- Sedap sangat makan disini.
blog buih
Selepas perlawanan bola, kami terasa sungguh lapar sekali. Kami ingatkan dengan 80k tu kami akan dapat makanan sekali. Namun ternyata hanya segelas air mangga.
Jadi kami ajak Amir pergi ke tempat makan yang sedap. Seperti biasa, Amir tidak menghampakan keadaan. Dia telah memperkenalkan kami dengan Suis Butcher. Sajian makanan western disini amat enak sekali. Daging2 steak di masak lembut dan dilumuri dengan kuah yang amat sedap.
Aku order Beef Ribs.
Pada pagi ahad, terdapat sebuah pasar yang amat besar sekali di panggil Pasar Pagi Gasibu. Pasar ini dibuka di depan Gedung Sate. Terdapat pelbagai jualan disini. Kami berjalan kaki sahaja kerana parking agak sukar. Agak bagus juga kami sempat mengeluarkan peluh. Dari hari kami sampai banyak makan sahaja.
Di pasar pagi ini kami perasan yang tali2 yang direntang untuk menegakkan khemah tempat jualan amat rendah sekali. Sepanjang perjalan kami terpaksa menundukkan kepala kerana tidak mahu tersangkut pada tali2 ini.
Aku berjalan di belakang sekali. Dibelakangku ada seorang kakak yang membawa payung. Tahap ketinggian payung nye sama dengan kepala aku. Hasilnya, kepala aku diketuk2 sepanjang perjalanan.
Kami berjalan sehingga kami sampai di hadapan Gedung Sate.
Gedung Sate bukan tempat orang jual Satay. Ia adalah sebuah pusat pemerintahan Bandung. Bangunannya tersergam indah dengan rekaan berpengaruh Belanda. Kami sempat mengambil gambar di depan bangunan ini.
Pada masa itu matahari sudahpun mula memancar dengan terik. Kami sudah tidak sanggup berjalan lagi.
Kami telah beramai2 menaiki angkutan kota. Ia adalah sebuah van kecil yang beroperasi seperti Bas Mini. Kapasitinya boleh memuatkan dalam 7-8 orang. Tetapi memandangkan aku yang naik, mungkin mereka kerugian tempat untuk dua orang.
Harga untuk setiap penumpang adalah Rp2k atau 60sen. Pengalaman ini amat menarik sekali dan sukar dilupakan.
Bunga dan Angsa Terbang Mendapat Perbatasan
-
Too much time doing book work today. Sometimes it seems so unfair that I
can't quilt all the time like I really want too. lol
Bunga dan Angsa Terbang Saya ...
2 years ago
No comments:
Post a Comment