3.1.09

Kepuasan sementara atau hakiki?

gambar hiasan
blog buih

Sebuah lirik dari Project Pop ada mengatakan tentang isu kemarahan.

Lo klo mencak-mencak mencak kayak kocak
Lo klo mencak-mencak mencak kayak cicak
Maca githu aja kamu kok bolo kokok
Kamu yang gitu aku jadi bolo kokok

Napa mestinya mata melotot nge nge nge eh biasa aja dong
Ga usah pake otot
Napa mestinya lotot lotot wee wee wee eh biasa aja tahu
Ga usah pake otot

Maramaramara itu ga perlu udahan marahnya
Cepetan dong cepetan dong...
Maramaramara itu ga perlu udahan marahnya
Cepetan dong cepetan dong...


Mesej yang disampaikan lagu ini mudah. Namun cara penyampaiannya dalam gaya jenaka kadang-kala membuatkan kita terlepas pandang mesej tersirat di sebalik lagu tersebut.Dewasa ini juga kelihatan banyak kejadian dimana mesej tersirat diabaikan demi untuk memuaskan nafsu dendam amarah yang membuak2. Walaupun nyatanya, kaedah "quick fix" ini lebih membawa mudarat berbanding kebaikan bersama.

Tiada contoh yang lebih ketara dari pengabaian hak asasi manusia yang dicabuli rejim Zionis di semenanjung Gaza. Atau mungkin ada contoh yang lebih dekat kepada kita semua. Tapi seperti biasa, kita abaikan untuk sesuatu yang lebih memuaskan.

Satu jalan mudah untuk menghapuskan tabiat buruk ini adalah dengan mengamalkan teknik "self reflection" ke atas setiap keadaan. Berdasarkan teknik ini, setiap individu harus lah berupaya merujuk pada kelemahan dan kesalahan diri sendiri sebelum memarahi semua orang disekelilingnya. Pada dasarnya, jika setiap orang berubah kepada positif, keseluruhannya akan mengalami anjakan ke arah yang lebih positif.

Jika diaplikasikan keadaan ini ke kegawatan di Palestin, tentu sekali pemimpin Israel harus sedar jika setiap negara di dunia telah mengadakan tunjuk perasaan ke atas kezalimannya, tentu tidak wajar jika dia ingin memarahi kesemua negara tersebut. Sebaiknya, beliau harus sedar sendiri akan sebab2 semua tindakan negatif ini terjadi kepadanya. Namun, nampaknya pada masa ini rejim Israel ini hanya akan membuat tindakan terburu2 dan tanpa berfikir panjang untuk menyakitkan rakyat2 tidak bersalah demi untuk mendapatkan kepuasan sementara.

Jadi, dengarlah lagu Project Pop berjudul Jangan Ganggu ini sebagai pedoman kepada semua yang suka menggangu keamanan.



Seperti biasa, mesej tersirat blog ini akan terlepas begitu sahaja.

2 comments:

  1. Kalau tidak di amati dan dihalusi memang mudah terlepas pandang.

    Saya setuju benar dgn kata-kata tuan

    ReplyDelete
  2. aku mmg suka lagu jgn ganggu!

    dan ya.mesej tersirat blog ini terlepas begitu saja!hehehe!

    ReplyDelete