8.10.09

Ayam Hitam

-kalau dah beruk tuh, sampai tua garu dua belah tangan. (gambar hiasan)

blog buih

"Ateh nak mintak tolong." Suara Ateh aku kedengaran menerusi corong telefon.

"I need one big favour from you. Tolong cari ayam." Tambahnya lagi.

"Huh?Ayam?" Aku bingung. Bukan hari2 ada orang call aku suruh cari ayam.

"Tapi ayam tu mesti bulu dia semua hitam. Not one speck of other color." Ateh aku sambung lagi.

"Nak carik kat mana?" Aku tanya.

"Carik kat pasar Chow Kitt. Masuk dari depan. Jalan sampai hujung ada banyak orang jual ayam." Deskripsi tempat yang aku tak pasti dimana. Aku iyakan saja semuanya.

"Ingatkan carik kat Bukit Bintang." Aku cakap ringkas.

"Buat pe nak pegi Bukit Bintang...pegi pasar Chow Kitt..."Ateh aku cakap sebelum aku mengakhiri perbualan.

Hehehe...

No comments:

Post a Comment