21.5.09

Pasar Baroe.

- Nak beli ke tak kain ni?
blog buih

Pagi jumaat, setelah semua bersiap2, kami pergi ke Pasar Baroe. Keistimewaan pasar ini terletak pada barangannya yang murah. Banyak orang yang berniaga di KL datang ke pasar ini untuk membeli barangan. Orang yang mahu berkahwin juga suka datang ke pasar ini. Biasanya kalau trip orang perempuan, mereka boleh ke pasar ini 3 hari berturut2. Oleh kerana kami lelaki2 kasep, kami selesaikan dalam masa 3 jam.

Dalam 3 jam itu kami telah berjaya membeli dalam 10 tudung, 2 telekung dan kain sepanjang 40+ meter secara keseluruhannya. Saya beli bubur sum sum.

Ada 8 tingkat untuk dijelajahi. Ada pelbagai kedai untuk diterokai. Kalau girlfriend/bini anda ajak ke sini, bagi je wang banyak2 dan duduk saja dihotel.

2 comments:

  1. ahahha ... I'll take note ... bagi duit bebanyak ... pastu duk hotel ... sumpah aku tak merayap tempat lain ....

    ReplyDelete
  2. agak2 la..budget timing cun dia abih shopping ko ada enough time nak balik hotel...

    ReplyDelete