20.12.08

Sehari aku di Cap Square.




b


blog buih

Aku bangun pagi ini disambut dengan rasa sakit yang amat sangat pada bahagian belakang badan aku. "Ini mesti kerja si Ah Mei semalam" fikirku tatkala aku gagal bangun dari katil.

Ah Mei adalah tukang urut di SS2. Aku selalu ke sana untuk dipicit. Semalam dia menggunakan teknik siku ke tulang belakang. Aku lesu setelah itu. Sehingga futsal semalam pun gagal aku hadiri.

Aku bingkas bangun kerana tidak tahan lagi berbaring. Aku capai handphone harapan V3xx untuk mencari teman. "ape tektik?" pesanan mesej mudah yang difahami semua temanku.

Berbekalkan Pure Vanilla (small), Cermin mata hitam Quiksilver, Kefiyeh coklat yang padan dengan kemeja T coklat, dan juga sebuah buku yang di beli di Bandung ( Tak habis2 lagi citer Bandung ?..Sorry la wei, ni tengah try citer lain la ni..), aku duduk membaca menunggu Nik tiba sambil ditemani Pak Harfan, Bu Mus dan ahli2 kelas SD Muhammadiyah.

Makan tengahari di Cafe Colliseum. Enak.

Kemudian kami ke Capsquare. Oleh kerana terlalu bosan, kami membuat keputusan untuk melihat Transporter 3. Cerita ini bagus. Ia hanya dapat memberi inspirasi untuk menjadi seorang supir yang hebat. Patut di tontonkan di sekolah2 rendah serata Malaysia.

Kami beredar sejurus selepas Frank Martin membunuh orang jahat. Orang jahatnya pelakon T- Bag dalam Prison Break. Pandai berlakon. Tak macam Jason Statham dan juga heroin yang bercakap macam dia ex-Borat.

Kami kemudian jalan keluar, terlihat persiapan untuk sebuah party. Aku dan teman2 pergi untuk mengambil gambar. Tetapi terlupa pula untuk membawa LX3. Semua gambar2 di atas adalah dari kamera phone Motorola cabukku. Macam gambar ni =

Kemudian kami minum petang di Chawan.

Cap Square agak bosan. Kedai2 banyak yang masih belum dibuka. Wayangnya hanya ada 4 cerita. Yang kami pilih juga bosan. Mungkin itu imej yang cuba dipaparkan.

-kalau bosan dengan cerita2 aku, jangan baca blog aku, buat blog sendiri.-

1 comment:

  1. tak..tak bosan pun..teruskan dgn cerita ko..nak cerita bandung tiap2 hari pun xpe..

    ReplyDelete