5.10.09

Diari pengunjung rumah terbuka.

- gaya menyambut tetamu Hari Raya 2009.

8.00am
Ceria sungguh pagi ini. Aku bangun dengan perut yang lapar. Tapi aku tahu hari tu ada majlis rumah terbuka. Tapi masih lambat lagi. Aku pergi pada jam 2.
8.03am
Lapar gila. Aku turun bawah makan nasi impit lebihan dari hari raya hari tu. Kemudian naik atas untuk tidur semula.
2.00pm
BMW putih sampai di depan rumah. Perut dah tak main lagu keroncong lagi dah. Sebaliknya dah macam lagu Slipknot. Aku cepat2 naik kereta. Terus pergi ke rumah terbuka.
2.30pm
Tak pandang kiri kanan. Makan dengan rakus. Antara lauk yang ada adalah lasagna. Aku terasa macam orang putih bila time raya2 ni makan lasagna. Untuk nak meMelayukan lasagna tersebut, aku makan dengan kuah kacang.
3.00pm
Terjumpa Ridha kat situ. Dah lama tak jumpa dia. Sekarang dia penari Latin tersohor. Dulu dia tidur di bawah katil aku.
3.15pm
Dia masih bercakap. Bila nak abih cakap?Aku tengah lapar.
3.17pm
Ok dah abis cakap. Aku makan balik.
4.02pm
Balik. Terima kasih kerana menjemput saya. Malam itu makan di kenduri kahwin Adri pula.

-lori Do Re Mi turut hadir untuk memeriahkan Beer Fest.

11.17am

Hari ni bangun lambat. Sebab semalam lepas wedding Adri, pegi main bola ngan budak2 96, lepas tu penat marah Nani ngan Berbatov dekat Restoran Emak Nik.
1.30pm
Bergegas laju ke arah Solaris. Ada Rumah terbuka Bassday. Yang ni boleh pegi pakai seluar pendek je. Makan pun Mee goreng Ayam dekat Restoran Bestari Solaris. Sangat sedap. Boleh datang lagi sekali.
3.00pm
Abang Ular start goreng.
5.30pm
Belum abih lagi goreng dia. Aku kena cabut dulu sebab nak pegi open house belah malam pulak.

-"Waaa!! So pretty!!..." kata Nyna.

7.30pm

Tokya kat depan rumah. Aku cepat2 masuk kereta. Nak pegi Sg Penchala.
8.15pm
Rumah ini sangat besar. Aku takut nak jalan2 takut sesat nanti kena bawak pasukan penyelamat pulak.
8.20pm
Start makan. Ade kuey teow goreng, nasi ayam,satay,roti jala, mee rebus, laksa ABC, teh tarik air laici dll.
9.00pm
Berhenti makan. Amik gambar2 hiasan seperti yang diatas ni. Rumah besar dan cantik. Kawan2 pun cantik2 semuanya. Jadi tukang ambil gambar pun best.

blog buih

No comments:

Post a Comment