31.5.09

Raja Dim Sum.


Malam terakhir di Bandung. Amir insist untuk belanja makan. [ So Amir, if you read this, bila datang KL boleh la saya belanja pula]

Dia insist untuk pergi ke Raja Dim Sum. Dia kata tempat tu sedap. Ia terletak agak jauh, di kawasan Pasteur di hujung Bandung.


Setelah dalam lebih kurang 30 minit di dalam kereta, kami akhirnya tiba di Raja Dim Sum. Kami telah menikmati hidangan Dim Sum dan Nasi Goreng yang amat enak sekali. Again, thanks Amir.

-cari Zano!

Owh, lupa nak cakap. Kat sini fans Liverpool tengok bola. Nyanyi kuat2. Rasa macam kat Anfield. Sampai Kept pun join. Bila diorang tak nyanyi, Kept pulak marah. Kept bagaikan penyokong Man Utd yang murtad.

"1 Pepe 2 Pepe 3 Pepe Reina..Heyy Pepe Reina.."

euww..geli
blog buih

Distro.






blog buih

Satu lagi tarikan di Bandung adalah distro2 nya. Distro disini adalah sebuah kedai yang membawa brand2 baju label dari orang2 local. Terdapat pelbagai brand dan concept yang menarik. Kebanyakan distro terletak di Jalan Trunojoyo.

Menurut rakan kami di sana, Amir, distro2 ini mendapat sambutan yang menggalakan dari golongan pemuda di sana. Kebanyakan distro ini juga memberi sponsor kepada konsert2 dan juga kepada band2 tempatan.

Hasil dari semua faktor itu, maka Bandung menjadi sebuah tempat yang terkenal untuk fesyen dan scene music di Indonesia.

Aku rasa nak buat clothing line jugak la..

Buih Clothing perhaps?

Sape nak beli?

30.5.09

Sapulidi


Selepas kami sampai dengan angkutan kota tersebut. Kami berjalan terus sehingga ke kawasan FO berdekatan dengan Rumah kami. Ia dipanggil Jalan Dago. Jalan ini amat terkenal dan penting di dalam Bandung.

Tengahari pun tiba dan kami sudah pun kelaparan. Setelah kami memandu lebih kurang 30 minit, kami tiba ke destinasi makan kami iaitu Sapulidi.

Tempat makan ini menyajikan makanan enak pada harga yang amat berpatutan. Kawasannya amat luas sekali dan terdapat sebuah tasik dengan sampan di dalam kawasannya. Di sini kami telah makan di atas sebuah pondok yang amat menyamankan. Kami semua makan bersila.

blog buih

Selain dari tasik, antara tarikan utama di Sapulidi adalah sebuah sawah yang dibuat untuk memberikan suasana yang lebih menarik. Tapi tidak diketahui jika hasilnya digunakan untuk masakan. Mungkin ia tidak dituai.

Suis Butcher dan Gasibu.

- Sedap sangat makan disini.
blog buih

Selepas perlawanan bola, kami terasa sungguh lapar sekali. Kami ingatkan dengan 80k tu kami akan dapat makanan sekali. Namun ternyata hanya segelas air mangga.

Jadi kami ajak Amir pergi ke tempat makan yang sedap. Seperti biasa, Amir tidak menghampakan keadaan. Dia telah memperkenalkan kami dengan Suis Butcher. Sajian makanan western disini amat enak sekali. Daging2 steak di masak lembut dan dilumuri dengan kuah yang amat sedap.

Aku order Beef Ribs.

Pada pagi ahad, terdapat sebuah pasar yang amat besar sekali di panggil Pasar Pagi Gasibu. Pasar ini dibuka di depan Gedung Sate. Terdapat pelbagai jualan disini. Kami berjalan kaki sahaja kerana parking agak sukar. Agak bagus juga kami sempat mengeluarkan peluh. Dari hari kami sampai banyak makan sahaja.

Di pasar pagi ini kami perasan yang tali2 yang direntang untuk menegakkan khemah tempat jualan amat rendah sekali. Sepanjang perjalan kami terpaksa menundukkan kepala kerana tidak mahu tersangkut pada tali2 ini.

Aku berjalan di belakang sekali. Dibelakangku ada seorang kakak yang membawa payung. Tahap ketinggian payung nye sama dengan kepala aku. Hasilnya, kepala aku diketuk2 sepanjang perjalanan.

Kami berjalan sehingga kami sampai di hadapan Gedung Sate.

Gedung Sate bukan tempat orang jual Satay. Ia adalah sebuah pusat pemerintahan Bandung. Bangunannya tersergam indah dengan rekaan berpengaruh Belanda. Kami sempat mengambil gambar di depan bangunan ini.

Pada masa itu matahari sudahpun mula memancar dengan terik. Kami sudah tidak sanggup berjalan lagi.
Kami telah beramai2 menaiki angkutan kota. Ia adalah sebuah van kecil yang beroperasi seperti Bas Mini. Kapasitinya boleh memuatkan dalam 7-8 orang. Tetapi memandangkan aku yang naik, mungkin mereka kerugian tempat untuk dua orang.

Harga untuk setiap penumpang adalah Rp2k atau 60sen. Pengalaman ini amat menarik sekali dan sukar dilupakan.

29.5.09

Champions and Paris.

Pada belah petang. Setelah kami pulang dari kawasan Kampung Daun, kami telah ke Paris Van Java. Ia adalah sebuah kawasan shopping mall ala The Curve.

Di sini terdapat banyak orang yang cantik2.

Tujuan utama kami ke PVJ adalah untuk menonton perlawanan Manchester United vs Arsenal yang akan menentukan kejuaraan.

Kami mengambil keputusan untuk menonton di Man Utd Cafe. Tempat ini agak mahal dan sudah fully book. Kain hitam direntangkan disekeliling Cafe untuk mengelakkan sesiapa pun dari mengintai untuk menonton bola. Siaran bolasepak di sana agak mahal dan kemewahan menonton liga EPL tidak seperti di Malaysia yang mana ianya boleh ditonton di kebanyakan kedai mamak.

Walaubagaimanapun kami telah tersalah tafsir informasi diberikan sehingga kami akhirnya terpaksa membayar Rp80k seorang untuk segelas air Mangga.
blog buih

Selain itu Manchester United juga telah berjaya mengekalkan kejuaraan. Jadi terubat sedikit rasa tertipu.

28.5.09

The Peak, Rumah Stroberi dan Kampung Daun.

-gambar rasmi trip Bandung 2009.
blog buih

Memandangkan masih lagi awal dan masing2 masih kembung dengan susu, Kami mengambil keputusan untuk mencari spot2 lawa di atas bukit di sini. Kami singgah di sebuah lokasi yang agak hampir dengan The Peak. Semasa kami tiba di sana ada beberapa pasangan tengah berdating. Kami buat tak tau redah ke tengah2 padang rumput dan terus setup camera. Kami telah mengambil banyak gambar di sini.

Selepas itu kami telah menaiki kereta lalu singgah di Rumah Stroberi. Rumah Stroberi adalah sebuah restoran dengan susunan dan decoration yang amat menarik sekali. Di sini juga terdapat tanaman stroberi. Oleh kerana cuaca yang sejuk dan baik untuk tanaman buah jenis ini, buah stroberi yang kami pesan amat cantik dan enak sekali.

Stroberi ini dimakan bersama coklat cair.

Kami sambung lagi perjalanan kami menaiki kereta. Udara aman nyaman di atas bukit ini. Jalan pula agak sempit dan kurang memuaskan. Jadi suspension kereta anda tentu rosak dengan cepat.

Akhirnya kami sampai ke destinasi makan tengahari di Kampun Daun. Masuk2 sahaja di dalam Kampund Daun, Kept dan Zano sudah berjalan di hadapan menuju ke pondok kami. Aku perhatikan kebelakang, Armi tidak kelihatan. Aku terus berdiri disitu menunggu dia sampai.

"Aku takleh handle dowh..tempat ni smart sangat..banyak benda nak amik gambar ni.." Dia mengeluarkan penyataan yang sungguh obses apabila dia tiba di tempat aku tunggu.

Aku hanya mengangguk melayan keobsesan dia.

Selepas menikmati makanan ala Sunda yang enak diiiringi bunyi deruan air terjun, kami bingkas bangun untuk mengambil gambar2 disekeliling Kampung Daun sementara Kept dan Zano tidur sebentar.

-Hasil Obsesi

27.5.09

Lembang.



blog buih

Malam itu kami tidur dengan nyenyak sekali. Ok, aku tidur dengan nyenyak sekali. Kept tak tau la camane.

Tapi aku bangun awal. Macam biasa keluar carik breakfast. Jalan2 diluar. Borak2 dengan penjaga rumah. Dia tanya "Hari ni mau kemana Mas?"

"Kami mau ke Lembang. Minum susu."

"Oooo" Dia senyum.

Perjalanan ke Lembang tidak lah begitu lama. Lembang adalah pekan kecil di luar Bandung. Di sini terdapat sebuah perniagaan yang dipanggil Susu Murni yang membekalkan susu dan yoghurt berkualiti tinggi. Kami duduk di Cafe indah yang tersedia di situ. Sarapan pagi hari itu cuma Susu dan yoghurt. Terdapat pelbagai perisa yang disediakan.

Selepas itu kami terus berjalan2 di kawasan bukit2 menuju ke destinasi seterusnya, Rumah Stroberi.

26.5.09

Jalan Riau dan Bandung Super Mall.



blog buih

Pada belah petang hari Jumaat itu, kami telah dibawa membeli belah di beberapa destinasi. Pertama sekali kami telah ke Toko Tiga. Di tempat ini Zano telah membeli sehelai jeans Levi's.

Kemudiannya kami semua pergi ke kawasan Factory Outlet di Jalan Riau. Kawasan di Jalan Riau ini penuh dengan pelbagai Factory Outlet yang amat menarik. Antara yang menjadi target utama kami adalah butik Formen. Butik ini menjual baju untuk lelaki sahaja.

Setelah habis berjalan di Jalan Riau, kami mulanya ingin ke Kampung Daun dan pergi menonton Live Band. Namun kami batalkan hasrat tersebut kerana hujan sudah mulai turut. Oleh yang demikian kami telah membuat keputusan untuk pergi ke Bandung Super Mall.

Selepas makan JCo di Bandung Super Mall, kami dibawa keliling bandar Bandung. Kami telah berpeluang ke Alun-alun dan ke pelbagai lokasi menarik.

Akhirnya kami singgah di Hyper Square untuk minum malam. Tempatnya mirip dengan Hartamas Square. Di sini kami telah dapat menyaksikan band akustik yang dianggotai hanya dua orang. Namun, persembahannya mantap sekali.

Dia nyanyi lagu 11 Januari dua kali. Sedap sangat.

24.5.09

Orang Jepun dah gila...


blog buih

Jangan jadi macam orang2 gila ni.

Syepri yang ajar aku tengok benda nih. Dia dah menjangkit kot.

21.5.09

Sembara

Lepas badan diurut dan selesai aku berkeruh2 sambil diurut, kami di bawa makan ke Sembara.

Sembara ini adalah sebuah restoran yang menyajikan makanan asli Sunda. Masa kami sampai ada banyak orang2 government yang mahu pulang.

Apabila aku melangkah masuk, aku terkejut dengan jumlah lauk pauk yang tersedia. Amat banyak sekali hingga rambang mata. Aku terus sibuk mengambil gambar. Aku ternampak Sotong Hitam lalu terus aku memesan sepinggan.

Makanan di sini adalah antar yang paling enak yang pernah aku rasa. Sotong hitamnya juga enak. Awek di dalam gambar diatas juga kelihatan cantik sekali. Mungkin masa diurut, urat nafsu aku telah diaktifkan.

"Mintak nasik tambah lagi 3..Ko nak lagi tak Armi?"

"Errmmm...aku tak.." Jawab Armi macam dah kenyang kepada soalan aku.

Selang beberapa minit.

"Peah, ada lagi tak nasik tuh?"

"Ada..tinggal untuk orang yang tak nak tambah je.."

blog buih

Everyday

Tengahari itu kami mintak dihantar ke Spa Everyday.

- Muka excited tak pernah basuh kaki.


Ok dah. Entry ni comel je. Sebab tak nak kena panah petir.
blog buih

Pasar Baroe.

- Nak beli ke tak kain ni?
blog buih

Pagi jumaat, setelah semua bersiap2, kami pergi ke Pasar Baroe. Keistimewaan pasar ini terletak pada barangannya yang murah. Banyak orang yang berniaga di KL datang ke pasar ini untuk membeli barangan. Orang yang mahu berkahwin juga suka datang ke pasar ini. Biasanya kalau trip orang perempuan, mereka boleh ke pasar ini 3 hari berturut2. Oleh kerana kami lelaki2 kasep, kami selesaikan dalam masa 3 jam.

Dalam 3 jam itu kami telah berjaya membeli dalam 10 tudung, 2 telekung dan kain sepanjang 40+ meter secara keseluruhannya. Saya beli bubur sum sum.

Ada 8 tingkat untuk dijelajahi. Ada pelbagai kedai untuk diterokai. Kalau girlfriend/bini anda ajak ke sini, bagi je wang banyak2 dan duduk saja dihotel.

Nasi Kuning, Secawan Kopi dan Seputar Indonesia.

- Nasi Kuning, Secawan Kopi dan Seputar Indonesia.
blog buih

Pagi pertama di bandung, aku bangun paling awal. Pagi2 seterusnya juga begitu. Aku bangun lalu keluar dari kamar tidur. Terlihat sehelai Koran. Seputar Indonesia. Tajuk depannya, ada suspek demam babi.

Aku pergi ke tempat tersedianya sarapan. Sungguh enak sarapan di Rumah Ebo. Pagi itu aku makan nasi kuning dan secawan kopi. Nasi Kuning dimakan bersama sambal dan telur. Macam makan nasi lemak je, tapi takde rasa lemak dan nasinya berwarna kuning.

Rumah Ebo terletak berhanpiran dengan Jalan Dago. Bagi yang pernah pegi ke Jalan Dago, Rumah Ebo terletak di belakang Grande dan Jetset.

Ia adalah sebuah rumah yang telah diubahsuai menjadi penginapan orang yang wisata ke Bandung. Di tengah2 rumah ini ada sebua taman. Ia dikelilingi kolam kecil yang dipenuhi ikan koi. Setiap pagi kami sarapan di sini.

Rumah Ebo ini mempunyai dua bilik besar dan beberapa bilik kecil. Pada malam pertama kami tidur di bilik besar. Kemudiannya kami berpindah ke bilik kecil.

tamat iklan.


Di depan Rumah Ebo ada sebuah padang bola. Padang bola ini tiada rumput. Selepas sarapan aku sempat berjalan2 ke padang ini untuk mengambil gambar. Padang waktu petang, ramai sungguh yang bermain di sini.

Tak perlu tunggu petang pun. Dari pukul 12 dah boleh main bola. Kalau tunggu pukul 6 mesti takde orang nak main. Dah gelap macam pukul 10.

Selepas berjalan2 di luar, aku masuk ke dalam bilik untuk mengejut kawan2. Hari ini kami mahu sambung bershopping.

Ngoepi Doeloe

- Jom Ngoepi Doeloe.
blog buih

Before pergi, kitorang dah ade rough sketch of itinerary di sana. Bila sampai, kertas tersebut diberi pada Amir.

"JMP tu apa?" tanya Amir.

"ooo..tu...Jom Minum Petang." Jawab kami.

Malam itu setelah selesai shopping di Rumah Mode, Makan Nasi Kalong dan ke Distro UNKL347, Amir ajak minum kopi. Nama kedai tu Ngoepi Doeloe.

"Tak jadi JMP lagi dah camni..Jadi JNP" Kata Kept.

"JNP tu ape?"

"Jom Ngoepi Poeloe..Eh salah eh? JND ah..." Jawab Kept untuk mengcover mistakenya secepat mungkin.

Lalu kami balik tidur.

Nasi Kalong

- Nasik Kalong dan lauk pauk pilihan Buih.
blog buih

"Dalam seluruh Bandung ini, ada ini satu aja nasi kalong..haru dicuba.." Kata Amir.

"Kalong tu apa?" Tanya Kept.

"Kelawar..Bat"

Tapi bukan Bat betul. Nasi Kalong ni warnanya hitam. Ia juga dijual start Jam 6 petang. Bila keadaan di Bandung sudah gelap. Jadi nama tu hanya nama gelaran je.

Lokasi dia terletak di sepanjang Jalan Riau. Dekat2 dengan FO The Secret. Keadaan jualannya lebih kurang dengan Nasi Lemak Antarabangsa di Kampung Bharu.

Nasi Kalong hitam kerana di masak bersama Tinta Cumi atau hitam sotong. Rasanya sedap dan berlemak. Bila dah ambil Nasi Kalong, seterusnya berbagai lauk pauk boleh dipilih. Ada daging dendeng, Sambal pete (Petai) dan lain2.

Sepanjang trip Bandung, Zano obses dengan Tikus Sawah. Sampai kat Nasi Kalong pun dia tak amik ayam kerana dia kata tu sebenarnya tikus sawah. Kerisauan Zano turut dirasai Armi sampai dia bertanya dua kali kat akak penjual yang berbeza sambil menuding jari ke arah lauk ayam.

"Yang ini, ayam kan?"

Nasi Kalong is the best.

Ci Walk

-berjalan2 di Ci Walk

Berhampiran dengan Rumah Mode, kami ke Ci Walk. Nama panjang dia Cihampelas Walk. Di Jalan Cihampelas ni banyak jual kaos2 jeans murahan yanga gak kurang bermutu. Baju2 juga macam tak berapa best. Tapi di sepanjang jalan ni banyak patung2 besar menghiasi setiap kedai. Ada patung Wolverine, Iron Man, Rambo dan lain2.

blog buih

"Apasal ada tapak tangan Peter Pan nih?" Aku tanya Amir. Amir adalah orang Bandung yang membawa kami berjalan2 di sana.

"Peter Pan ni asalnya band dari Bandung." Kata Amir.

Rumah Mode

- statue perempuan tuang air depan Rumah Mode.
blog buih

This is the second time ke Rumah Mode. Rumah Mode is one of the most famous of all Factory Outlets. Orang Bandung panggil FO sahaja.

Dalamnya ada banyak baju2 untuk lelaki dan wanita.

My previous trip, adik2 dan mama lagi suka pegi ke FO but this trip, I learn that the boys prefer distros. What is a distro? Maybe I'll blog about it later.

20.5.09

Nasi Padang Simpang Raya.


Sampai di bandung, Amir dah tunggu. Dia pegang kertas yang tertulis nama aku, macam dalam TV. Tapi tak sempat aku ambil gambar dia. Airpot bandung terlalu kecil. Masa nak beratur tu pun sampai macam nak terkeluar dari airport dah.

Bila semua masuk dalam kereta, kami terus sepakat plan nak ke tempat makan. Dibawanya kami ke Simpang Raya. Masa makan semua senyap. Last meal was breakfast in Subang. Which usually for me means "nothing".

"Berapa semua ni?" Tanya Zano.

"Aku dah tak tau camana nak kira duit diorang ni..banyak sangat kosong ni.." Komen Kept.

"Aku bayar dulu, nanti korang bayar balik!" kata Zano semula.

Setibanya di kaunter.

"Biar betul 150 ribu!" Aku hampiri Zano yang sedang terkejut.

"Murah gile!" katanya sambil letak duit atas kaunter.



blog buih

- Kalau murah sangat belanja ah diorang ni semua makan...

Holiday.

- The holiday bunch @ LCCT.
blog buih

Semua orang butuhkan holiday.

Jadi kami berempat pun start packing bag kami dan pergi merantau ke kota kemband Bandung.

I really2 like Bandung.

Hari ni bila dah masuk office, I feel like I miss that place.

Nasib baik ada blog buih untuk share experience2 aku kat Bandung.

Bandung = Terbaik.

14.5.09

Belah

- Muka tak sabar nak gi Paris Van Java.

blog buih

Esok pagi aku dan 3 lagi rakan akan mengembara ke negara jiran.

Jadi blog ini juga akan berehat buat seketika. Hingga minggu hadapan.

Kalian jaga diri baik2 ya!

up and kicking!


blog buih

Hari ni tak macam hari2 kerja biasa. Hari ni pukul 6 mata aku dah terbeliak. Aku bangun dan langsung duduk di depan komputer. Mata aku sendiri tak yakin untuk melelapkan dirinya semula. Aku diserang anxiety attack.

Aku tak sabar nak ke bandung.

Aku selalu pergi bercuti dengan family. Tapi this is the first time pergi bercuti bersama kawan2 di negara orang.

Awal tahun lepas aku pergi bercuti di Singapura dengan Zano sahaja. Tapi balik hari. So tak kira. Pertengahan tahun lepas ramai2 kami ke Penang, tapi itu dalam negara.

Aku dah siap packing. Aku tak mahu ada apa2 yang tertinggal.

Kali ini aku pergi tak boleh guna favorite clause "Maa, balong nak ni....."
Aku harap aku berjaya. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan pulang.

I hampir jadi mangsa.

- look at the bright side.

blog buih

Aku sedang sibuk memerhatikan nilai tukaran wang asing di Tesco Puchong.

Di bahu aku tersadang beg Kamera. Di tepi bag besar, aku cantumkan dengan bag kecil yang di isi LX3.

Tiba2 aku terasa macam ada orang langgar aku. Kemudian terasa bag aku bagai disentap. Aku pandang pada bag, nasib baik ikatannya kemas. Bag itu terjuntai akibat ditarik. Jika sekadar terlanggar biasa, tak mungkin dia tercabut kerana ikatannya sungguh kemas dan ketat. Aku pandang ke arah eskalator, tidak dapat cam siapa yang melanggar. Nasib baik tiada apa2 terjadi.

Tapi kalau dia buat macam tu kat aku, mesti dia akan buat kat orang lain. Jadi aku harap sebelum sesiapa menjadi mangsa, tangan orang itu patah.

13.5.09

Withdraw.


blog buih

Dia berkelakuan pelik hari tu. Aku tak tau kenapa. Semua benda yang aku buat dia marah. Bukan aku ada buat benda2 salah pun. Aku bernapas pun dia marah. Waktu2 macam ni, aku perlukan lawak2 pelik.

"I nak jumpa you!"

"I'm sorry, I have to go."

"Ok, kalau you tak nak jumpa I, you bank-in je duit tu."

"I'm not giving you anything!" Tegas dia menyatakan hasrat tak nak jumpa aku.

"Ok, you bank in yourself."

"Ha? Bank in myself?"

"Ya, so that I can withdraw you."

Selepas itu dia gelak. Selang dua minit dia marah semula.

12.5.09

Otak.

-Muahahahaha
blog buih

I chatted with my tour guide. Yes, he's tech savvy and he logs on to YM daily.

"Saya dah tak sabar mau ke sana, esok saya kerja tapi badan saja di opis, otak sudah ke sana.." I started the conversation.

"Kalau macam tu bang, esok saya amik otaknya dulu di airport.." was the reply that came back.

Slowhands

- In a year's time.
blog buih

"Wei, tolong ah update blog kau..aku bukak2 sama je." Kata kawan aku on the way balik dari makan malam tadi.

"Aku tau..tapi aku tengah busy obses sekarang ni."

Ye, aku tengah sibuk obses nak belajar selok belok kamera baru. Sebenarnya, kamera lama yang baru dibeli.

Ye la, orang nak pergi bercuti..mesti nak bawak balik kenang-kenangan.