-gambar rasmi trip Bandung 2009.
blog buih
Memandangkan masih lagi awal dan masing2 masih kembung dengan susu, Kami mengambil keputusan untuk mencari spot2 lawa di atas bukit di sini. Kami singgah di sebuah lokasi yang agak hampir dengan The Peak. Semasa kami tiba di sana ada beberapa pasangan tengah berdating. Kami buat tak tau redah ke tengah2 padang rumput dan terus setup camera. Kami telah mengambil banyak gambar di sini.
Selepas itu kami telah menaiki kereta lalu singgah di Rumah Stroberi. Rumah Stroberi adalah sebuah restoran dengan susunan dan decoration yang amat menarik sekali. Di sini juga terdapat tanaman stroberi. Oleh kerana cuaca yang sejuk dan baik untuk tanaman buah jenis ini, buah stroberi yang kami pesan amat cantik dan enak sekali.
Stroberi ini dimakan bersama coklat cair.
Kami sambung lagi perjalanan kami menaiki kereta. Udara aman nyaman di atas bukit ini. Jalan pula agak sempit dan kurang memuaskan. Jadi suspension kereta anda tentu rosak dengan cepat.
Akhirnya kami sampai ke destinasi makan tengahari di Kampun Daun. Masuk2 sahaja di dalam Kampund Daun, Kept dan Zano sudah berjalan di hadapan menuju ke pondok kami. Aku perhatikan kebelakang, Armi tidak kelihatan. Aku terus berdiri disitu menunggu dia sampai.
"Aku takleh handle dowh..tempat ni smart sangat..banyak benda nak amik gambar ni.." Dia mengeluarkan penyataan yang sungguh obses apabila dia tiba di tempat aku tunggu.
Aku hanya mengangguk melayan keobsesan dia.
Selepas menikmati makanan ala Sunda yang enak diiiringi bunyi deruan air terjun, kami bingkas bangun untuk mengambil gambar2 disekeliling Kampung Daun sementara Kept dan Zano tidur sebentar.
-Hasil Obsesi
Bunga dan Angsa Terbang Mendapat Perbatasan
-
Too much time doing book work today. Sometimes it seems so unfair that I
can't quilt all the time like I really want too. lol
Bunga dan Angsa Terbang Saya ...
2 years ago
No comments:
Post a Comment