- Nasi Kuning, Secawan Kopi dan Seputar Indonesia.
blog buih
Pagi pertama di bandung, aku bangun paling awal. Pagi2 seterusnya juga begitu. Aku bangun lalu keluar dari kamar tidur. Terlihat sehelai Koran. Seputar Indonesia. Tajuk depannya, ada suspek demam babi.
Aku pergi ke tempat tersedianya sarapan. Sungguh enak sarapan di Rumah Ebo. Pagi itu aku makan nasi kuning dan secawan kopi. Nasi Kuning dimakan bersama sambal dan telur. Macam makan nasi lemak je, tapi takde rasa lemak dan nasinya berwarna kuning.
Rumah Ebo terletak berhanpiran dengan Jalan Dago. Bagi yang pernah pegi ke Jalan Dago, Rumah Ebo terletak di belakang Grande dan Jetset.
Ia adalah sebuah rumah yang telah diubahsuai menjadi penginapan orang yang wisata ke Bandung. Di tengah2 rumah ini ada sebua taman. Ia dikelilingi kolam kecil yang dipenuhi ikan koi. Setiap pagi kami sarapan di sini.
Rumah Ebo ini mempunyai dua bilik besar dan beberapa bilik kecil. Pada malam pertama kami tidur di bilik besar. Kemudiannya kami berpindah ke bilik kecil.
tamat iklan.
Di depan Rumah Ebo ada sebuah padang bola. Padang bola ini tiada rumput. Selepas sarapan aku sempat berjalan2 ke padang ini untuk mengambil gambar. Padang waktu petang, ramai sungguh yang bermain di sini.
Tak perlu tunggu petang pun. Dari pukul 12 dah boleh main bola. Kalau tunggu pukul 6 mesti takde orang nak main. Dah gelap macam pukul 10.
Selepas berjalan2 di luar, aku masuk ke dalam bilik untuk mengejut kawan2. Hari ini kami mahu sambung bershopping.
Bunga dan Angsa Terbang Mendapat Perbatasan
-
Too much time doing book work today. Sometimes it seems so unfair that I
can't quilt all the time like I really want too. lol
Bunga dan Angsa Terbang Saya ...
2 years ago
No comments:
Post a Comment