18.9.08

barangan - kerusi dapur


Aku sebuah kerusi dapur.

Tugas aku untuk diduduki, beratus2 Bon yang telah aku rasa. Namun, pada hari itu, aku disalahgunakan. Aku bagaikan telah bertukar portfolio dengan sebuah tripod. Macam Pak Lah, aku terus semberono ke MoD. Aku menyamar menjadi tripod. Zano juga tripod. Tapi aku dengar itu hanyalah ungkapan. "kalau Zano takde tripod die, mesti die takleh berdiri tegak sebab die tengah patah kaki". Ada yang tergelak besar, si gadis tersipu malu, macam Kept, ada juga yang terus blur. Aku didirikan di atas sebuah lagi kerusi dapur. Aku cuba untuk mengimbangi diri. Susah rupanya nak jadi Tripod. Sebuah kotak kecil diletakkan di atas ku. Khabarnya untuk mengambil gambar. Orang ramai mula berpusu2 lalu dihadapan. Mengambil tempat duduk.

"Siapa itu?" fikir ku sendiri.Wajahnya penuh sinar kepetak-petakkan. The pink in his shirt highlighted the hazel in his eyes.

"Owh ini mesti Amad." aku semakin yakin. Amad adalah seorang pembaca Ayat-Ayat Cinta. Saiz seluar, 38 inci.

Lantas, tuan Armi membawa keluar tripod yang sebenar lalu menamatkan aku dari posisi yang sungguh menjengkelkan ini.

Aku hanya mahu menjadi sebuah kerusi dapur.
blog buih.

3 comments:

  1. saiz seluar amad 38 inci?hahahah!my oh my...he has 'grown' hasn't he? hehehe!

    ReplyDelete
  2. muahahahhahahaha... gile rabak i ketawa ...

    ReplyDelete
  3. ahmad kalau pakai shorts denim dah macam Zohan...

    ReplyDelete