4.9.08

Selamat Berpuasa

Sudah empat hari kita berpuasa. Letih. Tahun ini aku yakin puasa aku lengkap. Aku sudah bebas dari menghamba kepada puntung-puntung oren berbintik.. [Jangan marah aku]

Aku belum ke Pasar Ramadhan "Param". Param di SS18 Subang memang terbaik. Tapi khabarnya kebab "pokcik" dah takde. Aku nak tangkap gambar Murtabak & Ayam percik untuk saiko Tokya & Gel. Tapi aku yang takut tersaiko.

Aku dah tak perlu beratur untuk Nasi Ayam Kak Laily pada pukul 3 petang.Haha. Itu semua kerja dahulu.

Param masih dipenuhi pengunjung. Tak kira usia dan bangsa, berpusu2 mereka mendapatkan makanan kegemaran dan juadah yang lazat, hanya sepanjang Ramadhan.
Tapi, kepada yang tidak berpuasa, minta tolong, jangan lah makan di pasar Ramadhan.
Yup, i know you pay all you taxes and what not. This is not an argument, this is a plea.
Janganlah lupa pasar itu ada disitu untuk orang berpuasa membeli makanan. So please be considerate.

Tak! aku tak suruh semua orang puasa. Belilah, then tolong makan bila di rumah atau bila tidak dikelilingi orang yang berpuasa.

Tidak, bukan juga kerana aku lapar sangat sampai takleh tengok makanan di makan.

Terima kasih.



blog buih

3 comments:

  1. Alhamdulillah syukur! Kawan aku akhirnya ubah perangai dah sudah matang. Aku harap kau berjaya berpuasa selama sebulan! I love u! hahahahahah

    ReplyDelete
  2. terbayang2 aku ayam percik! sedapnya!

    ReplyDelete