-
gaya menyambut tetamu Hari Raya 2009.8.00am Ceria sungguh pagi ini. Aku bangun dengan perut yang lapar. Tapi aku tahu hari tu ada majlis rumah terbuka. Tapi masih lambat lagi. Aku pergi pada jam 2.
8.03amLapar gila. Aku turun bawah makan nasi impit lebihan dari hari raya hari tu. Kemudian naik atas untuk tidur semula.
2.00pmBMW putih sampai di depan rumah. Perut dah tak main lagu keroncong lagi dah. Sebaliknya dah macam lagu Slipknot. Aku cepat2 naik kereta. Terus pergi ke rumah terbuka.
2.30pmTak pandang kiri kanan. Makan dengan rakus. Antara lauk yang ada adalah lasagna. Aku terasa macam orang putih bila time raya2 ni makan lasagna. Untuk nak meMelayukan lasagna tersebut, aku makan dengan kuah kacang.
3.00pmTerjumpa Ridha kat situ. Dah lama tak jumpa dia. Sekarang dia penari Latin tersohor. Dulu dia tidur di bawah katil aku.
3.15pmDia masih bercakap. Bila nak abih cakap?Aku tengah lapar.
3.17pmOk dah abis cakap. Aku makan balik.
4.02pmBalik. Terima kasih kerana menjemput saya. Malam itu makan di kenduri kahwin Adri pula.
-lori Do Re Mi turut hadir untuk memeriahkan Beer Fest.
11.17amHari ni bangun lambat. Sebab semalam lepas wedding Adri, pegi main bola ngan budak2 96, lepas tu penat marah Nani ngan Berbatov dekat Restoran Emak Nik.
1.30pmBergegas laju ke arah Solaris. Ada Rumah terbuka Bassday. Yang ni boleh pegi pakai seluar pendek je. Makan pun Mee goreng Ayam dekat Restoran Bestari Solaris. Sangat sedap. Boleh datang lagi sekali.
3.00pmAbang Ular start goreng.
5.30pmBelum abih lagi goreng dia. Aku kena cabut dulu sebab nak pegi open house belah malam pulak.
-"Waaa!! So pretty!!..." kata Nyna.
7.30pmTokya kat depan rumah. Aku cepat2 masuk kereta. Nak pegi Sg Penchala.
8.15pmRumah ini sangat besar. Aku takut nak jalan2 takut sesat nanti kena bawak pasukan penyelamat pulak.
8.20pmStart makan. Ade kuey teow goreng, nasi ayam,satay,roti jala, mee rebus, laksa ABC, teh tarik air laici dll.
9.00pm Berhenti makan. Amik gambar2 hiasan seperti yang diatas ni. Rumah besar dan cantik. Kawan2 pun cantik2 semuanya. Jadi tukang ambil gambar pun best.
blog buih