25.12.08

Aku dan Azam.

gambar hiasanblog buih

Penat.

Perkataan pertama yang muncul di kepala aku apabila aku dapat duduk di atas kerusi kulit yang empuk ini. Kerusi ini sesuai untuk digunakan sebagai tempat "ritual".

Butiran peluh masih lagi membasahi badan aku. Nafas ku masih termengah2. Aku baru pulang dari berjogging. Haha!. Hari ni, disebabkan cuti, perjalanan aku agak jauh, dari rumah aku berjogging sampai ke Darus. Makan yoghurt. Minum Teh O panas kosong. Kemudian jogging semula ke rumah.

Tadi aku terima email dari Fiona. "Great, come and join our class every Tuesday at 815pm."

Empat buku menjadi tunjang kepada tetralogi Laskar Pelangi ada di depanku. Aku mahu habiskan semuanya. Kemudian baru aku sambung Document of Destiny.

Aku pandang bass yang terletak di tepi ku. Aku pandang ke tempat Keyboard. Aku tiada keyboard. Aku nak belajar main Karma Police di keyboard. Kalau tak pun Golden Skans "OOEEUUEEUUUEEUUU AAAA"

Almari atau gobok aku melimpah. Macam tanah runtuh. Sekarang lagi banyak baju diluar almari dari di dalam almari. Aku hendak bagi baju aku kat orang. Atau kat Tokya. Mungkin juga boleh jual baju itu. Aku nak kurangkan baju.

Hari2 aku fikirkan apa yang nak dimuatkan di dalam blog buih ini. Aku mahu material yang lebih ilmiah selepas ini. "Ok la, tipu la kalau aku tulis jadi ilmiah."

At least, informative enough to benefit my readers.


Peluh masih belum kering.

Colin Greenwood tak seterror Peter Hook

Selamat menyambut 2009 bubbye 2008.

4 comments:

  1. peah...comment aku ni tak ada kaitan dengan post ko ni... nanti aku balik malaysia... aku nak nyanyi ngan band ko satu kali bole? Aku nak record sikit suara aku yg tak seberapa ni... hehehe.

    ReplyDelete
  2. ada kena mengena ape, ni kira azam tahun baru kau la ni.

    boleh2.

    tapi semenjak Puan Sopi yang mengelola aktiviti band, Kitorg dah main lagu dangdut je.

    Kalau kau boleh gelek gerudi, ape salahnya...

    ReplyDelete
  3. hahahahahah power..aku nak nonton leh

    ReplyDelete
  4. dangdut pun dangdut laaaaa

    ReplyDelete