24.1.09

Cincin belah rotan.

Seawal pukul 7 aku sudah berjaga. Aku ingin keluar membeli sarapan. Pakcik dan Makcik akan sampai ke rumah sebentar lagi. Mereka akan pergi sebagai rombongan melamar dan juga bertunang. Aku hanya duduk di rumah, tapi tidak mahu ketinggalan dari kemeriahan majlis kecil ini.
Aku masih tidak faham kenapa cincin itu dipanggil belah rotan. Mungkin sebab aku kerana belum pernah membelah rotan atau mungkin aku tersalah dengar. Mungkin nama cincin itu, Cincin belah Rota. Rota macam yang selalu dibeli kat 7-11 tu. Aku makin confuse.

Tepak sirih menjadi simbol adat melayu. Disebalik keayuan susunan dan tradisi berabad ini, aku masih ingat sebuah artikel yang pernah aku baca tentang kegunaan adat ini di dalam kalangan masyarakat melayu.

Ni cokelat Patchi. Terliur la jugak tengok cokelat tu bergelempingan. Aku cuba menggapai sebutir. Tangan ku dihalang. "Nanti amik satu, pastu lagi satu, nanti abih..."
Bekas buah-buahan menjadi simbol kelaparan. Eh! entahlah..Mungkin juga kerana tak tahu apa lagi nak bagi, makcik2 telah decide untuk memberi buah-buahan. Ni pun tak sempat nak makan, tapi tak sesedih tak dapat makan yang seterusnya.
Ini yang paling menyedihkan bila tak dapat makan. Ni kek with Hard Icing. Nampak cantik sangat. Kalau makan mesti pun mesti sedap. Tapi takpe, aku tengok je dan ambil gambar2 kenangan.
Finally, ni lah cincin belah rotan. Cincin belah rotan diletakkan atas cangle holder berbunga ros. Cincin ini istimewa kerana ia adalah cincin nenek. Aku suka decoration dulang cincin ni. Sampai kat atas dulang tu, ada potongan bunga cempaka yang dipetik dari Tanjung Keling@ Melaka dan hirisan daun pandan dari belakang rumah.

Aku sebagai in house camera man, cuba menangkap gambar macam Laurence Kim.
blog buih

1 comment: