Ini Nana. Gambar ni diambil ketika sudah pulang dari bershopping, setelah penat, kami minum di kedai Sulaiman yang juga menjadi kegemaran kami selain berjalan2 mecari benda2 pelik untuk dibeli.
Yang seorang terasa Theo Walcott yang seorang lagi Eduardo. Entah macamana, mereka telah membeli Rooney. Gambar ini menunjukkan keriangan mereka setelah membeli belah jersey gatal.
Terdapat berbagai jenis barangan yang dapat dibeli di Uptown D'kota.Antaranya adalah barangan perhiasan. Tangan itu tangan Amy.
Kelihatan mereka berdua cuba membau pokok2 bunga itu. Sebenarnya mereka berposing untuk masuk dalam gambar. Tak payah la bau, paling kuat pun bau tangan orang jual je. Ini bunga plastik. Takde bau.
Aku menunggu hampir 15 minit untuk mengambil gambar kereta2 yang bergelimpangan ini. Rasa macam Destruction Derby.Masa nak amik gambar ni, ade seorang budak kecik yang macam pelik ngan aku. "Pejadah ah orang tua ni amik gambar keta mainan ni..aku tengah nak pilih, sebok lak die". Mungkin itu yang difikirkannya.
Ini gambar pokok bunga yang hidup dalam Jelly2.Aku tak tahu ape kegunaan dia. Tapi aku amik juga kerana pada aku, kegunaan gambar ini adalah untuk menunjukkan LX3 aku best. Tengok la color dia Pee..
This is what Uptown is like. Memang sibuk dan sarat dengan pengunjung. Aku puas mengambil gambar hari ni.
blog buih