kosong.

"Nak makan ape?Kambing?Ayam?Daging?Itik?" Tanya William.

"I want Nasi goreng patayya sosej" Cepat je aku jawab. Memang best makanan ni. Yang lain2 pun turut order makanan masing2.

"Air apa best?" tanya Shahir kat si William.

"Ko try strawberry avocado blended" William jawab yakin.

"Ok, bagi Strawberry Avocado" sejurus Shahir jawab soalan tadi...

KAPOWWW!

Kilat paling kuat penah aku dengar berbunyi. Rasa cam betul2 atas kepala kitorang. Kedai makan jadi gelap gelita. Sopi terjerit kecil. Aku baling botol Cili Sos. Zano ingatkan beg tangan Sopi.

*******

Lepas tu baru Xul dengan Kept sampai. Masa tu lampu pun dah pasang. Kitorang cerita kat diorang pun macam benda tu dah jadi 2-3 tahun lepas. Diorang dengar penuh taksub. Lepas diorang order menu mengarut diorang pulang, macam Nasi Goreng Tendon, hujan mula turun.

Mula2 hujan tu ok lagi. Macam geli-geli bak kata Shahir.

Tiba2 hujan tu jadi ribut.

Lampu padam semula. Hujan sangat lebat. Aku tutup nasi goreng dengan tangan. Muka basah terkena tempias.

"Sebelah kering,sebelah sebelah"Bak kata Shahir. Dia nak cakap sebelah basah tapi dia memang suka tersasul macam tu.

Makan lepas hujan sangat sejuk. Air panas pun jadi sejuk. Sop Kept jadi banjir. Nasib baik William tukarkan.

Masa makan tu semua cuak tapi lepas tu semua cerita macam best je makan dalam hujan.

Xul tak basah sangat sebab dia ada baju hujan. Lagipun dia memang orang outdoor, dah biasa dah dalam keadaan cuaca ekstrim macam ni.

25.3.10

Teknologi Insan.


-kembar stroberi.
blog buih

"Ko serious ke nak pegi Bellamy? Kalau serious nanti aku call." Kata aku pada mak buyung.

"Aku nak pegi. Tapi aku tak tau jalan. Camane ah?" Kata perempuan gemuk di hujung talian dengan nada lapar bercampur gemuk.

"Ok. Ko masuk Federal, ko stret je sampai lepas Midvalley. Pastu ko lalu depan Mcoba Building pastu ko naik atas Jalan Kampung Attap sana." Aku mulakan penjelasan.

"Oo..itu yang lebuhraya Mahameru kan?" Tanya perempuan itu lagi.

"Tak..Mahameru yang first punya. Ni yang nombor dua nye. Ko naik tu nanti lalu depan Istana Negara. Pastu ko masuk jalan yang pegi Tupai-Tupai tu. Dah dekat sangat dah tu." Bersemangat aku tunjuk jalan.

"OOohhh..aku rasa kalau camtu, aku tengok dalam Garmin ade ke tak." Kata dia tenang.

"Ko ade Garmin ke?" Aku rasa cam nak cekik2 je minah ni.

*******

"Dah sampai lom?" Aku tanya dia selang beberapa minit dan setelah Cik Anies sangap melayan cerita2 aku.

"Aku nye Garmin tau jalan sampai Tupai-Tupai je. Lepas tu aku naik flyover ni. Sekarang dah sampai Bukit Bintang." Tiada sikit pun nada cemas di suara Mak Buyung.

"Bukit Bintang!" Aku terkejut.

"Patah balik" Sambung aku lagi sebelum aku letak telepon.

*******

"Aku dah pusing2 dah. Aku tak jumpa. Aku dah fed up. Aku parking je kat Tupai2 ni." Suara perempuan ini semakin garang mungkin kerana kelaparan.

"Ok ok..ko park je kat situ.Aku gi amik ko." Cepat2 aku keluar dari pejabat untuk pegi amik Si buyung ini.

Kami akhirnya berjaya sampai ke kedai yang dituju. Kami makan ikan pari bakar. sedap!

24.3.10

Jack si perobek.


-bila takde lampu kat rumah.
blog buih

Ok, tentu semua orang pernah dengar cerita Jack The Ripper. Pembunuh yang sering mencari mangsa wanita di kawasan Whitechapel di kota London.

Beberapa tahun sebelum itu ada kes2 pembunuhan wanita yang tidak diselesaikan yang berlaku di Austin,Texas. Modus Operandi mereka agak berbeza. Namun mangsa tetap dari golongan wanita dan ini menimbulkan tandatanya jika pembunuh di kedua2 tempat tersebut adalah orang yang sama.

Kemudian saya terbaca artikel ini.

adakah Jack the Ripper seorang berbangsa Melayu? Tak hairanlah ramai anak cucu dia sekarang kan?

23.3.10

Harum semerbak.


blog buih

Sape yang tak pernah cuci tu..jaga la hygiene...

mangkuk tandas korang.

22.3.10

kuku ibujari Facebook boleh menyesatkan anda.



blog buih

Nampak menarik? Spek mata cantik? Dahi licin?

Sila klik pada gambar...

Kesimpulannya, jangan percaya gambar2 Facebook.

Red wall.


-dinding bilik aku. cantik kan?
blog buih

Kali terakhir aku tengok bola kat situ, diantara dua pasukan itu, kami semua pulang hampa.

Ada budak Sepanyol hancurkan benteng Serbia.

Tapi semalam, kami pulang senyum-senyum. Sapa nak sangka ada budak Korea pandai tanduk.

Senduk kayu.


blog buih

member2 memang suka buat camni.

19.3.10

Tingkat Satu.



-Tenang..bawak bertenang....
blog buih

Dari dalam kereta lagi aku dah bilang dengan adik aku.

"Hari balong rasa nak makan Roti Gardenia berkrim Vanilla atau Jagung."

"Nape balong nih?" Adik aku terkejut sebab aku lompat ke situ dari topik cerita pasal dia buat audit.

So berbekalkan Roti Gardenia berkrim jagung dan satu kotak air anggur dengan aloe vera segar, aku berjalan ke Lif standard nak naik ke opis.

Dia berdiri kat situ. Dengan baju kurung hijau. Hari ni dia tak terkejut nampak aku. Aku berdiri sebelah dia. Kami tunggu Lif sampai.

Pintu lif terbuka. Aku biarkan dia melangkah masuk dulu. Aku ikut sama masuk.

"Tingkat berapa?" tiba2 dia tanya.

"Tingkat berapa?! U tak tau i kerja tingkat berapa? Apa u ni? Kan kita sama2 terkejut kat tangga hari tu!?"

Tapi aku tak cakap macam tu. Ingat aku gile ke ape?

"Tingkat sama.." aku cakap selamba.

"Ting!" Dah sampai.

Demm tak best gile kerja kat tingkat satu.

Pintu lif terbuka semula. Dia melangkah keluar. Dia pusing kiri. Aku terus berjalan. Mungkin dia tak ingat kejadian itu. Kejadian yang pertama kali berlaku pada diriku. Namun mungkin sudah jadi perkara biasa pada dia.

Mungkin esok aku beli Roti Gardenia berperisa Vanilla pula.

18.3.10

Gang Buntu.


-vandalisme jujur.
blog buih

Ok, Let's face it. Facebook ni mengakibatkan banyak masalah. Antara masalah yang paling ketara untuk aku akhir2 ini adalah masalah penggunaan bahasa Ingerris.

Bayangkan kita tekan butang untuk new status.

"Apa aku nak tulis ni? Dalam BM ke? Dalam English ke?" Soalan2 ini tentunya menerjah masuk ke dalam benak fikiran semua orang.

Berapa lama waktu yang paling optimum yang patut diambil oleh seseorang ketika hendak update status mereka?

Kalau rasa tak confident, sila betulkan status. Sila semak dan kemaskinikan semula. Jangan jadi macam status yang aku nampak pagi tadi;

"Thanks for all your supported"

Belum sempat apa2 aku dah delete dia dari senarai kawan2 aku.

Situasi seakan2 serupa juga didapati apabila seseorang mahu membuat album di Facebook. Soalan pertama yang diterjah komputer adalah, Album Name.

Memang lah Facebook anda akan tanya dalam Bahasa Inggeris. Tapi ini tak bermakna kena tulis nama album tersebut dalam BI.

Hari ni aku ternampak satu album gambar.

"Me in Memory".

Dalam kesibukan hendak mengemaskini Facebook dan membuat kerja2 lain di pejabat, tentu sekali ada kesilapan dan typo yang berlaku. Tiada orang yang sempurna tapi semak2 lah kalau tak yakin.

Selain dari dua perkara berbangkit di atas, ada lagi kejadian2 pelik yang berlaku. Namun rasanya benda2 begini hanya terjadi sekali sekala dan tidak mungkin berulang lagi. Antara perkara2 yang hampir tahap mistiknya dengan Sudin Ajaib adalah :

1) Cut and Paste dari carian Google ke status namun masih salah.

2) Tulis Status anda di Wall orang lain.

Sekian.
Walahualam.

Mintak mahap tok...


-Horror gak costume diorang ni...
blog buih

Kalau korang pernah sampai Sentul, mesti korang dah tau parking memang tak cukup. Tiap2 kali aku pegi bank, aku buat selamba je parking kat tempat tunggu bas. Bukan banyak sangat orang nak naik bas pun. Aku cepat2 masuk ke dalam. Selesai urusan aku jalan semula ke arah kereta.

Pak guard tu senyum sambil tolong bukak kan pintu.

Bukannya aku tak reti bukak pintu bank, mungkin pak guard tu takde keje lain kot.

Dua tiga langkah aku keluar bank, aku perasan kereta polis. Pelan je dia bawak. Pastu pasang pulak signal. Lip Lap Lip Lap.

"Ah sudah..nak kena saman pulak." aku dah mula cuak. Kereta aku agak jauh lagi. Nak kena amik satu lap, panjat tangga baru sampai.

Polis tu perasan aku terhegeh2 nak lari kat tepi tu. Aku dah mencungap2 dah.

Dia tunjuk2 kereta aku dengan jari telunjuk. Aku angguk seolah berkata;

"Tolong la jangan saman saya, maafkan saya tok.."

Sebelum diorang belah, polis yang duduk belah kiri tu siap senyum kambing lagi.

17.3.10

5 saat je.

blog buih

Best of 5 Second Films

Best of 5 Second Films
20 of their best 5 second films.
JavaScript is disabled! To display this content, you need a JavaScript capable...

16.3.10

Tak boleh tahan.


-abstrak tak?
blog buih

Dah dua tiga kali aku kena.

Selalunye lepas main futsal, aku dengan kawan2 pegi ke kedai mamak favorite berhampiran tempat kami bersukan. Kedai ni antara kedai mamak pertama aku jumpa jual Teh C Ais. So macam biasa, kedai tu melekat nama Teh C. Nama betul dia aku tak ingat.

Selalunya dalam 8 orang lepaskan dahaga lepas berlari2. Badan semua berpeluh. Memang penat lepas main futsal. Tambahan lagi kalau keeper kuat tido. Macam Xul.

Dia tua.

Tapi aku tak paham kenapa bau India yang amik order di kedai tu lebih memahat hidung berbanding bau 8 orang yang baru lepas main futsal tadi.

Mamak2 lain tak bau ke member die macam longkang?

Tadi aku tengah main Facebook. Aku terkejut bila ada orang ketuk pintu bilik aku. Masa makan tengah hari, tak payah la ketuk2.

Rupanya tukang sapu Indon. Dia pun langkah masuk.

"Mau sapu ya Mas" Sambil menunjukkan penyapu ditangannya.

"Hmm" Aku angguk.

Tetiba bau itu datang. Bau yang membawa aku pulang semula ke Kedai Teh C. Bau yang selalu aku bau lepas futsal, masa nak amik order air.

Bau tengik.

Bau yang membuat aku berfikir.

"Mamak tu dengan minah Indon ni...orang sama ke?"

Bak kata pepatah Karam Singh walia

-Alang-alang mandi biar guna sabun.

Ayat power.

Ayat-Ayat Power Karam Singh Walia
blog buih

15.3.10

Come on, stop doing that to me.


-aku tengah blur nih
blog buih

"Come on, jangan buat lawak macam ni.." terdetik perkataan tersebut di dalam hati.

Aku terus tekan punat2. Belasah semua semberono. Tak tahu yang mana satu yang boleh selesaikan masalah. Secara restospektifnya, aku tekan semua untuk melepaskan geram dari untuk mencari penyelsaian.

"Kenapa modem aku yang disambar kilat lagi?" tanya aku pada yang maha Esa.

-memoir dari Subang Jaya, tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat modem kena sambar tiap2 minggu.

Why friends say the darnest things?


Percaya tak kalau saya cakap, kamera ni lagi muda dari kawan2 saya?
blog buih

Petang Sabtu. Hujan sudah mulai turun rintik2. Tak sesuai untuk tengok bola kat luar. Lalu aku ajak kawan2 aku datang ke rumah. Mama pun takde kat rumah. Boleh la ramai2 duduk kat bilik tv sambil layan bola.

"Mat, ko kat mana?"

"Kat fifteen"

"Ko nak tengok bola kat mana?"

"Kat Mok Nik kot."

"Tak payah la tengok kat sana, you come to my house"

"Rumah ko kat mana?"

Kawan 20 tahun. Mustahil tak tau rumah aku kat mana. Tapi tak mustahil tanye soalan2 bangang macam ni.

Setelah datang semua kawan2, aku keluarkan satay yang aku beli petang itu. Mereka pun datang bawak buah tangan. Kep je tak bawak.

"Mak ko gi mana wei?"

"Mak aku gi China"

"Huh? Pegi mana?"

"Pegi China!"

"Dia pegi....bawak keta ke bai?"

"Kepala Hotak kau..."

"Abih tu keta mana?"

"Keta kat wokshop aa!"

Ni aku tak tau ah ape nak jadi. Kadang2 sampai rasa malu pulak kalau ade orang luar terdengar...

13.3.10

Mintak nyawa....


-Boooo!!!
blog buih

Puas aku carik. Aku angkat baju-baju berlipat. Aku tarik semua laci. Aku punggah segenap pelosok bilik.

"Kalau aku tak jumpa benda tu, macam mana aku nak beri nyawa pada besi2 buruk dalam tangan aku ni?"Fikir aku sambil terus menggeledah.

Aku cuba sebaik boleh untuk tidak cari di sebuah tempat yang paling aku tak suka. Bawah katil.

Akhirnya, aku terpaksa tengok sebab dah habis tempat lain semua aku selongkar. Aku pun turun melutut. Aku selak kain yang menutup bawah katil. Aku tak suka kerana banyak habuk dan juga kerana banyak benda yang aku tak nak jumpa ada kat bawah tu. Namun benda yang aku cari masih tiada.

Aku putus harapan. Kalau aku jumpa alat tu, cerah hidup aku. Aku mahu letak semula besi2 itu di atas meja. Aku pandang ke depan.

Di soket elektrik itu, tesergam indah menusuk ke dalam tiga lobang di dinding, charger battery flash aku.

11.3.10

Allegiance.


-the best coaster ever.
blog buih

I remember the first time I saw this crest. It was after my uncle came back from UK. Before that, I saw some Division One game and thought the team with the big canon looked cool. Then, everybody knows the team with the big bird on the crest. They were very strong teams then.

Then I got my first jersey. A white Umbro jersey with the proud crest on the chest. The words "Winner of European Cup Winners Cup 1991" were embossed around the emblem. From that day on, I was following the team closely.

I took what ever pocket money I had and bought the official magazine monthly. The mag was my best friend. Providing me stories of my heroes. I memorized names of players and all the interesting trivial facts.

Then, when I left school, I met some friends. Friends who were supporting this team. We started to go and watch games together. We went all over town trying to find the best spot to watch our team play.

During those years, I met some friends who were inclined to support other teams. Every Saturday night, good friends turn to foe. We celebrated the game, we jumped when they scored. Some of us even cried when we won.

And we still do that today.

* The white jersey, was passed down to my brother, i don't think he likes it as much.

50 tahun.


-wires.
blog buih

Overheard in a conversation from the next table to ours during lunch. The topic was on students and their schools.

"..Tapi jangan budak Malay College.." Said one man.

"Kenapa?" asked his friend.

"Walau dah keluar dari sekolah dia tu, lima puluh tahun dulu, dia cerita macam baru keluar setahun!" He went straight to his point.

"Ye ke?" His friend asked again.

"Memang budak Malay College je macam tu.." He finished his story with a big grin.

Rasa macam nak cerita je kat dia cerita-cerita koleq aku.

10.3.10

Sepuloh kali?


-abang gagah
blog buih

Aku terbaca pasal Skuad Harimau Muda yang dihanjingkan di Slovakia. Balik je lah. Harimau Malaysia tak tahan sejuk.

Cerita pasal Harimau Malaysia, aku teringat perbualan di kedai kopi tadi.

"Awek, ko takleh main lebih sepuloh kali. Nanti ko takleh lupa" Kata mamat hensem kaca mata Rayban.

"Empat lima kali je cukup dah.." Kata abang gagah bawak Beemer.

Nampak sangat mereka ni bukan pengamal TAB atau Teori Asas Buih.

AUUMM!!!

9.3.10

Teori Asas Buih. (T.A.B)


Dont go to the light.
blog buih

From the earliest day of my theories and prophecies, I've recalled but one fundamental theory which forms the core from which sprouts the other theories.

-Usha awek yang confirm tak dapat je. Kalau rasa2 usha awek tu dapat, takyah usha.

Hence, trying to live and put this theory to test, I have been caught in this vicious cycle of occurence of events and have been free falling into the bottomless pit some of us call life.

Many years have passed since the inception of this theory and I have followed this theory closely. There is no benefit from this theory.

I think I may have to make some changes soon.

8.3.10

Mak Buyung.






blog buih

Hari Sabtu baru ni, aku berkesempatan untuk mengambil gambar2 Mak Buyung. Mak buyung yang dimaksudkan adalah Sasha. Sasha kawan aku dari zaman batu.

Siapa2 nak amik gambar kenangan semasa mengandung boleh ah letak nama dalam ruangan komen.

5.3.10

Hanjing!


-tengok gambar ni betul2. Cerita di bawah berkait rapat dengan gambar ni.
blog buih

Masa mula2 sampai Kuta, baru kitorang tau yang hotel yang dibooking itu indah kabar dari rupa. Hotel tu agak ceruk sikit untuk berjalan sesuka hati. Kena lalu kawasan2 ghetto yang ada pub2 kecil, ada orang jual dadah tepi jalan dan ada banyak peluang amik gambar yang menarik. Macam dinding penuh mural di atas.

Pada pagi hari terakhir kat sini, aku pun bangun dan keluar berjalan seorang diri. Antara benda yang suka aku buat kalau pegi holiday adalah berjalan sorang2.

Tak jauh dari hotel itu, aku ternampak dinding ni. Dinding ni terletak berhadapan dengan kedai Tattoo. Jadi aku rasa, Mat Tattoo di kedai tu banyak menyumbang kepada hiasan dinding tak conventional ini.

Aku pun angkat kamera, letak lens panjang. Carik sudut menarik. Nak muatkan kesemuanya. Aku tunduk, tegak semula berdiri. Aku tekan punat kamera. Dapat satu gambar. Aku turunkan kamera dari muka untuk melihat hasil.

Ada seekor anjing di hadapan aku.

Dari gambar ni, dia berdiri di bahagian kanan bawah gambar. Pandai pula dia tak masuk dalam gambar. Aku berdiri kaget. Anjing Doberman itu menghasilkan bunyi yang ganas. Air liur meleleh dari tepi mulut. Aku telan air liur sendiri.

"Cemana ni?" Bisik hati kecil aku.

"Woof!" sekali je dia menyalak. Malas nak cakap banyak kot.

Aku melangkah setapak ke belakang. Dia mara setapak kehadapan. Aku cuba setapak lagi. Dia maju setapak juga.

Dari sudut mata aku nampak kedai runcit kat belakang aku. Aku mula kebelakang bertapak2. Pastu terus masuk dalam kedai tu.

"Anjing tu garang" Aku cakap kat penjaga kedai. Dia memerhatikan aku dari tadi.

Dia tersenyum.

Anjing itu terus memerhatikan aku.

Aku tersenyum.

3.3.10

Jika anda ke...Bali (GWK)


sangat besar.
blog buih

Smack in the middle of Bali, stood one of the tallest statue I've ever seen. It's a pity that they have yet to complete the whole statue and I believe it is due to issue regarding funds. However they have go on to operate the park at 50% of its whole project and maybe in time, they will get to complete the whole thing.

Now, part of his hand is at the lower level waiting for the day to be attached to the body and the Eagle that the subject is suppose to ride on sits on another level below it.

2.3.10

Ibu Tunggal.


Nampak macam tak terror, tapi terror.
blog buih

Aku berjalan ke arah Bank. Lambang harimau terpampang luas di depan pintu. Lebih besar dari lambang harimau itu, tiga sekeluarga sedang menunggu pelanggan yang keluar dan masuk.

"Please sir, help a single mother" Kata watak ibu. Di sebelahnya berdiri dua orang anak. Gempal dan bulat.

Aku angkat tangan sambil muka tertunduk memandang lantai. Bukan aku tak nak tolong. Aku pun tak cukup duit. Baru nak pegi bank untuk cucuk duit. Telepon dah kena potong, modem pulak disambar kilat. Selesai transaksi perbankkan di dalam, aku keluar. Ibu dan anak kecil sudah tidak kelihatan, tinggal anak yang lebih tua memegang kotak yang berisi wang simpati.

"Bang, tolong mak saya ibu tunggal bang..." kata budak itu.

Aku sekadar mampu mensedekahkan senyuman. Aku terus berjalan turun anak2 tangga yang membawa aku ke lorong kecil menuju ke kedai mamak kegemaran aku.

Di situ aku lihat ibu. Bersama anaknya. Sedang bersantai. Kepenatan mungkin. Cuaca panas, bahang menyelimuti kulit. Berpeluh2 dan tidak selesa.

Di tangan kanannya ada rokok. Duduk tersandar di anak tangga usang. Anaknya di sebelahnya. Memerhatikan gerak geri ibu. Cukup sifat, sihat walafiat. Kenapa minta sedekah? Kalau boleh beli rokok, takkan nak mintak duit bantuan orang ramai?

Nampak macam susah tapi sebenarnya menyusahkan.

1.3.10

Kenapa jadi begini?


"Auuww!"
blog buih

Kejadian ini baru terjadi. Aku bergesa2 terus memblog kejadian tersebut.

Aku berjalan ke ofis di aras dua. Memandangkan hanya satu tingkat untuk turun ke pejabat aku, aku turun melalui tangga. Sebelum turun aku dapat lihat seorang awek sedang berjalan di aras satu. Macam "cun", aku perlu turun untuk pastikan samada benar atau tidak.

Aku turun tangga pada kadar yang lebih laju. Sampai di hujung tangga aku berpaling ke kanan untuk keluar melalui mulut pintu yang sentiasa ternganga.

"HuuuHhh!" Suara perempuan dihadapan aku. Kami hampir terlanggar.

"Auuww!" aku terjerit kecil sambil tangan bersilang, memeluk tubuh sendiri.

"Soorryyy" dia kata sambil terus berjalan turun tangga dengan cepat.

Aku terpaku berdiri di situ. Kenapa aku berbunyi "Auuww"?

Aku terus berjalan ke arah pejabat. Duduk di depan komputer, lalu terus mengisi ruangan blog. Aku masih tertanya2..

"Cun ke tak awek tu?"