31.12.08

Epitome of Stupidity

blog buih



Para pembaca, jangan jawab soalan macam ni, please.

30.12.08

The 7 Things Tag.


Pee, tag aku lagi. Aku dapat rasakan dia makin asyik main tag2 ni. Mungkin dengan men "tag" aku, dia rasa dia dapat respon yang baik bila aku jawab, macam bila kita senyum kat awek pastu dia senyum balik. Tapi kadang2 awek tu senyum sebab kesian.
blog buih

7 ciri pasangan Idaman Anda : (in this particuliar order)
•funny
•loving
•faithful
•cute
•easy going
•likes music
•smart


7 jenis pasangan Yang Tak Pernah Anda Minati Sepanjang Hidup :
•yang tidak jujur
•yang tidur dengan kawan baik saya (tidur yang tak lelap mata punya)
•yang lawak dia bodoh
•yang rasa dia cantik
•yang tahu dia cantik lalu berperangai buruk
•yang busuk
•yang minat Liverpool.


7 Perasaan Anda Sekiranya Keluar Dengan Orang Yang Minati :
•gembira
•berada di awangan
•rasa riak takbur kepada brader2 meja sebelah.
•rasa eksyen pada awek2 yang dulu konon tak nak keluar ngan aku
•ingin tergelak
•terasa macam Cam Gigandet tapi dalam citer Never Back Down.
•rakus.


7 Tempat Istimewa Yang Ingin Dilawati Bersama Pasangan Anda :(in this order)
•Darussalam
•Sulaiman@ Uptown
•Rumah (masa orang ade kat rumah)
•Rumah (masa orang takde kat rumah)
•Rumah kat PD
•Mana2 asal kan bawak keta Myvi
•Rumah nenek.


7 Barangan/Sesuatu Istimewa Yang Akan Anda Hadiahkan Kepada Si Dia :
kasut
tas tangan
jam
kereta
Rantai
Cincin
•me!


7 Tajuk Lagu Yang Akan Anda Nyanyikan Untuk Pasangan Anda :
•Whatever you like - T.I


•She's so hot - Flight of the Conchords


•Bukan Superstar - Project Pop


•Grow Old With You - Adam Sandler


•Baby I love you - First Lady


•Kangen - Maliq n d'essentials


•My Everything - Barry White


7 Rakan Yang Anda Tag Dan Mahu Mereka Buat 7 PERIHAL Ini :
Tak kisah ah sape2. Kecuali Mak Buyung!.

Aku telah di Tag

Aku telah di Tag oleh Pee. Dia ingat aku ni rakan Tag Team dia kot. Tapi takpe. aku cuba jawab.
blog buih

1. Senaraikan 10 perkara ttg org yg tag kamu
- Kawan lama yang aku kenal dari Pez. Sekarang Pez dah macam tak kenal kitorg, so aku kawan ngan pee je.
- Peminat muzik keras.
- Fasih dalam muzik lembut juga. Seperti Maxwell.
- suka Spurs. Macam Shebby.
- Sudah Berkahwin.
- Belum mempunyai anak.
- Suka Carls Junior
- Kuat mencarut.
- Selalu menjadi mangsa luahan kata2 manis aku.
- Aku bagi dia CD White Shoes & The Couple band baru2 ni.

2. Tuliskan novel kegemaran kamu
Novel? ada banyak. Koleksi2 John Grisham aku minat dari dulu lagi. Namun dewasa ini, semenjak aku terbaca novel karya Carl Hiaasen yang dibeli di kedai murahan, RM10 kot. aku dah berubah kepada Novel2 Carl Hiaasen. Ini adalah kerana watak2 dalam cerita beliau menarik dan tak sebosan cerita2 yang biasa terdampar di rak2 buku MPH. Namun sekarang, aku sedang berusaha menghabiskan Tetralogi Laskar Pelangi karangan Andrea Hirata.

3. Listkan 5 bende yang kamu sayang (bukan org)
a) LX3
b) Bass TRB1005
c) Kasut2 aku.
d) Kereta Myvi Hitam aku.
e) Blog ini.

4. Who I want to tag
Sasha & Beeps.

29.12.08

Eksesais untuk tahun hadapan.

"Ini Hugh Hefner dan Dasha, girlfriend barunya. Anda mahu jadi sepertinya?"
blog buih

Lagi beberapa hari, Tahun 2009 akan kunjung tiba. Untuk tahun hadapan ini, tentu ramai kawan2 aku yang akan eksesais dengan lebih hebat akibat kebuncitan ekoran berkawan dengan aku.

Malam tadi. Aku dikejutkan suara aneh. Semasa aku sedang tidur. Suaranya buruk, dia memanggil "banglong!" aku terjaga. Selepas itu seluruh badan menjadi seram sejuk. Aku tak berani tidur. Dalam keadaan panik, aku bertemankan google untuk menghalau anasir jahat itu. Lantaran dari itu, aku persembahkan sebuah eksesais sebagai pedoman pada kawan2 ku.

Nama eksesais yang amat mudah ini adalah eksesais Kegel. Eksesais ini memanipulasi otot2 pubococcygeus (PC). Otot PC mengawal air mani dan kencing, kekerasan zakar dan kekuatan pancutan air mani. Tambahan lagi, eksesais mudah ini boleh dilakukan dimana sahaja kerana tiada orang akan mengetahuinya.

Ha! menarik kan?aku tahu ramai yang teruja dengan eksesais ini, sila baca lanjutannya.

Lokasi Otot PC ini agak sukar untuk dicarik jika anda tidak pernah sedar akan kehadirannya. Teknik mudah untuk mencari Otot PC adalah ketika anda menahan aliran air kencing. Itu adalah otot PC. Teknik yang lagi satu, lebih menggelikan. Jadi aku cadangkan guna teknik pertama tu je.

Sesi Eksesais Kegel.
* semua latihan otot Kegel adalah tanpa menggunakan tangan.

Sesi 1
Eksesais A
Sets: 3
Tahan dan lepaskan Otot PC anda secepat mungkin untuk 10 saat

ambil masa rehat 10 saat di antara setiap set.

Eksesais B
Sets: 10
Tahan dan lepaskan Otot PC anda secepat mungkin untuk 5 saat

ambil masa rehat 5 saat di antara setiap set.

Exercise C
Sets: 3
Tahan Otot PC anda selama 30 saat

ambil masa rehat 30 saat di antara setiap set.

Sesi 2
Exercise A
Sets: 10
Tahan Otot PC anda selama 5 saat

Lepaskan dan ulang semula.

Exercise B
Sets: 3
Tahan dan lepaskan Otot PC anda secepat mungkin untuk 10 saat

Exercise C
Sets: 3
Berselang seli, ketatkan otot PC pada masa yang panjang dan pendek dalam kiraan 10 saat.

Exercise D
Sets: 1
Ketatkan otot PC anda selama boleh. Dalam lingkungan 2 minit.

Sesi 3
Exercise A
Sets: 30 (boleh di lakukan hingga 100)
Ketatkan dan lepaskan otot PC anda.

Exercise B
Sets: 5
Ketatkan Otot PC anda sekuat mungkin (Pastikan hanya menggunakan otot2 PC sahaja).

Tahan untuk 20 saat.

ambil tempoh rehat 30 saat diantara setiap set.

Sesi 4
Exercise A
Sets: Sebanyak mana yang anda mampu.
Ketatkan dan lepaskan otot PC anda selama 2 minit setiap hari.

Ulang eksesais ini setiap hari hingga anda boleh melakukannya pada kadar 20 minit, 3 kali sehari -- pada kadar ini, anda boleh mengulangi eksesais ini 200 kali setiap set.

* Jangan terlebih eksesais.Pastikan anda menggunakan otot yang betul ketika melakukan eksesais ini. Jika penat, rehat. Otot2 yang lain, yang lebih besar boleh cedera. Kalau otot ini cedera, lagi parah kot.

Selamat mencuba. Sekurang2 nya sekarang, ada sebuah tip berguna untuk semua orang bawa ke tahun hadapan.

Artikel di alih bahasa dari artikel Mr David Strovny.

Siri saiko Tokya sampai balik - Ayam Tandoori@ Hakim.

"Kitorang nak pergi Hakim Seksyen 7" kata LL Cool J.
"Tolong la amik aku, aku tak larat ni..baru lepas main bola"Ujar aku kepenatan.
"Tak dapat, kereta dah penuh" Katanya.

selepas 5 minit.
"Ok, standby. Aku drop basikal aku kat rumah kau" Suara LL Cool J berkumandang di corong telefon.

Aku tak tau kenapa die mahu membawa basikal anak buahnya itu kemana2. Mungkin itu "ghetto" kot. Bawak basikal BMX kemana2.
Ini lah makanan yang kami order setibanya di sana. Enak. Ayam tandoori di Hakim mempunyai rasa yang menarik berbanding Ayam2 tandoori di tempat lain. Ayam nya basah2 sedikit. Lebih ke arah ayam di Green Elephant berbanding ayam di Darussalam. Tapi kepuasannya lebih.
Ayam yang lazat ini mesti lah dipadankan dengan roti naan. Terdapat dua jenis roti naan yang menarik untuk dimakan bersama Ayam ini.
Ini Cheese Naan. Amad a.k.a LL Cool J makan cheese naan.
Aku makan ini. Garlic naan. Pada aku garlic naan lebih enak kerana ia menaikkan rasa ayam yang enak dan pedas.

Sajian enak ini, lebih enak dimakan jika ditemani kawan2 baik semasa sedang menonton bola sepak.
blog buih

28.12.08

Hujung minggu krismas yang amat menarik.

Cuti hari isnin melengkapkan cuti yang amat panjang. Bermula dengan krismas pada hari Khamis. Hingga semalam, nampaknya semua orang sudah terlalu sangap. Kawan2 aku lantas mengajak aku berjalan2. Dengan menaiki kereta "naik bukit" Xul, kami lantas bergerak.
Ni masa jalan2 kat The Curve. Tiket Yes Man dah habis. Jadi terpaksa la berjalan2. Nak carik port minum. Tapi semua nampak sangap.
Ni pula bola2 kecil yang digabung2 untuk menjadi hiasan tahap "gargantuan". Kalau diperhatikan dekat2, kelihatan xul sedang menempek di tepi aku.
Cantik pokok ni. Oleh kerana kami masih kekenyangan setelah makan dengan banyaknya di Uptown, kami pause sekejap di sini. Lagipun di tepi2 tangga depan cineleisure ni ade banyak awek2 sedang lepak sambil pau rokok balak. Sesuai untuk di lihat2.
Ini atap Cineleisure. Gambar diambil ketika sedang sangap menunggu kawan2 meninjau2 kereta Mazda di kawasan concourse. Saya tak tengok sebab duit dalam poket ade RM73 sahaja.
Ni gambar "the Street" dari atas. Hujung minggu ini, kawasan ini amat cantik. Lebih cantik dari hari2 biasa. Penjaga kedai Puma di Sunway juga amat cantik. Cantik dari penjaga2 kedai biasa.
Gambar ini diambil sebagai tanda protes kepada kehabisan tiket di Cineleisure. Akibat dari itu, kami terpaksa ke Cloth & Clef. Di sana jumpa kawan2 yang separa sedar. Tapi macam malas nak lepak, terus pulang selepas itu.
Tahun depan aku nak jadi sehebat Po!
blog buih

26.12.08

Selamat Pengantin Baru: Gel & Eza.


blog buih

Kalau hari lain, gambar ni misti masuk segmen "ape kejadahnya ini?" Tapi hari ini amat istimewa kerana adalah hari Gel menamatkan zaman bujangnya.

Gel, Sharkpitt and I have been close friends since we were little boys. Partly due to the fact that we live nearby compared to most of our school friends. We like to go to his house to play Micro Genius then Sega then Nintendo then Playstation then Playstation 2. After we graduated from consoles, we went on to hang out playing guitars, watching DVDs and browsing FHMs/Maxims.

From Primary school, we went on to boarding school together.

Then we had access to cars. We drove and boy, did we drive. We roamed the streets every night.

I wish you all the best on this journey.

Congratulations.

* berpuluh2 tahun dulu, kami bertiga ada membuat satu pertaruhan. Aku menang.


Sambutan kecil-kecilan
Kami yang berada jauh di tanah air juga turut merasakan kemeriahan termeterainya hubungan di antara kedua mempelai dengan mengadakan sedikit upacara makan2.

Makan malam yang enak di Le Gourmet ini turut diiringi nyanyian merdu dari sebuah kumpulan Filipino.

Most eligible (old)man in Perlis
Salah seorang lagi kawan dari kecik2 yang rilek je malukan aku kat "kari" lama pengantin.
Pasangan menunggu anak keluar.
Jacket baru.
Para hadirin mahu pulang.

Oleh kerana pengantin jauh di perantauan, kami terpaksa la membayar sendiri. Diharap agar pengantin boleh pulang segera kerana di kedai itu tidak disediakan nasi minyak. Saya hanya makan salad dengan ikan salmon.

Upacara meriah dan penuh gelak ketawa itu julung2 kali diadakan kerana biasanya pengantin pun mesti ah ade kat situ. Ni saya sms pengantin pun tak balas. Mungkin tengah "nervous".

Sekian.

25.12.08

Aku dan Azam.

gambar hiasanblog buih

Penat.

Perkataan pertama yang muncul di kepala aku apabila aku dapat duduk di atas kerusi kulit yang empuk ini. Kerusi ini sesuai untuk digunakan sebagai tempat "ritual".

Butiran peluh masih lagi membasahi badan aku. Nafas ku masih termengah2. Aku baru pulang dari berjogging. Haha!. Hari ni, disebabkan cuti, perjalanan aku agak jauh, dari rumah aku berjogging sampai ke Darus. Makan yoghurt. Minum Teh O panas kosong. Kemudian jogging semula ke rumah.

Tadi aku terima email dari Fiona. "Great, come and join our class every Tuesday at 815pm."

Empat buku menjadi tunjang kepada tetralogi Laskar Pelangi ada di depanku. Aku mahu habiskan semuanya. Kemudian baru aku sambung Document of Destiny.

Aku pandang bass yang terletak di tepi ku. Aku pandang ke tempat Keyboard. Aku tiada keyboard. Aku nak belajar main Karma Police di keyboard. Kalau tak pun Golden Skans "OOEEUUEEUUUEEUUU AAAA"

Almari atau gobok aku melimpah. Macam tanah runtuh. Sekarang lagi banyak baju diluar almari dari di dalam almari. Aku hendak bagi baju aku kat orang. Atau kat Tokya. Mungkin juga boleh jual baju itu. Aku nak kurangkan baju.

Hari2 aku fikirkan apa yang nak dimuatkan di dalam blog buih ini. Aku mahu material yang lebih ilmiah selepas ini. "Ok la, tipu la kalau aku tulis jadi ilmiah."

At least, informative enough to benefit my readers.


Peluh masih belum kering.

Colin Greenwood tak seterror Peter Hook

Selamat menyambut 2009 bubbye 2008.

24.12.08

Ho Ho Ho

blog buih

Merry Xmas and Happy Holidays.
Posted by Picasa

Aku dan 45 gadis.

"Ada 45 orang gadis menunggu kau di Sunway Pyramid" sempoi je ayat yang diberi oleh Abang Ular. Aku jadi tidak menentu.

Lalu aku pergi.

"Patut aku suruh Arep datang, tapi die takde keta, so aku suruh ah kau datang" Ujar Abang Ular setelah aku berjumpa dengan dia. Barisan 45 gadis dari berbagai negara sedang memperagakan barangan kemas Poh Kong.

"Yang mana paling cun?"
"Miss Paraguay"

Memang hebat Abang Ular. Miss Paraguay juga turut memenangi Miss Tourism 2008.
edit: Miss Paraguay menang Miss Poh Kong. ( as per comment)
Ini Burger Teriyaki dari Carls Jr. Mulanya ketika melihat para peragawati, aku sedang lapar. Ikutkan hati aku mahu baham mereka semua. Selepas menikmati hidangan ini, rasa lapar hilang dan aku juga tidak mahu makan mereka semua lagi.
Teori Buih: Lelaki lapar akan menjadi gatal. Bagi laki anda makan secukupnya.
Ni Lidah Pee. Dia sedang membaham Burger Guacamole. Dia suka Miss Russia.
"Ropizan, you've been a bad boy..." Ujar Miss Russia dalam khayalan liarnya.
Mungking dia sedang membayangkan Burger itu Miss Russia.
Ini burger. Di belakang burger terdapat seorang mastermind tahap T-Bag.
"Kita kena ajak diorg, time diorg tgh 'In Between'...masa tengah bergerak" Katanya untuk menyusun serangan.
"aku nak jadi macam Preston, bawak kamera je...mana pelakon aku?"

to Abang Rambut Kejung dan Abang Patah Kaki Takde Kereta, "I wish you were here"
blog buih

23.12.08

Bila Travis Barker dan Shanna Moakler minum Kopi Reggae


blog buih

Gabungan dua perkataan ini masih belum dapat diterjemahkan. Dalam keadaan individunya, kopi adalah minuman yang amat aku suka dan reggae adalah muzik yang akan mengingatkan aku pada Bob Marley. Tapi bila dua patah perkataan ini digabungkan, ia adalah sebuah minumam yang diamalkan maknyah di celahan lorong2 suram.

Pagi tadi aku jalan2(a.k.a jogging) ngan sharkpitt. Kami pusing2 kawasan berbukit bukau di perumahan kami yang amat indah dan nyaman selama setengah jam. Berpeluh2 juga. Apabila sampai dirumah, saya terasa segar. Tidak perlu Kopi Reggae pun. Shaq bagaimana pula? Peningkah?

Tapi mungkin juga kopi reggae ini boleh dinikmati oleh isu2 disekeliling kita. Maksudnya, isu yang terus dibakar semarak candu yang memberikan impak negatif pada keadaan sekeliling.

Jadi, jika anda bukan pemakai sepatu Macbeth yang menjana untung dari jenama pakaian Famous Star and Straps dan juga pernah bermain drum dengan Blink 182 atau anda bukan bekas Ratu Cantik Miss USA, janganlah anda bergaduh di Internet. Baik di Myspace, Facebook atau Blog2 anda. Biarkan perkara itu dilakukan oleh Anak Baru Gede (ABG)

Lebih2 lagi jika saya amat menghargai persahabatan bersama anda dan amat berbesar hati dapat mengenali anda.

22.12.08

Beruangback Mountain.

Semalam petang, aku sangap. Aku follow je adik2 aku pegi tengok wayang.

"Cerita ape?"
"Los dan Faun"

Bibit2 kekesalan mula timbul ekoran tindakan semberono ku.

Tapi, nyatanya aku telah terlalu lama terpelosok di dalam golongan yang fobia dengan kualiti barangan tempatan.

Cerita Los dan Faun adalah salah satu cerita yang berjaya menghiburkan aku. Mungkin antara cerita yang baik di dalam tahun 2008 ini. Tentu sekali lebih baik dari Transporter 3 lakonan Jason Statham dan perutnye yang ketak2.

Tolong la pergi berduyun2 dah tengok cerita Los dan Faun ini. Susah aku nak buat lawak Los dan Faun kalau semua orang tak tengok citer tu. "Yang pentingyee..korang tengok cerita tu..tengok kat manaa...yang itu kita tak tau"

Lepas wayang, aku dan adik2 berjalan lah untuk pulang.

Tetiba, aku terasa sebuah tangan memeluk bahu ku. Aku yang sedang asyik bercakap di telepon hanya membiarkan saja. Aku fikir itu tentu adik ku.

Sambil aku bercakap, aku perhatikan orang2 berhenti memerhatikan ku. Aku terasa macam Giring Nidji. Budak2 kecil mula ketawa sambil menunjuk2 aku.

"Kenapa lak ni?" fikirku. Aku terlihat kelibat adik2 ku juga sedang berdiri di tepi. Aku menoleh untuk melihat siapa di tepi ku.

Binatang beruang A&W. Sungguh seronok dia berjalan memeluk ku, meramas setiap pelusuk tubuhku. Aku rasa seperti digunakan.

Sebijik cam gambar ni, tapi aku macam kembar ngan beruang tu.
blog buih

20.12.08

Siri saiko Tokya sampai balik - makanan di Bandung.

Nampaknya dalam siri ini kali ini, selain dari saiko Tokya untuk balik, aku lebih kepada men-saiko diri sendiri. Makanan di sana enak dan murah2 belaka. Teknik2 serving makanan pula pelik2 ekoran mereka terlalu kreatif hingga susah untuk makan.
Ini adalah hidangan nasi goreng di Kampung Daun. Apabila menikmati makanan di temani dengan bunyi desiran air terjun, perasaannya sungguh indah sekali. Tambahan pula udara di sini agak sejuk dan nyaman. Makanan ini agak sukar untuk dimakan kerana kedudukan mangkuk2 kecil ini menyebabkan susah untuk menggunakan sudu. Tambahan pula, bahagian bawah mangkuk itu tidak rata. Ia menambahkan lagi kesukaran untuk menggunakan sudu.


Gambar2 di atas adalah gambar Gourami bakar ala Sunda. Gourami adalah hidangan yang amat istimewa di Bandung. Rasanya juga amat enak. Di kolam depan rumah saya juga ada Gourami. Tapi saya tidak bercadang untuk membakar Gourami itu kerana ia adalah seekor ikan yang happening. Saya suka bagi gourami di rumah saya makan yoghurt, karipap atau kuih muih seperti kuih seri muka, kuih bakar dan lain lain. Kadang2, bila saya berdiri di tepi kolam, dia hanya memandang kerek pada saya.
"ek eleh, mamat ni, nak bagi makan, bagi la betul2..tak payah ah bagi makanan2 yang kau tak suka je"
Aku rasa dia benci aku.

Ini pula adalah gambar ayam penyet. Ayam penyet ini biasanya di makan di Sunway. Tapi ketika ke Rumah Mode, sebuah factory outlet yang cantik, kami telah menikmati hidangan ini di situ. Pelik ayam penyetnya. Tak macam di Sunway. Rasanya juga sedap.

Ini pula adalah hidangan pilihan saya ketika di Kampung Daun. Ini adalah Nasi Timbel bersama Belut. Kalau mahu order bila makan bersama keluarga, ibuku selalu memantau makanan yang diorder. "Jangan selalu makan kambing, nanti darah tinggi" atau "Jangan selalu makan ikan keli, kotor!"
Itu ayat2 standard pada adik beradik saya. Tapi ketika saya test power untuk order belut, dia rilek aje. "Ya bagi dia belut ya Pak."
Lalu aku makan ajelah Belut itu. Sedap. Rasanya macam ikan keli aje. Yang goreng bercili tu belut. Sebelahnya ada tahu dan tempe, di sebelah itu ada ikan yang besar2 ibu jari. tapi dimakan dengan kepala2 sekali. Saya tak sampai hati, lalu saya tinggalkan kepala2 mereka di buju pinggan.
blog buih

Sehari aku di Cap Square.




b


blog buih

Aku bangun pagi ini disambut dengan rasa sakit yang amat sangat pada bahagian belakang badan aku. "Ini mesti kerja si Ah Mei semalam" fikirku tatkala aku gagal bangun dari katil.

Ah Mei adalah tukang urut di SS2. Aku selalu ke sana untuk dipicit. Semalam dia menggunakan teknik siku ke tulang belakang. Aku lesu setelah itu. Sehingga futsal semalam pun gagal aku hadiri.

Aku bingkas bangun kerana tidak tahan lagi berbaring. Aku capai handphone harapan V3xx untuk mencari teman. "ape tektik?" pesanan mesej mudah yang difahami semua temanku.

Berbekalkan Pure Vanilla (small), Cermin mata hitam Quiksilver, Kefiyeh coklat yang padan dengan kemeja T coklat, dan juga sebuah buku yang di beli di Bandung ( Tak habis2 lagi citer Bandung ?..Sorry la wei, ni tengah try citer lain la ni..), aku duduk membaca menunggu Nik tiba sambil ditemani Pak Harfan, Bu Mus dan ahli2 kelas SD Muhammadiyah.

Makan tengahari di Cafe Colliseum. Enak.

Kemudian kami ke Capsquare. Oleh kerana terlalu bosan, kami membuat keputusan untuk melihat Transporter 3. Cerita ini bagus. Ia hanya dapat memberi inspirasi untuk menjadi seorang supir yang hebat. Patut di tontonkan di sekolah2 rendah serata Malaysia.

Kami beredar sejurus selepas Frank Martin membunuh orang jahat. Orang jahatnya pelakon T- Bag dalam Prison Break. Pandai berlakon. Tak macam Jason Statham dan juga heroin yang bercakap macam dia ex-Borat.

Kami kemudian jalan keluar, terlihat persiapan untuk sebuah party. Aku dan teman2 pergi untuk mengambil gambar. Tetapi terlupa pula untuk membawa LX3. Semua gambar2 di atas adalah dari kamera phone Motorola cabukku. Macam gambar ni =

Kemudian kami minum petang di Chawan.

Cap Square agak bosan. Kedai2 banyak yang masih belum dibuka. Wayangnya hanya ada 4 cerita. Yang kami pilih juga bosan. Mungkin itu imej yang cuba dipaparkan.

-kalau bosan dengan cerita2 aku, jangan baca blog aku, buat blog sendiri.-

19.12.08

Modelling gig in Bandoeng



blog buih

Antara tempat lawatan di Bandung yang paling tak best sekali adalah ketika ke rumah Batik. Tapi bila kami naik ke tingkat atas, kami terkejut kerana ada runway.

"Kelmarin baru habis fesyen show pak" Ujar Salesgirl itu.

Adik2 aku pun galak jadi model.

Aku amik je gambar sebab dah sangap sangat.

"Pak, ibunya udah di bawah mahu pulang udah..."

buduhnye salesgirl, cakap la awal2..mak aku pun satu, main blah je..

Shopping In Bandoeng

blog buih

I realize once I uploaded my pictures in this PC, that i have insufficient pictures in all the Factory Outlets that i visited. I had to cut down on the shopping and I did take a lot of pictures in Rumah Mode. This is a very scenic place with well planned layouts.

The Balinese motive runs through out the whole complex and i was captivated by it. Once i step inside, it was a whole different story, My sisters and mother was long gone by the time I stepped inside. I was the last one to come out.

I wished I could drop by another time before I left, but I cant manage to visit the bulk of the Factory Outlet, so i had to skip Rumah Mode's 2nd visit.

The girls were really into Pasar Baru. I had nothing to buy there. The sight of an ocean of laces must have done something to their brains. I think they went ga-ga.
We walked pass zenith, but it was still closed, we didn't go back.
I really like Merdeka Outlet. It stores a lot of Big Size clothes (in case i need to buy some for Tokya).
The Heritage is situated nearby alot of other Factory Outlet. I didnt get to go to all of them. I was really tired after walking aroung The Heritage and Cascade.

Makan-makan di Bandoeng


blog buih

Gambar di atas di ambil di Sapu Lidi. Sapu lidi adalah sebuah restoran yang unik yang terletak di atas pergunungan sekitar Bandung. Keunikan Sapu Lidi ditambah lagi dengan kehadiran sawah dan juga tasik buatan yang cantik. Terasa seperti sedang makan2 di kawasan kampung. Lauk pauk nya juga cukup enak.

Paling enak ketika di sini adalah ketika menikmati ikan Gouraminya. Rasanya sedap dan lebih enak lagi ketika di makan bersama Keredok (Sejenis sayuran macam Pecal) dan Nasi. Selepas makan, kami berjalan2 disekitar kawasan Sapu Lidi.


Di samping Sapu Lidi, tempat yang mesti dikunjungi jika ke Bandung adalah di Kampung Daun. Tempat ini sudah pun menjadi amat terkenal di kalangan pengunjung oleh kerana keunikannya menyatukan alam semula jadi dan juga hidangan menarik ala Sunda. Hasil dari kesinambungan dua elemen ini telah berjaya meninggalkan impak yang mendalam kepada setiap pengunjung.

Di sini, saya telah mengambil peluang untuk menikmati masakan Nasi Timbel bersama Belut dan juga Bandrek Jagung. Sedap tapi pelik sedikit. Pengalaman menikmati jamuan dikelilingi hutan dan kesejukan di kawasan pergunungan dan juga dengan desiran air terjun yang berdekatan membuatkan pengalaman ke Kampung Daun cukup berharga sekali.

Seterusnya, kami ke Rumah Stroberi. Ia terletak berhampiran dengan Kampung Daun. Di sini kami tidak makan. Kami hanya turun untuk mengambil gambar yang amat banyak dan juga untuk menikmati suasana nyaman.

Akhir sekali kami ke The Peak. The Peak adalah sebuah restoran yang terletak di dalam kawasan komunit berpagar yang amat eksklusif. Ekoran kami masih lagi kenyang dan sudah tidak sabar untuk ke Factory Outlet, kami turun sebentar untuk bergambar dan selepas itu kami sambung shopping.