31.12.09

Good Ol' Happy Days.

Masa minggu Krismas tempoh hari, aku dan kawan2 pegi makan dekat Good Ol Happy Days. Kedai ni dekat Taipan. Dekat dengan tempat kitorang selalu main takraw tapi ni baru kali pertama makan disini. Lihatlah menunya..tebal.

Minuman rasmi malam itu adalah Teh O Ais Lemon atau lebih dikenali sebagai Ice Lemon Tea. Takde air lain yang nampak lebih menarik. Kalau ade pun Long Island Tea. Tapi oleh sebab air tu kalau dialih bahasa ke Bahasa Malaysia jadi Teh Pulau Panjang, macam tak sopan la minum sebelum pegi main futsal. Lagi pun aku tak nak la jadi Roman Pavlyuchenko.

Ini adalah antara makanan yang diorder pada malam tersebut. Ini adalah ayam yang ada keju dibahagian atasnya. Keju itu dicairkan dan melekat keemasan di atas ayam yang digoreng dengan tepung rangup. Nama makanan kat kedai ni semuanya ada kaitan dengan pelakon/penyanyi zaman silam. Tapi aku tak ingat la nama2 dish ni.

Bagi kawan aku yang akan naik pelamin tak lama lagi, dia memilih makanan dari bahagian starters kerana menurutnya,

"I want to have something light"

Light la sangat. Ni Combo Platters yang ada berbagai makanan yang sedap. Paling best. Mozzarella Cheesestick. Sedap gila.

Aku pula pilih BBQ Beef Sandwich. Rasanya amat lazat. Roti yang digunakan garing sesuai dengan citarasa aku. Daging BBQ nipis bersama BBQ sauce melengkapkan hidangan bersama chips2 besar.

Aku habis makan dulu sebab sedap sangat.


Pilihan hidangan terakhir pula adalah 1/2 chicken yang dimakan oleh orang paling kurus dalam 4 orang yang pergi itu. Dia makan paling banyak. Mungkin, ada bela jin dalam perut dia. Ayam yang dipanggang ini disajikan dengan potongan sayuran dan mashed potatoes yang lazat.

Apabila tiba masa untuk makan dessert, aku tanpa segan silu terus mengorder Ice Cream Pie. Namun malangya, stok sudah habis. Oleh yang demikian, aku telah menukar pesanan menjadi Banana Split.

"1 spoon or 2 spoon?" tanye Bangla yang bekerja sebagai waiter di situ.

"1 Spoon!" Jelas aku malas nak share ngan orang lain. Aku makan cepat2 sampai licin.

Ini pula adalah James Brown Brownies with ice cream yang amat lazat. Aku sempat merasa sikit. Tapi sebab dah kenyang makan BBQ Sandwich dan Banana Split, aku tak amik banyak sangat la.

Secara keseluruhan, makan di Good Ol Happy Days ni memang best. Kecuali lampu2 neon biru dan pink untuk memberi imej Diners ala America era 70 an, yang lebih membuatkan aku pening daripada terasa dalam setting Happy Days.

Patut bawak jaket Fonzi.





blog buih

30.12.09

Take a picture with me? [365]


[Recharge with Flash Photography]
nice advice :)
blog buih

Tomorrow is the last day of the year 2009.

This year (2009) more than any other years in my life, I have taken the most picture and i have compiled almost most of memories in multiple albums in Facebook. ( no link here, don't go looking for it, creepy guy.)

But, I have only managed to whet my photography appetite and as the new year dawns on us, I'm left hungry for more knowledge on photography which will result in, obviously, more pictures. (bear with me...)

Foreseeing that tomorrow will be a very busy day at the office (if not work, I will keep myself busy not doing work), I would like to take the opportunity to announce my very own Project 365. This project will be hosted in Flickr and as such, I will make it readily accessible for everybody via the links on the right side of this blog. ( This is for you to click, yeah even you creepy guy. You get the flow of this now?)

The objective of this project is primarily for my collection and as a test for my commitment on taking up such a heavy task. This project will require me to snap at least a picture a day and to be uploaded into flickr daily.

As such, I would like to invite all my friends to book a date with me, to take a picture (at least once, I know a few who's going to be in the album at least 50 times anyway) for this project. Privilege will be given to those on their birthdays, wedding day , engagement and so forth.

[365] is on the roll and will officially start on 1.1.2010

29.12.09

Tam Plom

Playing with the strobe
Menyinari hidupku.

blog buih

Lat Tali Lat tali tam Plom ke,

Lat Tali Lai tali tam Plom?

yang confirm lepas satu round dia jadi "Tam Plom...Taammmmmm Plom..Taaaaaaaammmmmm Plom"

Kenapa makin lama "Tam" makin panjang?

28.12.09

Ape shall never kill ape!

Ape Shall Never Kill Ape
blog buih

On the other hand, Man do kill Ape and with menial job pouring in while I am piled down with work and at the same time at my highest point of being lazy.

I'm one dead ape.

Last day in Singapore.

Obey & Ika

Last night in Singapore.
blog buih

Keesokan paginya. Bila bangun, kaki sakit amat sangat. Hari tu kami sambung jalan dan pergi menaiki river cruise. Sila Klik di sini. Dari dalam bot kami dapat melihat pelbagai pemandangan indah. Yang lebih penting, tak payah berjalan kaki untuk mengambil gambar.

Untuk makan tengahari, kami sekali lagi pergi ke Zam Zam. Memang sedap sangat la Briyani Ayam dia. Selepas itu, kaki aku dah berdenyut2 kembali menandakan waktu pulang ke rumah. Aku balik ke rumah dengan Mama. Adik2 terus sambung berjalan.

Pada waktu malam, kami keluar pergi menangkap gambar kenang2an.

Esoknya baru aku sedar, aku tak shopping apa2 lagi pun. Jadi aku bangun awal pagi dan terus ke beberapa kedai membeli barangan yang diperlukan. 1 kasut Timberland, 1 pants kat Marks & Spencer.

Bag Crumpler tak jadi beli. Mahal sangat.

Dengan itu, maka berkakhirlah percutian keluarga ke Singapura.

24.12.09

Jalan-Jalan di Singapore.

Iskandar
Setelah seharian berjalan, muka penat, kaki sakit, busuk.
blog buih

Malam pertama di Singapore, kami tidur awal. Esoknya awal-awal lagi sudah bangun. Mahu pergi berjalan-jalan di Singapore. Tapi Mama ada plan lain.

"Kita shopping je kat Orchard Road" Kata Mama.

"Yeay!" Kata adik2.

So pukul 10 pagi kami dah tercegat dekat Tangs. Kedai tu pun tak bukak lagi. Bila kedai semua bukak dalam pukul 10.30, berpusu2 orang masuk. Aku yang tak gemar shopping kat Tangs, pergi ke Lucky Plaza. Carik internet nak tukar pemain liga fantasi. Sungguh berdedikasi.

Kami berjanji untuk berjumpa semula sejam kemudian. Hujan pula turun mencurah membasahi bumi. Lantas, kami sambung berjalan2 di dalam pusat membeli belah. Selepas Tangs, pergi ke seberang jalan untuk ke Wheelock Place, ION Orchard dan Takashimaya.

Dalam pukul 230 baru pergi carik tempat makan tengahari.

"Lepas makan ni, kita jalan sendiri2 la." Aku dah tak tahan jalan2 tengok baju. Bukan ada duit pun nak shopping.

Selepas makan tengahari, geng2 perempuan balik. Aku ngan adik sambung berjalan. Mula2 pegi velocity@Novena. Disana banyak jual barangan Outdoor/Sports. Kami sambung perjalanan dengan ke arah Bugis. Di sana kami berjalan ke Sungai Road. Di situ ada pasar pada waktu petang. Pasar itu digelar Thieves Market. Segala barang2 mengarut ada dijual disitu. Aku sempat beli satu bag berharga $13.

Kemudian kami sambung lagi perjalanan ke arah Bugis Market. Sedang kami berjalan, tetiba ada orang eksiden. Kejadian ngeri apabila salah seorang wanita yang terlibat itu tak sedar diri dan menggelupur di atas jalan. Aku amik gambar sahaja tapi tak tolong. Sebab aku takut. Mak budak tu pulak, dah meraung2.

kami sambung perjalanan ke arah Bugis Market. Di situ Adik shopping baju2. Bugis Market kerana konsep Market ala Uptown. Banyak jual baju2 golongan muda mudi.

Setelah itu kami ke arah City Hall. Niat di hati nak tengok kedai guitar, malangnya semua sudah tutup.

Kami teruskan perjalanan ke Dhoby Ghaut. Turun dari MRT, kaki dah sakit sangat. Tak larat dah nak berjalan. Rasa macam nak merangkak sampai hotel. Sambil berjalan tempang2, baru teringat yang kami masih belum makan.

Kami makan di kedai Indonesia, Warong 613. Aku makan sambal Udang dengan Petai. Sedap.

Balik tu terus tertidur kepenatan.

Shopping in Orchard Rd @ Singapore.

Orchard Central

Orchard Central @ Orchard Road.
blog buih

Shopping di Orchard Road ni memang menarik. Sebab Krismas dah nak kunjung tiba, memang perhiasan berwarna warni sepanjang jalan. Bayangkan Bukit Bintang tapi 10 kali ganda meriah.

Kat sini jugak tempat menarik nak cuci mata. Macam2 jenis orang ada kat sini. Ada yang cantik ada yang buruk. Orang Cina, Melayu, India, Filipino dan mat salleh penuh dan bersepah2.

Paling menarik bagi aku kat Orchard Road ni adalah Orchard Central. Orchard Central ni menarik kerana seni rekanya yang pelik. Eskalator kat luar. Pintu masuk je dah ade Eskalator naik ke tingkat dua. Lif pulak semua kaca.

Masa aku naik lif dari tingkat 1 ke tingkat 7, aku gayat. Berdiri tegak sambil berdoa cepat sampai. Bila dah sampai, aku naik eskalator, dari tingkat 7 terus ke tingkat 11. Eskalator ni terletak kat bahagian luar bangunan. Boleh nampak pemandangan Orchard Road dan kawasan sekelilingnya. Tapi aku tak tengok. Sebab aku gayat.

Kat Orchard Central ni, aku beli Loafers Timberland. Sale beb! Kalau kat KL, tak pernah on sale Loafers tu. Sebenarnya, dekat butik Timberland kat situ pun tak on sale loafers tu.(Kedai aku beli tu bukan butik Timberland)

Tapi kalau dari segi kedai kedai, hebat lagi plaza2 lain di Orchard Road. Macam Takashimaya dan ION Orchard. Tapi khas untuk sesiape nak beli barang yang cecah ribuan dollar saja.

Oh ye, nak tengok lebih banyak gambar yang aku tangkap, sila klik sini.

23.12.09

Shopping in Arab Street @ Singapore

tired of waiting...
Penat tunggu, belanje adik minum air.
blog buih

"Mama nak tengok kain2 tu kejap je. Korang pilih la mana nak buat baju raya." Kata mama dalam 1 jam setengah yang lepas. Kitorang pun dah siap pilih. Dua pasang seorang. Aku amik satu warna biru cair dan satu warna ungu. Adik pulak amik satu warna putih dan satu ungu ala lilac.

Comel. Sepasang.

Tapi itu semua lebih dari sejam. Aku dah dahaga. Panas di Arab St. Orang pulak berpusu2 ke Masjid Sultan di sebelah. Kami dengan beg yang diusung dari tadi. Mama tetap tidak mahu pulang.

Sampai hotel pukul 3.

Peranakan Place @ Singapore


Peranakan Place

post no 700
blog buih

This is peranakan place along Orchard Road where they have a nice cozy spot to hang out and chill watching the crowd go by. At night it turns into a lively watering hole where they have live performances most notably at Howl at the moon.

It's post no 700 and I'm trying to enlarge the pictures for this blog.

Announcement : Flickr Buih

Orchard CentralDrumsP1070746Peranakan Placetired of waiting...
blog buih

Tahun 2010 akan tiba dalam beberapa hari lagi. Macam biasa semangat tahun baru berkobar2. Antara projek tahun baru yang akan aku usahakan adalah projek Flickr.

Untuk itu, aku meminta jasa baik sesapa yang baca blog buih ini, untuk turut buka link Flickr aku yang telah pun aku tempek di sebelah kanan blog ini.

Kalau tak pun boleh la click kat gambar2 di atas.

Tinggalkan komen2 anda di gambar2 di Flickr. Tunggu 1.1.2010 untuk mengetahui projek tersebut...

Now back to Singapore stories...

22.12.09

Pondar.



blog buih

plus this my homie from high school
he's getting by
It's time to burry
another brotha
nobody cry

for Pondar. (Al fatihah)

Restaurant Zam Zam @ Singapore.

Ni la tempatnye...
blog buih

Located in front of Sultan's Mosque is the best Briyani restaurant (for me at least) in Singapore. Everytime i make a visit south, I will end up having their Briyani.

The chicken briyani is better then the other briyanis here.

Must try.

Also not forgetting the Mutton Murtabak which is served with cucumber and tomato sauce. Anywhere else in the world, if anybody serves me cucumber and tomato sauce, I would simply put it aside but not here in Zam Zam. The sauce just felt right with the mixture of Dhal and Curry.

Singapore: Family Holiday 2009

Raffles Hotel - No! we didn't stay here.
blog buih

"Take us to Concorde" Said Mama.

"Ok Ok!" The bus driver said in a harsh tone. Almost everybody i had a conversation with in Singapore uses that tone.

*******

About 15 minutes later.

"Your stop here!" The driver said in his usual manner.

As we stood at the bus stop, looking around to get clue of our location it dawned on us that he had mistaken "Concorde" with "Conrad".

So of we menapak* and decided to go to Arab Street instead of the hotel for some breakfast.


*menapak - a common term for walking used throughout my life which my sister found amusing.

17.12.09

Singapura.

- Tak bawak DSLR for this trip.
blog buih

Kali terakhir aku pegi singapura, Blog Buih pun baru mula, aku ada buat satu entri masa aku ke sana. Pegi dengan kawan. Masa tu ada majlis perkahwinan dekat JB. OO baru aku ingat. Hari tu hari pilhan raya. Camera pun tak maju lagi. Pakai camera phone je.

Esok pagi aku pegi bercuti dengan keluarga pula ke sana.

Tak sabar rasanya.

Dah seminggu aku Google pasal Singapore. Aku suka sebab very informative dan mudah. Tak macam masa nak pegi Krabi or Bandung. Sistem pengangkutan pun maju. Cuma kalau nak melawat tempat makan tu, kebanyakan blog yang aku masuk semua untuk non halal.

At least aku ada target a few lagi tempat makan menarik. Macam biasa, Zam Zam Restaurant, Sup Tulang M A Deen dan maybe a few kedai lain lagi.

So, apa lagi yang caghe kat Singapore ni?

15.12.09

Laos 1 - Malaysia 3.

- orang bersukan dalam keadaan bokeh.
blog buih

"Woooo!" The scream came from the kitchen. I thought there was something wrong with her.

I walked from room to room, the TV upstairs was occupied the TV in mama's room is not an option. Downstairs there was a couch potato catching up with MTV. So I had to walk into the kitchen.

I saw the game was being played on telly.

"Oo tengok bola eh.." I thought my chances are slim of catching the game. I never thought that my maid would be watching the game.

"UU bagus sepak masuk gol! Bagus kali tapi yang pemain Laos tu main jahat terjobrok jatuh aduuuhhhh" I now have an Indonesian commentator. She was supporting Malaysia and at least she drowned Hasbullah's voice.

On normal circumstances I would walk right out of the kitchen and head up to my room.

But this isn't just any night. Malaysia came back when the Laos team scored the equalizer. The speedy flanker Baddrol reacted the quickest and buried the ball in goal.

"Goal!" I said.

"UUUUUUUUUUU Goooolllllaaaa waduuuhh cantikkkkkkkkk!!!ya bagus llaa jaringaaaannn nya..." She said.

"Woooo hoooo!" She's still not done.

Then Malaysia scored again. Laos was tamed. The tiger on the crest was on a prowl and the whole stadium had to bear witness to its prowess.

I'll wait for Thursday for the final game against Vietnam but there will be no way I'm watching it from the kitchen's telly. She's crazy. It's not even her country.

Good luck boys!

14.12.09

Lipas di Darussalam.

-Waahahahahha
blog buih

They were everywhere. At first i felt one crawling up me feet. I kicked my leg wildly and stomped on it.

Then I saw the girls at the next table running away. Some were even screaming.

"Apasal banyak sangat lipas ni?" Ask Sapet.

The staffs were silent. I am pretty sure that they were left dumbfounded themselves.

"Aku rasa ada orang sabotage aa" Nik said calmly. Once in a while he checks under the table if there were any roaming around. The thought did cross my mind.

"Peah, kalau ada lipas terbang, tutup telinga tau." Kata Pn Sopi. I still can't understand why kena tutup telinga.

"Nanti dia masuk telinga" She explains as if she has experienced it first hand. I doubt roaches likes to get into the ear canal.

The situation was one of the worst i have ever been in. It was like roaches holocaust. Every table was stomping away. Mashed roaches were lying about. Some even cursed while stomping, adding the brutal effect to the massacre.

"Korang bela ke lipas ni?" I asked one of the nicer staff who was busy cleaning up the mess. He naturally, didn't answer but the girl from the next table chuckled. I think to my joke.

But throughout the whole ordeal, we sat there, drank the Milo Ais and ate the Nasi Lemak Ayam.

We really had nowhere else to go.

12.12.09

Pulang dari Krabi.

- gaya parti di Pulau Phi Phi.
blog buih

Bangun untuk pagi terakhir di Pulau Phi Phi, kepala aku berpusing. Aku capai bag galas yang aku letak barang2 kamera.

Flash cover aku hilang.

Battery Hahnel 2700 pun hilang. Tapi yang ajaibnye, daripada empat yang aku keluarkan, dua saja hilang, dua lagi ada.

Aku buka bahagian atas beg. Aku terdiam.

"Handphone sape ni?" Aku tanya semua orang.

Handphone Sony Ericsson yang dipercayai milik orang2 Scandinavia berdasarkan gaya bahasa di dalamnya.

Aku campak semua kedalam beg besar dan bersedia untuk pulang.

Kepala terus sakit. Hati, gembira.

Hilang.

-walaupun separa sedar, komposisi gambar tetap baik dan aplikasi rule of third tidak dilupakan.
blog buih

Malam terakhir di Thailand. Kami mulakan dengan makan tomyam di tepi laut. Memang sedap.

Kemudian hujan turun mencurah2. Terpaksa lari ke pub berhampiran. Raggae Bar namanya tapi ada gelanggang kickboxing. Akhirnya kami ke Rasta Bar layan band Raggae. Aku berkenalan dengan bucket of joy atau pun "Baldi Gembira".

Setelah dua jam di situ, sambung pula di tepi pantai. Masuk ke tempat muzik kencang. Berdenyut2 telinga diterjah bunyi bass melampau.

"Ungst Ungst!" bunyi muzik techno galak memecah kebuntuan malam. Berselang seli dengan desiran ombak.

Aku pening.

Kawan aku temankan aku pulang. Sampai di pertengahan jalan, kami disapa gadis comel dari German.

"Let's go to the beach" kata gadis itu.

"Ko balik la wei, aku nak gi pantai." Kata kawan aku.

Aku pun setuju. Walaupun aku tak ingat jalan nak balik rumah.

Aku teruskan perjalanan yang disinari cahaya rembulan. Aku berjalan terhoyong hayang mencari tempat tinggal. Setelah berjalan dalam lebih kurang 10 minit. Aku perasan yang aku sudah terlepas simpang kerana telah sampai ke kolam renang sebuah hotel lain. Aku turun semula ke bawah dan sampai ke kolam takungan air yang aku tahu selepas simpang ke bilik.

Aku ulang alik dalam 3-4 kali.

Aku hampir jadi paranoid. Aku takut ada hantu datang. Macam Nang Nak ke. Orang kampung yang tinggal di rumah kayu beratap rumbia mula membuka tingkap melihat gelagat aku.

Akhirnya aku guna flash untuk mencari lorong. Rupanya selama ini ia ada di situ. Lorong itu amat gelap. Aku tabahkan hati lalu menyusuri lorong gelap itu sampai ke rumah.

Kawan aku tak dapat ape2 pun dari minah German itu.

Pulau Phi Phi.

-Pick your poison
blog buih

Pulau Phi Phi amat cantik.

Perjalanan aku sepanjang jeti diiringi air laut yang biru. Aku nampak ikan dan aku rasa, ikan tu pun nampak aku. Dalam 100 meter berjalan, ada pintu gerbang "Welcome to Phi Phi Island"

Lepas pintu gerbang je dah pekan. Pekan dia kecik. Takde kereta. Semua orang berjalan kaki sahaja. Kedai2 di kiri dan kanan semua menarik. Ada beberapa kedai yang dibuka oleh orang kulit putih.

Aku berjalan sejauh2 alam untuk ke motel yang kami sewa. Nama motel tu Maney Resort. Kalau ada sesiapa yang baca ni, rasa nak pegi bercuti kat sana - JANGAN DUDUK SINI!. Boleh rosak kepala lutut bila naik dan turun.

Apabila malam menyelimuti pulau kecil ini. Ia juga turut berubah wajah. Malam di Pulau Phi Phi penuh dengan parti-parti di tepi pantai. Banyak orang2 Eropah yang turut bekerja sambilan di setiap pub.

Best!.

Berlayar ke Pulau Phi Phi.

-smile!
blog buih

Perlayaran ke Pulau Phi Phi dari Pantai Ao Nang memakan masa hampir 1 jam setengah. Dalam kapal itu, pekerja semua orang Thai, pengunjung semua orang putih. Kecuali 4 ekor budak Melayu. Kami cakap Melayu kutuk semua orang sesuka hati. Macam awek pakai bikini tak cantik, Awek cantik balak muka macam ungka dan Minah putih gebu seksi.

Tiba-tiba..

"Mai mana?" tanya salah seorang pekerja kapal.

"Kuala Lumpur." Aku jawab tergagap2.

"Dulu aku kerja kat Penang. Dekat Seberang Perai masak Tomyam. La ni lari balik kejap. Nanti nak pi balik ni" Fasih sungguh mamat ni cakap Melayu. Walaupun loghat utara. Mesti dia faham semua perbualan kami tadi.

Jangan ingat takde orang cakap Melayu kat negeri asing.

*******

Ini kali kedua perkara ini terjadi. Kali pertama masa aku beratur belakang satu pakcik mat salleh dekat2 dengan London. Aku sibuk berborak dengan mama. Pasal nak pergi jalan2 ke tempat menarik. Aku bosan tengok pinggan mangkuk. Adik aku pula sibuk mengengek nak beli permainan Harry Porter.

Tiba-tiba.

"Kamu semua dari mana?" Tanya pakcik mat salleh depan aku. Kami ternganga.

"We're from Malaysia" Kata mama.

"Saya dulu askar. Pernah jaga di Singapura" Kata pakcik tersebut sambil tersenyum.

Jangan ingat takde orang cakap Melayu kat negeri asing.

Jeti Ao Nang

-sampan je cantik, langit macam haram.

blog buih

Jetty Ao Nang banyak bot nelayan. Mereka semua pulang dari mencari hasil tangkapan di laut.

Kerana hendakkan gambar sampan jadi cantik. Langit jadi buruk. Saya tak suka gambar ini.

11.12.09

Krabi by the sea.

-Krabi Twin Peaks.
blog buih

"Only 30 minute friend very good" Kata pakcik tua sambil mengesat hingus meleleh. Dia orang Islam di Krabi, barangkali berketurunan Melayu. Dia ajak kami pusing2 pulau berhampiran Krabi. Dia ajak kami pergi ke gua yang terletak di bukit2 dalam gambar di atas.

"It's ok thank you" Kata kawan aku.

"Very good. Come Krabi must try!" Dia agak persistent.

"Aish..orang kata tak nak, tak nak aa..nak pompoy[1] jap je kat sini!" Jelas aku.

Pakcik itu pergi dengan muka hairan.

Kalau dah fed up sangat, aku cakap Melayu je kat sana.

[1] Pompoy (Pom-poii)- kata ganti nama bagi kegiatan merokok di zaman kegemilangan kami di sekolah.

Walaupun aku dah tak isap rokok, aku turut serta berdiri dengan kawan2 di tepi tebing sambil tunggu mereka hisap rokok, aku ambil gambar.

10.12.09

Pekan Krabi.

-udang2 bergolek, 2 ringgit.

blog buih

Selepas semalaman beriadah di pantai Ao Nang, kami membuat keputusan untuk pergi ke pekan Krabi keesokan harinya.

Oleh kerana kepala pening dan badan pun rasa tak berapa sedap, aku dan kawan2semua telah membuat keputusan untuk pergi ke pusat urut. Pusat urut tersebut adalah yang bertauliah.

"No Boom Boom!" Kata pemandu kami.

Selepas berhempas pulas dengan tukang urut, baru kami dapat makan makanan yang sedap2 di pasar Krabi. Pasar Krabi macam pasar Ramadhan kat KL. Ada ayam percik, udang goreng tepung dan macam2 lagi.

Ao Nang at night.

she looks at me- and i smiled.
blog buih

Ao Nang at night is a very beuatiful place. Kedai2 makan penuh berderet2. Kedai jual kerja kraftangan dan juga kedai lukisan seperti diatas bersepah2.

Terdapat banyak juga kedai membuat suit dan evening dress. Kebanyakan peniaganya berketurunan Nepal/India. Tapi mereka sudah pun menetap disitu untuk beberapa generasi.

Untuk golongan muda pula terdapat banyak hiburan di sepanjang pantai. Ada banyak pub2 hiburan yang penghuninya sudi melayan anda bermain Jengga.

Ao Nang terang sampai pagi.

Atap Rumbia.

-persatuan beruk2.
blog buih

Matahari tegak atas kepala. Panas. Jalan pun kena pakai sunglass. Hijinx Ducati menjadi pilihan untuk meneduhkan 2009. Mungkin koleksi musim bunga 2010 akan menyaksikan satu perubahan.

"Alamak, lapar dah ni." Sebenarnya aku tak lapar. Tapi baik sediakan payung sebelum hujan. Walaupun tengahari buta.

"Aku rasa, kita makan kat situ. Kedai tu pakai Atap Rumbia. Aku rasa sedap." Kata kawan aku penuh konfiden.

Aku pesan Fried Rice with Egg.

Yang datang nasi putih yang digaul dengan scrambled egg. Tahap kualiti makanan paling lemah pernah aku jumpa. Memang tak sedap langsung.

Next time, follow the fat boy.

4.12.09

Mana Lens Cap?

- Bot nelayan Siam.
blog buih

Petang itu di Pantai Ao Nang, aku ambil kesempatan untuk ketik-ketik gambar. Ini antara outcome yang sopan. Yang lain2 tu buruk.

Sambil ambil gambar pemandangan dan cuci mata di situ, aku cuba juga untuk ambil gambar kawan2 yang sedang berjalan dihadapan aku. Dengan beg kat belakang dan juga kamera di dalam tangan, aku cuba pasang flash untuk membuat gambar yang lebih menarik.

Apabila aku sampai ke hotel, baru aku sedar yang lens cap aku hilang.

"Ko ade amik lens cap aku?"

"Lens cap tu ape?"

"Takde la tu." Aku berborak ringkas dengan teman sebilik aku yang sedang berbaring tak berbaju.

Lens Sigma 24-70 menggunakan Lens Cap berukuran 82mm. Mana aku nak carik ganti?

3.12.09

Pantai Ao Nang

-Pasir Cokelat.
blog buih

Selepas tiba di Lapangan Terbang Krabi, kami semua bergegas ke tempat kutipan bagasi. Aku tengok beg aku, macam senget sikit. Setelah penat aku mengangkut beg itu dari Kuala Lumpur, setibanya di Krabi tayarnya pula pecah.

"Memang nak kena buang dalam laut beg ni!" aku berkata penuh marah.

Perjalanan dari lapangan terbang ke pantai Ao Nang memakan masa lebih kurang 30 minit. Di sepanjang perjalanan aku dapat lihat kawasan kampung dan juga beberapa masjid.

Sampai saja di sana, setelah kami berehat, kami pergi menuju ke tepi pantai.

Pantai Ao Nang cantik.

2.12.09

Beg Patah.

- The wait is over.
blog buih

Beg tak lah penuh mana. Bawak baju pun dalam 4 helai. Seluar 3. Seluar dalam tak perlu. Hanya tripod yang besar melintang kat dalam beg tu. Beg itu pun bukan beg aku. Aku ambil dari atas almari yang tinggi. Tempat simpanan semua beg2 besar.

Aku seret beg itu di KL Sentral. Aku tekan punat dan tarik leher jinjang. Panjang dan mudah untuk aku sorong ke mana2.

Aku turun eskalator. Beg tersangkut di tangga besi. Aku tarik. Lehernya patah. Berdiri aku di situ dengan beg bersepah di atas lantai. Kakak di belakang aku terkejut. "Ahhh" Jeritnya manja.

Belum sampai Krabi pun. Belum sampai lapangan terbang juga. Beg dah patah.