7.1.09

My favorite bedtime story.


Pernah suatu masa dahulu aku mendengar cerita ini.
Cerita tentang seorang gadis yang ingin belajar tentang erti kehidupan. Dia merantau jauh mencari cendiakawan untuk membantunya faham.
Lalu bertemulah gadis itu dengan seorang yang cerdik. Tanpa membuang waktu, dia bertanya pada orang itu.
"Pakcik, bagaimana saya mahu tahu jika saya telah bertemu dengan orang yang terbaik untuk saya?" soal gadis itu.
Lalu pakcik itu mengarahkan si gadis itu pergi memetik sebiji jagung di dalam kawasan ladang jagun yang luas terbentang.
"Cuma satu syaratnya, tidak boleh berpatah balik sehingga ke sempadan ladang dan hanya satu jagung yang terbaik yang boleh diambil" kata pakcik itu.
Lalu bergegas la gadis itu mencari jagung yang terbaik untuk dirinya. Setiap kali dia berhenti setelah melihat sebiji jagung, ada sahaja kecacatan pada jagung itu. Ada yang sudah terlalu tua, ada yang muda dan berbagai lagi.Dia terus berjalan dengan harapan ada jagung yang lebih baik menunggunya di hadapan nanti. Sehinggalah dia sampai ke penghujung ladang. Tidak ada satu jagung pun ditangannya.
Fahamlah si gadis itu, akan peluangnya yang terlepas akibat terlalu memikirkan tentang jagung2 yang lebih baik jika ia terus berjalan sedangkan dia sudah pun terjumpa jagung2 yang cukup baik bagi dirinya.

blog buih

I was bitten.By the story, by those who forgot the essence of the story and by those who live yet to listen to their inner voice that they are indeed with their corn.

2 comments: