27.1.09

4 hari bangun pagi untuk membawa rezeki masuk.

blog buih

Aku sedang duduk di celah2 semak. Di antara timbunan baju2, celana panjang dan pendek, jeans dan seluar jogging. Di bawah longgokan kasut2 futsal, kasut badminton dan sepatu2 yang digunakan untuk bersiar2 pada hari libur.

Aku tidak mahu mengemas pada hari Tahun Baru Cina ini. Kata orang ia akan membuang rezeki2 yang ada rumah. Jauh di dalam lubuk hati, "Malas Ah!" menjerit setiap kali aku memikirkan kesemakan ini.

Tapi aku bangga dengan 4 hari yang lepas ni. Aku bangga kerana aku tidak membazirkan waktu pagi dengan tidur. Setiap hari aku pergi makan sarapan pagi dengan kawan2. "Sarapan Boys!" itu pesanan SMS yang aku hantar setiap pagi lebih kurang jam 9.30.

Hari ini, aku makan di Restoran Desa. Makanan kegemaran di sini adalah roti canainya. Lembut. Sambal yang dihidangkan juga lebih enak dari sambal2 di restoran mamak yang lain.

Hari ini aku berjalan ke sana kerana teman berjalan aku sudah pulang dari Miri.

Esok, sudah mula bekerja. Aku terasa letih dan penat memikirkan hari esok.

"Argghh, kenapalah aku bangun awal hari2!"

2 comments: