21.5.09

Sembara

Lepas badan diurut dan selesai aku berkeruh2 sambil diurut, kami di bawa makan ke Sembara.

Sembara ini adalah sebuah restoran yang menyajikan makanan asli Sunda. Masa kami sampai ada banyak orang2 government yang mahu pulang.

Apabila aku melangkah masuk, aku terkejut dengan jumlah lauk pauk yang tersedia. Amat banyak sekali hingga rambang mata. Aku terus sibuk mengambil gambar. Aku ternampak Sotong Hitam lalu terus aku memesan sepinggan.

Makanan di sini adalah antar yang paling enak yang pernah aku rasa. Sotong hitamnya juga enak. Awek di dalam gambar diatas juga kelihatan cantik sekali. Mungkin masa diurut, urat nafsu aku telah diaktifkan.

"Mintak nasik tambah lagi 3..Ko nak lagi tak Armi?"

"Errmmm...aku tak.." Jawab Armi macam dah kenyang kepada soalan aku.

Selang beberapa minit.

"Peah, ada lagi tak nasik tuh?"

"Ada..tinggal untuk orang yang tak nak tambah je.."

blog buih

4 comments: