26.5.09

Jalan Riau dan Bandung Super Mall.



blog buih

Pada belah petang hari Jumaat itu, kami telah dibawa membeli belah di beberapa destinasi. Pertama sekali kami telah ke Toko Tiga. Di tempat ini Zano telah membeli sehelai jeans Levi's.

Kemudiannya kami semua pergi ke kawasan Factory Outlet di Jalan Riau. Kawasan di Jalan Riau ini penuh dengan pelbagai Factory Outlet yang amat menarik. Antara yang menjadi target utama kami adalah butik Formen. Butik ini menjual baju untuk lelaki sahaja.

Setelah habis berjalan di Jalan Riau, kami mulanya ingin ke Kampung Daun dan pergi menonton Live Band. Namun kami batalkan hasrat tersebut kerana hujan sudah mulai turut. Oleh yang demikian kami telah membuat keputusan untuk pergi ke Bandung Super Mall.

Selepas makan JCo di Bandung Super Mall, kami dibawa keliling bandar Bandung. Kami telah berpeluang ke Alun-alun dan ke pelbagai lokasi menarik.

Akhirnya kami singgah di Hyper Square untuk minum malam. Tempatnya mirip dengan Hartamas Square. Di sini kami telah dapat menyaksikan band akustik yang dianggotai hanya dua orang. Namun, persembahannya mantap sekali.

Dia nyanyi lagu 11 Januari dua kali. Sedap sangat.

No comments:

Post a Comment