20.5.09

Nasi Padang Simpang Raya.


Sampai di bandung, Amir dah tunggu. Dia pegang kertas yang tertulis nama aku, macam dalam TV. Tapi tak sempat aku ambil gambar dia. Airpot bandung terlalu kecil. Masa nak beratur tu pun sampai macam nak terkeluar dari airport dah.

Bila semua masuk dalam kereta, kami terus sepakat plan nak ke tempat makan. Dibawanya kami ke Simpang Raya. Masa makan semua senyap. Last meal was breakfast in Subang. Which usually for me means "nothing".

"Berapa semua ni?" Tanya Zano.

"Aku dah tak tau camana nak kira duit diorang ni..banyak sangat kosong ni.." Komen Kept.

"Aku bayar dulu, nanti korang bayar balik!" kata Zano semula.

Setibanya di kaunter.

"Biar betul 150 ribu!" Aku hampiri Zano yang sedang terkejut.

"Murah gile!" katanya sambil letak duit atas kaunter.



blog buih

- Kalau murah sangat belanja ah diorang ni semua makan...

1 comment:

  1. b.lurve the pic though bit blurry tho.

    ReplyDelete