14.5.09

I hampir jadi mangsa.

- look at the bright side.

blog buih

Aku sedang sibuk memerhatikan nilai tukaran wang asing di Tesco Puchong.

Di bahu aku tersadang beg Kamera. Di tepi bag besar, aku cantumkan dengan bag kecil yang di isi LX3.

Tiba2 aku terasa macam ada orang langgar aku. Kemudian terasa bag aku bagai disentap. Aku pandang pada bag, nasib baik ikatannya kemas. Bag itu terjuntai akibat ditarik. Jika sekadar terlanggar biasa, tak mungkin dia tercabut kerana ikatannya sungguh kemas dan ketat. Aku pandang ke arah eskalator, tidak dapat cam siapa yang melanggar. Nasib baik tiada apa2 terjadi.

Tapi kalau dia buat macam tu kat aku, mesti dia akan buat kat orang lain. Jadi aku harap sebelum sesiapa menjadi mangsa, tangan orang itu patah.

2 comments: