11.1.09

Terima kasih atas Babi yang anda berikan....(Ape kejadahnye ini?)


blog buih

Ini adalah seorang teman baik aku yang ada hobi baru. Hobinya adalah berbasikal. Ke mana sahaja dia berbasikal sekarang ini. Tadi ketika ramai2 pergi tengok bola, dia turun secara mengejut dengan basikalnya. Mungkin dia terasa seperti Dave Mirra.

Mungkin juga kerana tempat yang kami kunjungi untuk menonton bola di penuhi bohsia2 yang berpakaian se"dugem" abih. Tapi takde duit untuk ke kelab malam. Jadi minum di restoran saje la.Tapi mungkin dia tidak akan dapat mengangkut gadis2 itu pulang. Bukan kerana dia tak tampan, tapi sebab dia belum beli "GT" maka tak dapat la nak "carry" sape2.

Namun, dia berdepan dengan sebuah masalah. Banyak anjing yang berkeliaran di sekitar Subang yang bagaikan mahu meratah daging empuknye. Terutama sekali di bahagian belakang badannya. Kalau di pasar, ia sering di sebut "batang pinang".

Apabila perlawanan tamat, kami pulang. Kesemuanya pulang dengan kereta. Dia terus ke basikalnya selepas kami mengucapkan selamat tinggal.

Siapa sangka, kami bertemu lagi di hadapan BP di kawasan SS14. Dia sedang mengayuh dengan kelajuan yang agak memberangsangkan. Tiada sedikit pun kerutan diwajahnya yang membayangkan kepenatan. Kayuhan makin diperkemaskan. Basikal hitam itu terus meluncur laju.

"Woof! Woof!" Aku menyalak sekuat mungkin ketika aku lalu disebelahnya.

"Babiiii...." dengan spontan dia melatah.

Buat pertama kali, apabila dia sudah memastikan suara salakan itu, terpancar sinar kegembiraan kerana ia adalah aku.

Jantungnya tentu berdegup kencang. Lalu basikal dipacu dengan lebih deras. Tentu dia tidak mengantuk bila dia sampai di rumah dan apabila dia membuka blog ini, aku ucapkan...

"Terima kasih ke atas Babi yang anda berikan"


ed: huahuahua...nakal ah....

3 comments:

  1. Babi! terima kasih juga kerana sokongan anda selami ini, aku pasti ko mesti round2 tunggu ak nk cross bulatan tu kan! hehe.. marilah wei! kite start GanGBuSsykal lak!

    ReplyDelete
  2. tak, aku tak round2 situ carik kau..keji gile...

    real man run.

    ReplyDelete
  3. he's going for distance, he's going for speed!

    ReplyDelete