1.10.09

Gempa bumi di Subang Jaya.

Pakai baju kemeja naik basikal, Zano mempergayakan gaya ceti kutip hutang.
blog buih

Aku capai air Teh O Halia di atas meja. Baru sebentar tadi kata putus tercapai. Kami semua mahu pergi ke kedai basikal. Kali terakhir aku pergi kedai basikal, aku rasa aku belum habis UPSR.

Aku teguk air cepat. Nasib baik dah sejuk sikit. Semua orang bergegas bangun lari ke kereta. Masa tu dalam kul 6 lebih. Aku rasa sebab tu gempa bumi.

Duduk kat kedai basikal pun agak lama. Cuba mintak diskaun lebih. Akhirnya dapat harga yang memuaskan kedua2 belah pihak. Kad plastik bertukar tangan. Geran basikal pun diberikan.

Kakak Amad agak risau dengan tahap terbantut kedewasaan melampau kami. Tapi kalau tak buat benda2 mengarut dengan kawan2, kami nak buat dengan siapa lagi?

Sebelum mereka pergi berkayuh malam itu, aku tangkap gambar mereka bertiga. Kalau aku korek2 stor aku ada kot basikal lama...

No comments:

Post a Comment