27.10.09

Hantu betul!

- gaya posing yang dipopularkan En Pierre Andre.
blog buih

Tadi makan tengahari di Food Court PNB Darby Park. Makan nasi kukus. Agak sedap rasanya. Setelah melepak membuat lawak selama beberapa jam, akhirnya saya pulang ke pejabat.

Memang kuat mengular.

Tapi blog kali ini adalah berkisar tentang kisah hantu sempena minggu Halloween. Aku tak pernah sambut Halloween. Walaupun ada kawan aku yang membuat birthday party ala goth, aku tetap takut hantu. Kalau dia ajak pergi pun mungkin aku tak pergi sebab takut.

Sambil jalan menuju ke kereta, kepala aku melayang, terfikir nak tulis cerita hantu ape. Aku turun tangga. Kereta kat tingkat bawah tanah. Aku nak pergi ke bank untuk mengeluarkan duit gaji pekerja.

Tangga menuju ke bawah tanah gelap. Sebelah tangan aku memaut erat Nokia E63 warna merah. Tak tau nak buat ape, aku cuba sambung ke wifi entah siapa. Entah mengapa nak sambung kat wifi pun aku tak tau.

Langkah aku terhenti. Tersentak kerana hampir bertembung di pintu keluar. Seorang cina tua juga berhenti dihadapan aku.

"Eyhhahahaha" Cina tua itu gelak besar.

"I'm sorry" Aku cakap sambil terus menyelit2 pergi ke arah kereta.

Dia terus masuk ke dalam dan memanjat tangga.

"Hantu betul!" Bisik hati aku.

No comments:

Post a Comment