21.9.08

barangan - Motor Besar [ape kejadahnya ini 14]

Aku impikan kehidupan liar seorang biker ganas. Seperti William H Macy dalam citer Wild Hogs, aku juga ingin membuat tatoo dan melepak di bikers club sambil menjadi gilaan gadis2 di kampung2 yang aku singgah. Angin yang memukul2 seluruh badan ku bagaikan dinding2 rapuh yang aku terjah semakin aku memulas accelerator.
motor besar
Aku ingin menang perlumbaan haram setiap hujung minggu. Bergambar bersama habuan yang kelak akan ku ratah. Aku mahu semua orang takut dengan pekikan motor besar ini. Aku mahu semua orang tahu aku sudah menghampiri mereka akibat dengusan motor ini.

Lamunan aku tersentak. Ini bukan motor aku. Aku tidak dapat membawa siapa2 pulang. Aku masih memandu kereta nasional. Aku tidak mungkin dapat menyamai mereka. Mereka menunjukkan gaya rempitan tersohor dan dapat menghayati intipati watak semulajadi seorang bohsia dan bohjan. Gaya pelukan meraba raut wajah jejaka tampan mengalahkan gaya Julie Hana dengan Aqasha dalam filem Remp-it. Si jejaka pula dengan muka rakus bagaikan tidak sabar mahu merayapkan tangan ke seluruh susuk tubuh gadis. Aku semadikan impian liar ini bila aku melihat mereka :

motor besar
blog buih

6 comments:

  1. apa kejadahnya pose2 scandal terlampau tuh.. mana satu bohsia tatau.. uu or ladoe?

    ReplyDelete
  2. ko tak baca post aku tu ke?baca dan fahamkan.

    ReplyDelete
  3. kira lu nak jadi Spark ah bai. Lu agak-agak ah nak race ngan Spark. Moto dia power bai!

    hahahahahahahahhahahahahahaahha

    ReplyDelete
  4. ape spark?sape spark?

    lu nak kena spark ngan wa?

    wa tak beli baju kat sparkman shop.

    ReplyDelete
  5. setelah 3 juta kali di ulang cerita Remp-It kat astro tu, aku akhirnya tengok cerita tu sampai abis. Ketua bebudak rempit jahat tu nama dia Spark. Kira dia lah racer paling terror dan Farid Kamil tak puas hati ngan dia. ok ...paham?

    hahahahahaha

    ReplyDelete