Selepas kami sampai dengan angkutan kota tersebut. Kami berjalan terus sehingga ke kawasan FO berdekatan dengan Rumah kami. Ia dipanggil Jalan Dago. Jalan ini amat terkenal dan penting di dalam Bandung.
Tengahari pun tiba dan kami sudah pun kelaparan. Setelah kami memandu lebih kurang 30 minit, kami tiba ke destinasi makan kami iaitu Sapulidi.
Tempat makan ini menyajikan makanan enak pada harga yang amat berpatutan. Kawasannya amat luas sekali dan terdapat sebuah tasik dengan sampan di dalam kawasannya. Di sini kami telah makan di atas sebuah pondok yang amat menyamankan. Kami semua makan bersila.
blog buihSelain dari tasik, antara tarikan utama di Sapulidi adalah sebuah sawah yang dibuat untuk memberikan suasana yang lebih menarik. Tapi tidak diketahui jika hasilnya digunakan untuk masakan. Mungkin ia tidak dituai.
No comments:
Post a Comment