31.1.09

Why happiness eludes you.


blog buih

Bam bam bi dam bam bam bi dam bam...(disturbia is blaring through these blessed speakers.)

the best of us can find happiness in misery - Xul.

It seems that happiness refuses to step on his doorsteps let alone barging through the door for a lengthy hug.

Firstly, it must be established, that this dude is indeed in misery. Why? I don't know. The question begs a one to dwell deeper into the psychological state of a person at that particular time. Like "Why is Rihanna's song is on your mp3 player?" I've since change it to American Boy.

For some one to find happiness, it has to be something that is solid. Something that can be in a Lost & Found section of a rundown shopping complex. Like Pertama Complex, Where the rempit and bohsia will be tonight before heading home for some 3gp sex action.

I on the other hand, am a happy man. Especially after Megan Fox agreeing to be my sex buddy. "I've never lost the plot"

So then, where is "happiness"?

Since he can't see it and I can, it must be somewhere his vision can't cover. It should be noted that, the things that you can't see, might not be far but it's just too near to you.

Based on all my arguments above, I conclude that happiness is Xul's eyebrows.

Say it together now! "It makes perfect sense"

It's something that he can't see but I can and it makes me happy.

In a nutshell, I think when god designed Xul, He gave 3 smiles on his face, two of which is smack in the middle of his forehead next to each other so that everybody around him will always be happy.

"Told ya it's compelling."

To Zabaleta, Richards and Bellamy, you should know that there is only one team in Manchester at its color is red.

And Ronaldo (CR7) is better than Gerrard.nuff said.

hot shuffle video.

blog buih



The four walls of your home is not safe from the sound of the "ungst-ungst".

What is your child doing at home?

30.1.09

7 reasons why i hate Sifu & Tongga


blog buih
Sila baca review cerita ini. Saya juga telah mengambil kesempatan ini untuk link blog yang menarik itu didalam Rangkaian Buih.

I've never been to the movies to watch a Malay film. My perspective of the current state of affair was delightedly enlightened by Los & Faun. Though it was a flop in sales, I really enjoyed it. That is what watching a movie is all about for me, at least. Today, all that came crumbling down. To the point where i said, "Tak nak lah tengok citer Melayu lagi.Bazir duit je."

Here, i'll try my best to give my honest opinion and view from a avid movie goer and a layman in the cinematic world.

Language
Personally, it was a funny movie for about all of ten minutes. Then it became irritating. I felt that I would understand a French movie better. The Malay language in this film must've been the single most audacious insult on the language itself. Such mockery is intolerable.

Jokes
Blogs on the net, written in Malay, can be funnier than the script of this movie. Then again, I can't imagine trying to tell a joke in a language that either myself or the audience can't understand. To that extent, kudos to both the leading actors. However, being comedians, I'm sure that they would know better if there is not enough substance in the script.

Unrelated events.
I'm not a learned director or in any way have had my hands meddling into the movie business but I'm a movie buff. I think, there are some scenes in the movie, which are too remote from the sequence of the movie that it destroys the flow. Notably, the scene where Sifu was walking in the jungle and suddenly the bush rattles, only to find Tongga doing his "business". Don't they have a standard they have to look up to? Secondly, I find the ending scene is a bit off. Tammy and her gang went for a walk in the jungle, dart them, end of movie. Again, Don't they have a standard they have to look up to?

CG
What computer graphics? There was no such thing...the dart trick in the end was lousy. It was too obvious that the actors were holding them. 2 million ringgit for this movie? I don't think so.

Cameo
Cameos are good. They help to sell the movie. Movie buffs are excited when the little part actor is somebody they can identify immediately. However, when the cameos are not helping the movie, you'll end up with an escalated payroll. That should be bad in the movies budget. "I don't know. It's a wild guess..hey I'm no professor."

Leading lady.
A leading lady should lead. A mute leading lady, trapped in a cage, can't. After hearing her shrieking though, maybe she shouldn't have any line.

Audience.
The basic purpose of a movie, is to provide entertainment to the public. It is also a media to educate the masses. A strong movie will forever be embedded in the minds of those who watched it. A bad one, sadly, do too. This is a half-baked movie which is not fit for our cinemas. Poor us the victim, if the sales drop, it's because we don't go. If we go, we're in for a torture.

Please aspire to achieve something better. I want to see the entertainment industry thrive.

DON'T WATCH THIS MOVIE because we deserve something better in our cinemas.

blog buih

Mual dengan layanan mesramu.


blog buih

Beberapa kali aku terkena dan aku biarkan. Hari ni aku rasa patut aku pertengahkan isu ni. Isu tentang layanan Mat Bangla kat stesen minyak.

Aku faham mungkin boss dia marah. Suruh layan mesra. Cakap baik2 ngan customer. Belajar cakap Melayu betul2 dan fasihkan Bahasa Inggeris. Berikan layanan sebaik mungkin untuk memuaskan hati pelanggan.

"Boss, How can I help you boss?"
"Saya nak isi minyak."
"Berapa Boss?"
"10 ring.."
"Boss, lama tade nampak ah Boss, How are you Boss?"
"Saya tak pernah datang stesen ni.Macam mana boleh lama tak nampak?" aku habiskan conversation itu dengan nada annoyed. Dia lari bawak kertas merah tu ke dalam stesen.

Itu kat stesen yang begitu asing bagiku. Kalau kat Gas Station depan umah ni, lagi aku irritated. Tapi bukan dengan attendant. Bangla ni jaga counter. Kiranya, dah lama dah bekerja. Terasa hebat la jadi Cashier.

"Selamat pagi bang, berapa mau isi?" - kerana dah naik pangkat, dia rasa die boleh panggil aku abang sekarang. Tapi aku tak kisah. Kira dia dah jadi Melayu la.
"Kasi 50" aku letak duit atas counter.
"Ada bonuslink card?"
"takde"
"Ade real rewards card?"
"takde"
"Ade Credit Card?kalau isi pakai card dapat hadiah"
"tak nak la, amik je la RM50 tuh, pam 3" aku bergegas keluar.

Sambil berjalan ke pintu.
"Bang nak resit?"
"tak nak"
Suara dia makin sayup namun aku masih dengar dia bertanya, "Bang datang lagi, terima kasih"

Aku dah tak keluar kedai masa tu. Mungkin ada pantun dua tiga rangkap lagi selepas itu. Aku tak tahu.

Aku tahu yang kamu hanya ingin membuat kerja kamu. Aku pun bekerja juga. Tapi kalau kemesraan dengan pelanggan dah membuatkan pelanggan kurang senang, juga akan menimbulkan masalah. Chill la wei...

Dalam banyak2 lipat, kami lipat "net" saja.


Semalam petang, hujan turun lebat. Aku hanya memerhatikan titisan hujan dari dalam kamar tidur. Titisan hujang yang melekat di hujung genting menjadi kantung2 air yang kecil dan comel.

"Tak dapat main lagi takraw hari ni..." bisik hatiku sedih.

Jam 9 malam.

"Kau sms semua orang kita main takraw malam ni" Pesan Kept dari panggilan ringkas. Aku sudah pun di dalam kenderaan Shahir.

"Yeah! malam ni dapat lah aku main takraw." Jelas kegembiraan itu dikongsi Shahir.
Aku duduk di bulatan di tengah gelanggang. Orang panggil aku tekong.

Dia baling bola kat aku. Aku panggil dia Killer. Dalam banyak2 lipatan maut dia, dia terkenal dengan lipatan Maniam. Semalam tidak dia hampir dapat membuat sebuah lipatan baru yang pelik. Gaya berdiri ala-gaban dengan tangan tegak ke arah langit telah memberi kejutan kepada rakan se-regu nye sendiri. Kemudian, tiada apa yang berlaku. bola itu jatuh ke tanah lalu satu mata di berikan pada pihak lawan.
Ini feeder kami. Tugasnya membekalkan bola2 cantik untuk di libas oleh killer kami tadi. Ini gayanya ketika hendak masuk kedalam gelanggang. Gayanya nampak hebat. Tapi gaya ala takraw ini tidak mungkin mendapatkannya gadis2 melayu yang rela seperti di dalam kebanyakan 3gp di pasaran.

Dia datang ke gelanggang menaiki basikal. Basikal itu kemudiannya di pinjam oleh pemain seterusnya ini.

Ini pemain yang menggantikan tempat Feeder kami yang kepenatan. Pemain lincah ini pandai menggunakan kepala untuk mematikan bola.

Dia juga bercita2 menjadi model basikal.

Semalam dia telah pertama kali menghasilkan lipatan Maniam Polka. Aku masih tidak tahu sama ada pasukan kami dapat atau tidak mata untuk lipatan itu. Sebaik sahaja gerakan itu dibuat, aku sudah pun bergelimpangan di atas lantai court akibat overdose tergelak.

Kemudian, dia menaiki basikal ke kedai minum. Jadi jika sesiapa yang memandu di USJ malam tadi, jika anda tersangkut di dalam jam dalam jam 11.30 malam, ini lah pesalah-laku itu. Tapi sekarang dia sudah pandai tukar gear.

Gambar kenangan bersama antar regu saya dan pasukan lawan.

Jika anda bosan, mainlah takraw. Tentu penat ketawa.
blog buih

28.1.09

Hari ini aku tidak mahu menulis.

blog buih

Hari ini aku tidak mahu menulis. Aku tidak mahu menulis kerana aku tidak punya gambar. Tidak, bukan gambar bogel perempuan melayu murahan atau lebih mesra dengan panggilan bohsia. Itu boleh didapati dengan mudah dalam 2 saat sahaja melalui Google.

"Teman aku beli alat2 untuk malam ni."

"Amik aku kat opis" Jawab Zano pada permintaanku.

Kami redah hiruk pikuk dan kesesakan kota.

"Berapa dik?"

"Patploh Lima" Jawab adik genit dan comel itu. Sangat sesuai dijadikan hadiah taruhan rempit di malam Sabtu. Dia senyum dan terus berlalu. Mungkin dia dapat baca fikiranku. Mungkin sudah puas tubuhnya diratah.

8.30 pm. Hujan renyai2.

9.00 pm. Aku ditengah gelanggang. Hujan mencurah2 atas kepala.

"Camane ni Charlie? Kita gi minum je la kat Darus" perasaan hampa mula menyelinap kedalam setiap rongga.

"Aduh..aku dah pakai kasut dah nak serve macam Pak Dee..tak dapat lah kita main Takraw..." Jawabnya ringkas sebelum bergegas ke kereta untuk ke kedai mamak.

The time has come.


blog buih

Alat baru. Semangat Baru.

Kapten pasukan di Kota London.

Mari pulang!

27.1.09

How to alienate blablabla....


blog buih

Aku cuba menaip tajuk cerita. Tetiba gambar Megan Fox yang aku nak link muncul. Aku terus terlupa. Dia sangat cantik. Bagai dewi dari kayangan.

Tapi aku suka Simon Pegg. Dia seorang yang kelakar. Cerita yang tajuk panjang berjela ini, bear with me,

How to Lose Friends & Alienate People

berkisarkan tentang seorang penulis majalah dari kota London yang akhirnya telah dapat peluang bekerja dengan sebuah majalah besar di kota New York. Segala perjalanan kisah hidup yang dilaluinya telah akhirnya berjaya menyedarkannya tentang kepentingan kasih sayang yang terjalin utuh.

Ok. Sebenarnya tak salah kalau anda hanya mahu forward dan ulang semula scene Megan Fox seberang kolam renang dengan evening gown untuk "publicity stunt" nya. Untuk memudahkan anda semua, click la pada link itu berjuta kali. Kemudiannya dia mengaku yang dia tidak perasan baju itu see-thru.

I'll vote you for best supporting dress -
Sydney Young.

Akhirnya, walaupun Sydney Young sudah pun mengecapi dunia glamour yang dikejar2 nya, namun dia pulang ke pangkuan awek yang disukainya yang dilakonkan oleh Kirsten Dunst. Nama awek tu Allison.

Ok la..guess he's spoilt for choice, so boleh ah dia nak choose mana dia nak.





4 hari bangun pagi untuk membawa rezeki masuk.

blog buih

Aku sedang duduk di celah2 semak. Di antara timbunan baju2, celana panjang dan pendek, jeans dan seluar jogging. Di bawah longgokan kasut2 futsal, kasut badminton dan sepatu2 yang digunakan untuk bersiar2 pada hari libur.

Aku tidak mahu mengemas pada hari Tahun Baru Cina ini. Kata orang ia akan membuang rezeki2 yang ada rumah. Jauh di dalam lubuk hati, "Malas Ah!" menjerit setiap kali aku memikirkan kesemakan ini.

Tapi aku bangga dengan 4 hari yang lepas ni. Aku bangga kerana aku tidak membazirkan waktu pagi dengan tidur. Setiap hari aku pergi makan sarapan pagi dengan kawan2. "Sarapan Boys!" itu pesanan SMS yang aku hantar setiap pagi lebih kurang jam 9.30.

Hari ini, aku makan di Restoran Desa. Makanan kegemaran di sini adalah roti canainya. Lembut. Sambal yang dihidangkan juga lebih enak dari sambal2 di restoran mamak yang lain.

Hari ini aku berjalan ke sana kerana teman berjalan aku sudah pulang dari Miri.

Esok, sudah mula bekerja. Aku terasa letih dan penat memikirkan hari esok.

"Argghh, kenapalah aku bangun awal hari2!"

26.1.09

Nasib baik tahun baru cina ni tahun kerbau bukan tahun Lycans.

blog buih

Petang itu sunyi. Tiada penghuni rumah agam ini. Mereka semua ke PD. Xul, dia ajak tengok wayang. Aku ikut sahaja. Dari terus duduk di sini, aku lebih rela keluar.

"Seat kita L13 sampai 17" jerit Nik sebelum kami jalan beratur Single File untuk menyusuri kegelapan lorong kecil di dalam panggung 8.

Aku tak pernah tengok cerita2 siri Underworld. Aku tak suka cerita dari genre ni. Aku lagi suka tengok cerita2 komedi macam Superbad dan Pineapple Express. Tapi bagi aku, cerita ni seronok. Boleh la buat mengisi masa lapang. Tapi takde ape la yang boleh dipelajari dari cerita ni.

Lepas tengok wayang, semua lapar. Nak carik tempat makan. Aku ade terbaca pasal tempat makan kat Kinrara. Kami menuju ke sana.

"Tempat makan tu dah tak update dah!" suara dari corong telefon memusnahkan harapan memakan Ikan Bakar.

Aku terus memandu. Membawa hati duka dan perut lapar ini ke tengah ibukota. Sebelum kawan2 aku yang aku bawak bertukar menjadi serigala kerana terlalu lapar, aku berenti kat Sukhomvit@ Kg Bharu. Lycans dari Subang suka makan tomyam - ed.

Makanannya sangat enak. Sambil makanan, kami ditemani cerita2 dari Underworld 1 & 2 yang dicanang Xul. Ada William, Michael,Viktor...tapi kalau mahu dicerita semula..aku hanya ingat Rhona Mitra.

Dah dapat figure out dah ke, dia pernah berlakon dalam cerita ape lepas tengok link tu?

Lepas dari lap keringat kepedasan Tom Yam, kami menuju ke Hard Rock Cafe. Band start pukul 11.

"Let's paint the town red" seloroh aku pada Nik.
"I'll bring the brush" Jawab Nik selamba.

11.15pm, kami sudah tersengguk2 di tepi meja. Semua orang mula komplen hendak balik kerana terlalu mengantuk.

Namun dapat juga kami gagahkan sehingga jam 1 a.m

Selamat tahun baru cina.

25.1.09

the accidentally watched movie


blog buih

After a thoroughly exhausting futsal tournament yesterday, I was in bed by around 10. We, being the eventual winners ( i scored 2 goals), really had to dig in and played real hard.

So by 6 a.m, I was up. I had nothing to do and I had a few movies that i 've downloaded the previous week but have yet to watch. I chose "The accidental husband" hoping that I would fall back asleep a.s.a.p. But here I am, 2 hours later writing about the same.

"Until we learn the difference between romantic love and real love, we're just searching in vain for something that don't even exist." Dr Emma Lloyd

I enjoyed the movie, however there are some parts which was really lame. The singing part at the cake tasting stand out the most. Being somewhat short of the scene in "my best friends wedding" at least it did not blow up to a choir ensemble finale.

"I love you and I'm clever enough to know when I've lost." That was what I've been trying to say for the past 8 years.

On another note, for those who have not granted me access to their blog, please note that you have the mutual treatment here, except that, I don't have to privatize this blog. Please consider that this blog is not accessible to you and i shall not comply to your formal requests like I have previously done under the false assumption of a friendly gesture.

24.1.09

Cincin belah rotan.

Seawal pukul 7 aku sudah berjaga. Aku ingin keluar membeli sarapan. Pakcik dan Makcik akan sampai ke rumah sebentar lagi. Mereka akan pergi sebagai rombongan melamar dan juga bertunang. Aku hanya duduk di rumah, tapi tidak mahu ketinggalan dari kemeriahan majlis kecil ini.
Aku masih tidak faham kenapa cincin itu dipanggil belah rotan. Mungkin sebab aku kerana belum pernah membelah rotan atau mungkin aku tersalah dengar. Mungkin nama cincin itu, Cincin belah Rota. Rota macam yang selalu dibeli kat 7-11 tu. Aku makin confuse.

Tepak sirih menjadi simbol adat melayu. Disebalik keayuan susunan dan tradisi berabad ini, aku masih ingat sebuah artikel yang pernah aku baca tentang kegunaan adat ini di dalam kalangan masyarakat melayu.

Ni cokelat Patchi. Terliur la jugak tengok cokelat tu bergelempingan. Aku cuba menggapai sebutir. Tangan ku dihalang. "Nanti amik satu, pastu lagi satu, nanti abih..."
Bekas buah-buahan menjadi simbol kelaparan. Eh! entahlah..Mungkin juga kerana tak tahu apa lagi nak bagi, makcik2 telah decide untuk memberi buah-buahan. Ni pun tak sempat nak makan, tapi tak sesedih tak dapat makan yang seterusnya.
Ini yang paling menyedihkan bila tak dapat makan. Ni kek with Hard Icing. Nampak cantik sangat. Kalau makan mesti pun mesti sedap. Tapi takpe, aku tengok je dan ambil gambar2 kenangan.
Finally, ni lah cincin belah rotan. Cincin belah rotan diletakkan atas cangle holder berbunga ros. Cincin ini istimewa kerana ia adalah cincin nenek. Aku suka decoration dulang cincin ni. Sampai kat atas dulang tu, ada potongan bunga cempaka yang dipetik dari Tanjung Keling@ Melaka dan hirisan daun pandan dari belakang rumah.

Aku sebagai in house camera man, cuba menangkap gambar macam Laurence Kim.
blog buih

22.1.09

Picit buah limau mandarin ke dalam mataku.

This is the only "Chinese" picture I have. So Nelle, jadi model Gong Xi Fa Cai please...
blog buih

Hari ni sibuk. Sibuk dengan menguruskan gaji2 pekerja. Semua staff di opis orang Melayu. Tapi bila tiba raya cina, aku rasa mereka macam terlebih semangat nak beraya. Bagus, semangat masyarakat majmuk yang amat terpuji.

Maka berlari2 anak lah aku sekeliling opis. Menyediakan cek. Nasib baik ada buah limau mandarin. Limau mandarin ini hadiah dari ibu Ah Fai. Dia pembekal alat tulis di opis kecil ini. Muka dia macam muka Sasha sikit. Cuma versi tua dan juga yang kurang happening dari ini. Wajar dikatakan, muka dia macam muka Sasha sekarang.

Sambil menyemak lanjuran slip gaji sebelum diedarkan, aku bukak Facebook. Semalam ada orang Scotland datang buat bunyi2 di ibukota. Pee pegi tengok. Dia taksub dengan bunyi2 bising.

Sambil aku membaca blog2 wajib harian dan juga website2 utama dalam hidup, aku tanpa sedar telah mengupas limau ketiga. Aku memang amat suka limau mandarin. Mungkin semangat Po aku sudah datang.

Limau sudah pun habis. Urat2 putih menyelaputi buah itu aku tarik perlahan lalu aku kumpulkan di atas kulit limau yang berwarna oren. Aku susun pula kesemua itu di atas plastik pembalut limau warna merah. Plastik itu comel.

Tangan kiri aku memegang sekeping kulit yang terpisah dari timbunan sampah itu. Tangan kanan rancak mengemudi tetikus. Lalu aku patah2 kan kulit limau itu. Bau harum mula dihidu. Aku pasti terdapat rembesan cecair wangi macam perfume Hugo Boss yang menghasilkan bau itu. Sepantas fikiran itu lalu di minda, aku lalu pandang ke arah kulit limau itu. Aku mahu pastikan jika ade apa2 yang keluar dari rekahan kulit limau yang baunya amat kusenangi.

Aku tak nampak apa2 kerana aku terpaksa menutup mata lebih kurang 5 minit menahan sakit.

Walaupun sesuatu itu cantik dipandang, manis bila dirasa dan harum bila dibau namun ia tetap boleh memedihkan.


Tapi, aku lupa lagi satu model Chinese New Year blog buih;

21.1.09

Susah jadi budak kecik kan?



blog buih

Waktu makan tengahari.
Aku ade kerja yang harus di buat di PJ. "Ade hal sikit" bak kata Shahir.
"Amad, nak lunch sekali?Aku nak kena gi PJ nih"
"Boleh la, kita pegi Madam Lim. Aku datang ngan Asriah"

Aku suka makan kat Madam Lim. Makanannya sedap.

Sampai kat situ, ade Amad, As dan dua orang colleague As. Seorang tu bawak anaknya. Anak itu pula membawa patung Buzz Lightyear.

Keadaan di kedai makan pada tengahari itu sungguh sibuk. Semua orang berbaju kemas dan membincangkan perkara2 serius sesuai dengan waktu sejam berehat dari pejabat. Anak kecil yang ditemani patung Buzz Lightyear itu nampak janggal di tengah2 lautan orang2 dari pejabat.

"Hi, what is your name?" Aku cuba berborak dengan budak itu. Dia hanya diam membisu.

"My name is Buzz, tapi hari ni tak pakai baju macam patung ni, sebab pergi kerja."Aku cuba buat lawak ngan dia. Dia diam memikirkan keberangkalian kebenaran ceritaku.

Mungkin dia memikirkan, "Biar betul orang tua ni? Semalam Presiden US dah jadi orang kulit hitam, hari ni Buzz Lightyear rupanya orang Melayu?"

Mata budak tu bersinar2. Mungkin doanya malam tadi termakbul. Mungkin dia hanya mahu berjumpa Buzz Lightyear. Siapa sangka Buzz Lightyear makan Char Kuey Teow dan minum Carrot Susu? Dia tersenyum kecil. Di belek2 patung Buzz Lightyear dan kemudian dia pandang semula ke arahku. Dia senyum lagi.

Semua orang sudah mahu pulang ke pejabat. Waktu sejam yang diperuntukkan telah pun habis. Semua harus bergegas sekarang. Dia dipimpin. Tangan yang ditarik itu juga memegang patung Buzz dengan erat. Sebelum dia pergi, sempat dia menoleh sambil melambaikan tangan kecil ..

"BYEE!"

TO INFINITY AND BEYOND

20.1.09

Terima kasih cinta.

gambar hari tu buruk, tukar ngan yang cantik sikit..
blog buih

The holiday season may be over in the northern hemisphere but we are just about to parrrrteeeyyy!

Ok, maybe not me. I don't party. Not like I used to at least.Kalau boleh color2 pickup guitar pun dah kira best dah...

Aku patut tulis pasal benda lain, dekat ruangan lain.Tapi aku kat sini menulis dekat blog ini, tanpa sebarang arah tujuan.

Siang tadi, ambil Zano untuk ke Restoran Darulnaim @ Kg Bharu. Mula2 kata Shahir tak nak ikut, pastu nak pulak pastu tak nak pulak. Aku tak tahu. Bila aku confuse, aku biar saja. Kalau ade, ade lah.

Hari ni aku ambik daging bakar dulu sebelum ambil nasik. Suruh makcik tu tuang kuah percik siap2. Minggu lepas, ada seorang pakcik tu ambik daging yang last, ketika aku sedang menyuruh Shahir ambil, dia sambar cepat2. Mungkin pakcik itu dulu duduk di tebing2 Sg Golok. Macam tak pernah masuk kedai makan kat Kolumpo.

Seekor ikan bakar terbiar di atas meja. Abang kedai tu amibk balik dan letak di tempat ambil makanan. Sisa2 makanan yang lain di buang kedalam besen. Aku ngan Zano ternganga melihat tektik tersebut. Selamba saje.

Belum pun sempat Zano pulang dari basuh tangan, dah ade abang2 yang datang di tepi meja,

"Be, ado oghe dok be?"

Aku senyap. Tak, bukan sebab aku tak reti cakap Kelantan. Sebab dia ingat aku ni bukan orang ke?

Bila Zano kembali ke meja, cepat2 panggil abang kedai untuk mengira. Lantas kami beredar untuk pulang ke pejabat masing2.

Ketika lalu di kawasan parking, aku terkejut. Aku terkejut dengan gaya seorang wanita berbangsa India yang menjaga parking tersebut. Susuk tubuh macam perempuan, gaya rambut macam perempuan dan cara pemakaian macam perempuan. Tapi janggut mengalahkan janggut Tokya. Janggut wanita itu mengikatkan aku kat orang2 Amish dalam cerita "Kingpin".Aku takut, lalu bergegas pulang.

Petang tadi, minum petang dengan Afgan. Abang Nas datang nak sergah tapi Dato' Jalaluddin Hassan macam takde mood.

"I'm thinking bout my future." katanya.

And for my past, terima kasih cinta.

18.1.09

The Long Walk.

Sg Pisang, gambar Ihsan Cik Anies.
blog buih

Pukul 10.30am aku celik mata akibat bunyi "nudge" dari Kept.

"Pukul berapa main bola ngan uncle?"
"Pukul 11 sampai 12" kata Kept.
"Ok, jumpa kat sana nanti."

Aku turun untuk sarapan. Kemudian naik semula ke atas untuk mandi. Air suam menunggu aku. Kemudiannya aku menyarung track bottom baru. Kasut badminton menjadi kasut berlari yang masih belum dibeli.Kedai "sneakers" kat depan Darus tengah sale. Aku benci bila perasaan ingin membeli membayangi hidup ku.

Keluar rumah.Alat kawalan jauh untuk pintu pagar besi itu aku tekan dengan mudah. Baru ditukar baterinya. Aku mula mengorak langkah. Peta Subang Jaya mula terpampang di fikiran. "How to get to USJ 1 from SS19? on foot!"

Langkah semakin deras. Aku mula berlari2 anak. Sampai ke jejantas yang akan membawa aku ke SS18. Tapi aku teruskan perjalanan. Aku menyeberangi jalan besar di depan Shell SS19.

Dia sangat sayangkan wanita itu. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuknya. Namun, wanita itu memerlukan ucapan kasih sayang yang abadi untuk mengetahui bahwa lelaki itu bukan yang dimahunya. Cerita "The Wackness" mula bermain kembali di benak fikiran. Banyak relevan pada kejadian sekeliling hidupku kebelakangan ini. The Wackness pemenang Sundance Film Festival 2008. Tak sehebat "hype" yang diterima Slumdog Millionaire, jadi tentu ramai yang tidak tahu tentang cerita itu.

I want you to stand there, watch me leave, coz i've never done this before. Never had my heart broken...- Shapiro

Aku sampai ke tempat "nasik lemak bakul biru" dijaja. Aku teringat kat Tokya. Mungkin itu makanan yang akan akhirnya berjaya men'saiko' dia untuk pulang ke Malaysia.

Aku mula panjat jejantas yang akan membawa aku ke USJ 2 dari SS14.Basah kuyup. Keringat mula membasahi topi San Francisco 49ers circa 1995. "Starter beb!".

Jam menunjukkan 5 minit lagi pukul 12. Aku berharap mereka akan menunggu aku jika mereka habis bermain. Bila turun dari jejantas, aku terus berlari. Aku takut ditinggalkan. Aku mungkin menangis jika setelah berlari hampir 30 minit, mereka tiada di sana.

Aku mula terasa bahang. Matahari tegak diatas kepala. Alangkah asyik jika ada air terjun seperti yang tertera di atas di dalam perjalanan ini?Malangya aku hanya berhadapan dengan sebuah bangunan besar yang dipanggil Summit.

Setelah sampai, aku berehat di tepi padang futsal. Aku tergelak sendirian melihat kelibat kawan2 bermain futsal. Aku sungguh letih.3 tin air cincau menjadi tempat melepaskan dahaga.

Selepas habis bermain, kami pergi makan di Restoran Hassan.

Kadang kala, setelah kita memberikan apa yang seseorang itu mahu, baru dia akan sedar apa yang diingininya selama ini bukanlah sesuatu yang diperlukan olehnya, hanya mainan egoistik yang adanya sementara.

14.1.09

Aduh! -heartbroken-


blog buih
Aku tujukan lagu ini kepada aku dan sesiapa lagi yang merasa seperti hidup ini tidak bermakna tanpa kehadirannya.
sob sob...

13.1.09

Ok cukup!


blog buih

dah dah, blog ni dah cukup buruk.

sekarang aku kena nuetralize kan dengan gambar Kelly Brook.

Bila saya bosan.


blog buih

Bila bosan duduk kiwi doc mart, sambil pakai boxers, t shirt tuck in dalam boxers.

pakai sunglass tuk amik gambar.

ntah ape2...boxers tu nampak je buruk, Mark & Spencers tu...

*ni siri "Ape kejadahnya ini?" untuk diri sendiri.

Sape kata aku tak pernah mandi?


blog buih

Kalau dah pernah mandi dalam bath tub ni, dah tak perlu mandi dah seumur hidup...

12.1.09

Akan aku tunggu hari itu...

Habibah

nanti kita sambung

aku balik july next year

ko pastikan ko single masa tu

kita date

hahahaha

muahs

gtg

bye


blog buih

Yeay! Sorry ah Tokya...

11.1.09

Terima kasih atas Babi yang anda berikan....(Ape kejadahnye ini?)


blog buih

Ini adalah seorang teman baik aku yang ada hobi baru. Hobinya adalah berbasikal. Ke mana sahaja dia berbasikal sekarang ini. Tadi ketika ramai2 pergi tengok bola, dia turun secara mengejut dengan basikalnya. Mungkin dia terasa seperti Dave Mirra.

Mungkin juga kerana tempat yang kami kunjungi untuk menonton bola di penuhi bohsia2 yang berpakaian se"dugem" abih. Tapi takde duit untuk ke kelab malam. Jadi minum di restoran saje la.Tapi mungkin dia tidak akan dapat mengangkut gadis2 itu pulang. Bukan kerana dia tak tampan, tapi sebab dia belum beli "GT" maka tak dapat la nak "carry" sape2.

Namun, dia berdepan dengan sebuah masalah. Banyak anjing yang berkeliaran di sekitar Subang yang bagaikan mahu meratah daging empuknye. Terutama sekali di bahagian belakang badannya. Kalau di pasar, ia sering di sebut "batang pinang".

Apabila perlawanan tamat, kami pulang. Kesemuanya pulang dengan kereta. Dia terus ke basikalnya selepas kami mengucapkan selamat tinggal.

Siapa sangka, kami bertemu lagi di hadapan BP di kawasan SS14. Dia sedang mengayuh dengan kelajuan yang agak memberangsangkan. Tiada sedikit pun kerutan diwajahnya yang membayangkan kepenatan. Kayuhan makin diperkemaskan. Basikal hitam itu terus meluncur laju.

"Woof! Woof!" Aku menyalak sekuat mungkin ketika aku lalu disebelahnya.

"Babiiii...." dengan spontan dia melatah.

Buat pertama kali, apabila dia sudah memastikan suara salakan itu, terpancar sinar kegembiraan kerana ia adalah aku.

Jantungnya tentu berdegup kencang. Lalu basikal dipacu dengan lebih deras. Tentu dia tidak mengantuk bila dia sampai di rumah dan apabila dia membuka blog ini, aku ucapkan...

"Terima kasih ke atas Babi yang anda berikan"


ed: huahuahua...nakal ah....

10.1.09

Rachael Corrie.




blog buih

Sekali melayari internet, tentu sahaja masa ini akan terjumpa blog2 orang kita yang mengecam tindakan dan keganasan Rejim Zionis di Semenanjung Gaza.
Hari ini aku terima email dari rakan lama. Gambar2 di Israel. Jujurnya, aku memang tak minat email2 berunsur agama dengan ugutan kalau tak disebarkan kepada semua orang akan dimurkai dan dilaknati seumur hidup dan sebagainya.
Tapi aku teruskan juga melihat gambar2 yang dipaparkan.
Di dalam kesemua gambar itu, ini yang paling menarik.

Rachel Corrie telah terbunuh apabila tentera Israel melanggarnya menggunakan jentera berat ketika dia cuba menghalang tentera2 itu dari melakukan pencerobohan ke atas bangunan dan tempat tinggal umat Islam.


Walaupun kejadian ini berlaku lama dahulu dan buka ketika peperangan terbaru ini, gambaran jelas dapat dilihat akan kekejaman askar Israel ini.

Tunggu la masa kena menyorok belakang pokok Gharqad nanti.

7.1.09

My favorite bedtime story.


Pernah suatu masa dahulu aku mendengar cerita ini.
Cerita tentang seorang gadis yang ingin belajar tentang erti kehidupan. Dia merantau jauh mencari cendiakawan untuk membantunya faham.
Lalu bertemulah gadis itu dengan seorang yang cerdik. Tanpa membuang waktu, dia bertanya pada orang itu.
"Pakcik, bagaimana saya mahu tahu jika saya telah bertemu dengan orang yang terbaik untuk saya?" soal gadis itu.
Lalu pakcik itu mengarahkan si gadis itu pergi memetik sebiji jagung di dalam kawasan ladang jagun yang luas terbentang.
"Cuma satu syaratnya, tidak boleh berpatah balik sehingga ke sempadan ladang dan hanya satu jagung yang terbaik yang boleh diambil" kata pakcik itu.
Lalu bergegas la gadis itu mencari jagung yang terbaik untuk dirinya. Setiap kali dia berhenti setelah melihat sebiji jagung, ada sahaja kecacatan pada jagung itu. Ada yang sudah terlalu tua, ada yang muda dan berbagai lagi.Dia terus berjalan dengan harapan ada jagung yang lebih baik menunggunya di hadapan nanti. Sehinggalah dia sampai ke penghujung ladang. Tidak ada satu jagung pun ditangannya.
Fahamlah si gadis itu, akan peluangnya yang terlepas akibat terlalu memikirkan tentang jagung2 yang lebih baik jika ia terus berjalan sedangkan dia sudah pun terjumpa jagung2 yang cukup baik bagi dirinya.

blog buih

I was bitten.By the story, by those who forgot the essence of the story and by those who live yet to listen to their inner voice that they are indeed with their corn.

Robocop?Ape dah jadi?


blog buih

Masa kat US ada banyak orang jahat dia nak tangkap..semenjak dia gi Jepun ni, dah takde job la..kena jual ayam goreng je...

bak kata encik shaq, sebenarnya ini adalah di Korea. Aku tak tau beza.Sebab dulu masa kat sekolah dulu, aku belajar French.

Oulalala c'est complique..

Matematikelakar.



blog buih

Aku tergelak sekejap.
Aku meminta bantuan kawan2 untuk menyelesaikan masalah matematik mudah.
Berikut jawapan mereka berdua.

Buih: aku ade masalah matematik ah
Buih : tapi confirm kau bukan orang yang sesuai untuk aku tanye kan?
Kaka: haahha
Kaka: cuba la..mana tau bleh tolong
Buih: X + (X5%) = 4000
Buih: berapakah X?
Kaka: hahahha
Kaka: pass!
Kaka: haaaa aku tau..X men
Buih: bodoh
Kaka: hhahaha
Buih: ni jawapan dia
Buih: Buih: X + (X5%) = 4000
Buih: berapakah X?
Sharma: X + 0.05X = 4000?
Sharma: okeh
Sharma: sat
Sharma: X + 0.05X = 4000
Sharma: 1.05X = 4000
Sharma: therefore X = 3809.52381
Buih: oh sangat balak kau ini
Sharma: alamak kang aku blushing pink mcm babi dowh
Kaka: perkkk
Kaka: gilaaaa

Kesimpulannya, Kalau orang cakap dia main macam Kaka, jangan percaya. Dan jangan puji orang berkulit putih, nanti dia blush pink cam babi.

5.1.09

Tahun 1994.


blog buih

mana aku?

4.1.09

Dari seorang putera yang tampan, sekarang aku hanya mahu jadi katak semula...

Party Headgear@ Rumah Gel
blog buih

Ribbit! Ribbit!

Aku mahu menjadi katak. Ini semua salah sebuah syarikat bernama Biz-Suria Management (M) Sdn Bhd. Sepucuk surat merah jambu menghiasi meja tempat letak surat di tepi pintu kayu. Pintu kayu jati yang sudah berdiri selama lebih 20 tahun itu menjadi saksi muka terkejut aku.

Aku berhutang dengan Maxis sebanyak RM503.45 . Alamat rumah, Nama penuh dan No IC ku tepat terpampang di muka surat. Namun, nombor telefon itu terlalu ganjil bagi ku. Aku tak pernah ada nombor telepon sebegitu. Aku makin hanyut dalam kebingungan. "Bagaimana boleh jadi begini?"

Lalu aku ubati luka ini dengan menyanyi lagu Touch My Body bersama2 Mariah Carey. Namun fikiranku pulang semula ke surat pink yang kini sedang terbaring di atas meja belajar dibiliku.

Aku tak sangka Identiti aku di curi. Seronok sangat ke jadi aku? Kalau pakai nama dan alamat aku boleh jadi cool cam aku ke?

Di saat ribuan persoalan menerjah masuk ke dalam ruang fikiranku, aku kembali teringat saat itu, di tepi kolam ikan koi Gel. Aku lebih bahagia menjadi katak itu dari putera setampan ini.

Toss this salad.

Salad Total Fc.

blog buih

Semalam malam, sewaktu party headgear di rumah Gel, saya telah ditugaskan untuk membawa salad. Selaku AJK makanan berkhasiat, saya telah pun pergi ke Carefour bersama Zano untuk membeli bahan2 untuk membuat Salad Total FC ini.

Bahan2 nya :

Sebungkus Kentang Holland yang kecil2.
Sepaket Lobak Merah hidroponik bersaiz sederhana.
Sekotak sayur coral salad hijau.
Sebiji Bawang besar.
100 gram Walnut yang dibakar
100 gram kismis kuning
1 ekor ayam bakar berperisa black pepper.
Sepotong broccoli bersaiz sederhana.
Dua batang Timun.
Sebotol Mayonaize rendah lemak
Sepaket Keju campuran rendah lemak yang di import dari ladang tenusu si Switzerland.
sedikit garam penambah perisa.

Cara2 menyediakannya.

Kentang direbus selama lebih kurang 20 minit. Sementara itu, tuan puan boleh mengukus lobak merah dan brocoli sehingga menjadi lembut dalam 20 minit juga. Sementara menunggu sayuran itu masak, racik2 daging ayam tersebut, pisahkan bahagian tulang dan asingkan dagingnya.

Potong timun dan campurkan sayur salad kedalam sebuah mangkuk. Setelah sayuran2 tadi masak, rendam kesemuanya kedalam air sejuk. Apabila telah sejuk, campurkan kesemuanya kedalam mangkuk tadi dan gaulkan bersama lebih kurang 3 sudu mayonais. Campurkan garam secukup rasa. Kacau hingga rata.

Kemudian, masukkan hirisan daging ayam tadi. Gaulkan kesemua salad tadi bersama kacang walnut dan kismis kuning.

Rapikan hidangan anda dengan hirisan bawang dan taburan keju yang diimport dari benua Eropah. Jemput kawan2 anda makan.

3.1.09

Kepuasan sementara atau hakiki?

gambar hiasan
blog buih

Sebuah lirik dari Project Pop ada mengatakan tentang isu kemarahan.

Lo klo mencak-mencak mencak kayak kocak
Lo klo mencak-mencak mencak kayak cicak
Maca githu aja kamu kok bolo kokok
Kamu yang gitu aku jadi bolo kokok

Napa mestinya mata melotot nge nge nge eh biasa aja dong
Ga usah pake otot
Napa mestinya lotot lotot wee wee wee eh biasa aja tahu
Ga usah pake otot

Maramaramara itu ga perlu udahan marahnya
Cepetan dong cepetan dong...
Maramaramara itu ga perlu udahan marahnya
Cepetan dong cepetan dong...


Mesej yang disampaikan lagu ini mudah. Namun cara penyampaiannya dalam gaya jenaka kadang-kala membuatkan kita terlepas pandang mesej tersirat di sebalik lagu tersebut.Dewasa ini juga kelihatan banyak kejadian dimana mesej tersirat diabaikan demi untuk memuaskan nafsu dendam amarah yang membuak2. Walaupun nyatanya, kaedah "quick fix" ini lebih membawa mudarat berbanding kebaikan bersama.

Tiada contoh yang lebih ketara dari pengabaian hak asasi manusia yang dicabuli rejim Zionis di semenanjung Gaza. Atau mungkin ada contoh yang lebih dekat kepada kita semua. Tapi seperti biasa, kita abaikan untuk sesuatu yang lebih memuaskan.

Satu jalan mudah untuk menghapuskan tabiat buruk ini adalah dengan mengamalkan teknik "self reflection" ke atas setiap keadaan. Berdasarkan teknik ini, setiap individu harus lah berupaya merujuk pada kelemahan dan kesalahan diri sendiri sebelum memarahi semua orang disekelilingnya. Pada dasarnya, jika setiap orang berubah kepada positif, keseluruhannya akan mengalami anjakan ke arah yang lebih positif.

Jika diaplikasikan keadaan ini ke kegawatan di Palestin, tentu sekali pemimpin Israel harus sedar jika setiap negara di dunia telah mengadakan tunjuk perasaan ke atas kezalimannya, tentu tidak wajar jika dia ingin memarahi kesemua negara tersebut. Sebaiknya, beliau harus sedar sendiri akan sebab2 semua tindakan negatif ini terjadi kepadanya. Namun, nampaknya pada masa ini rejim Israel ini hanya akan membuat tindakan terburu2 dan tanpa berfikir panjang untuk menyakitkan rakyat2 tidak bersalah demi untuk mendapatkan kepuasan sementara.

Jadi, dengarlah lagu Project Pop berjudul Jangan Ganggu ini sebagai pedoman kepada semua yang suka menggangu keamanan.



Seperti biasa, mesej tersirat blog ini akan terlepas begitu sahaja.

2.1.09

Pertarungan badminton untuk hak berlagak setahun.

.Pemain berwajah kepetakan2 ini berasal dari Subang Jaya. Semenjak dari kecil beliau sudah berkecimpung di dalam arena Ping Pong. Ekoran tekanan akibat prestasi kawan2 semakin hebat bermain Ping Pong, Beliau juga pernah menipu kawan2 yang ingin bermain Ping Pong di rumah beliau dengan mengatakan bahawa Table Ping Pong itu ada di UM. Pemain ini mempunyai skil yang baik di dalam bidan PR. Wakil Public Relations Total FC ini juga gemar berbasikal. Namun setiap kali dia berbasikal, hujan akan turun dan kawan2 nya yang berkereta terpaksa mengangkut dia dan basikalnya sekali

Ini pula adalah Wira Tangkis dari kawasan Kajang. Sepanjang penglibatan beliau di dalam arena Badminton ini, beliau telah mendapat rekod kemenangan bersih ekoran tektik busuk "cepat2-book-Aled-jadi-partner" beliau. Hal ini terbukti apabila setiap kali malam badminton sahaja dia akan menjemput Aled dahulu. Pemain yang berwajah seperti "Abang Gatal" ini juga gemar tidur ketika menjaga gawang gol, bergelak tidak kena tempat dan yang selebihnya, "ada hal sikit".
(Hal ape? Itu saya tak tau -pengarang)

Perlawanan yang julung2 diadakan ini berlangsung setelah lebih kurang 4 set double. Pada masa itu, kedua2 pemain sudah pun memanaskan badan dengan cukup.

Pada malam itu, perlawanan hanyalah satu set. Hanya satu set yang akan menentukan siapa yang bakal merangkul kejuaraan yang berprestij ini. Perlawanan bermula dengan baik. Berselang seli mata di pungut oleh setiap pemain ekoran kesilapan mudah yang dilakukan oleh pihak lawan.

Amad turut mendahului Shahir hampir 8 mata. Pada masa itu sudah pun kelihatan riak wajah bongkak. Yang Petak sudah hampir kelihatan seperti Octagon. Bersisi2.

Shahir sudah pun nampak lemas di dalam kawalan kemas dari Amad. Namun, semangat juang yang utuh dan sifat "tidak mudah emo" telah memudahkan Shahir mengejar semula.

Apabila Shahir mencecah angka 15, tiba2 kelihatan kelesuan Amad yang ketara. Setiap bola dipulangkan dengan pukulan lemah dan banyak "mistake" budak hingusan yang dilakukan.

Akhirnya, Shahir berjaya menumpaskan amad dengan sebuah smash kencang ke tempat kosong pihak lawan. Sambutan bermakna dari Shahir menggamit court 6 di RSGC semalam.

Amad akur menerima kekalahan di tangan pemain yang lebih banyak pengalaman dan mempunyai kekuatan mental yang tinggi.
blog buih

1.1.09

7 pictures from last night's BBQ.








blog buih

Tak banyak bezanya dengan 2008. Tapi inilah antara muka2 pertama yang aku lihat ketika aku mula melangkah ke alam 2009.

Yang lebih penting dari itu, kebanyakannya adalah yang sama sejak dari tahun 2000 lagi.

Semalam aku tetiba suka pakai B&W dynamic.