30.4.09

Siri Saiko Tokya Sampai Balik 26 - Alissara @ Puchong

Macam biasa for our Makan Sedap, we try new places to find good food. Obviously, here in Malaysia, we have that in abundance.

Destinasi tempat erbaru ni memang di tengah2 perut Puchong. I dont know how to describe the road to this place. But I'm sure you can find it in the net.

After going through some kampung area, we eventually sampai juga ke tempat makan ini. Nama tempat makan ni mula singgah kat telinga aku ketika di sebut2 Yew-U.

Aku trust taste Yew-U.

Ni Ayam Chad Krao Pao or something like that. Aku takleh nak pronounce nama masakan ayam ni. Tapi it is translated as Ayam Masak Daun Selasih.

Rasanya sedap. Tidak terlalu pedas tetapi lebih kearah manis dengan sos likat yang harum. Bau dari daun selasih turut menaikkan lagi aroma dan rasa masakan ini. Ayam yang dicincang ini juga lembut dan sesuai untuk dimakankan bersama nasi.

Ini pula makanan yang jarang didapati di kebanyakan kedai di Kuala Lumpur. Ini adalah lidah goreng.

"Ehhh!! tak reti aku makan lidah goreng" kata Kept ketika aku cadangkan untuk order makanan ini.

By the time sampai, dia dah reti dah. Quick learner. Aku tengok dia sebat macam hari2 makan lidah.

Ni recomendation dari Yew-U. Dia kata Ikan Stim Limau kat sini is the bomb. Memang it is.

Kuahnya bila dimasukkan kedalam mulut, dan ia lalu di segenap deria rasa di atas lidah, maka akan terbakar lah deria pedas, akan timbul rasa masam dan juga cukup manis dan masinnya. Kuah ikan ni dihirup semua orang.

Sangat sedap.

Ni Tomyam yang berkuah putih. Nama dia Tom gak..tapi aku tak ingat Tom ape.

Tapi tak kisah la. Sebab antara banyak2 Tom yam yang aku pernah makan, aku agak suka variasi yang bersantan nih.

Cuma mungkin tak best kalau nak hirup macam tom yam biasa tu aa.

Dalamnya ade berbagai seafood. Ada ketam, udang, sotong dan ikan.

Sebagai pengamal gaya makan sihat. Kami turut order Sayur-sayuran. Sesuai dengan nama pengamal "gaya" makan sihat, atas sayur2 tu ada sambal udang.

Sambal dia sedap. Pedas.

Sayurnye pula dicelur sekejap dan masih segar. Ada Kangkung, dan Kacang Botol.

Ini pula Sotong Goreng Berempah spesial. Nama panjang gila. Tapi bila diletak atas meja, riwayat dia tak sepanjang nama.

Aku nak amik gambar pun ada garpu liar dah takleh tahan.

Yang ni kitorang terpaksa order dua. Sedap sangat.

*******
So, for 7 adults and 1 baby, the damage was RM120.00

Murah kan?

So, tunggu ape lagi?pergi sekarang sebelum semua orang dah start makan kat sini.
blog buih

SIri bercakap dengan flash.


blog buih

"Ini ape ni?" aku tanya dalam separa jahil. Aku hanya cam tulisan sony di depan kamera. Aku tak pandai bab kamera2 nih.

"Ni kamera Sony A200 aku. Best. Aku suka" Jawabnya bangga sambil menuding ke arah kamera dengan menjuihkan bibir.

"Yang ni pulak ape?" aku tunjuk ke arah satu bongkah diatas kamera yang digunakan untuk mengeluarkan cahaya.

"Ini flash aku. Aku panggil dia Cobra." Dia kata sambil mengusap2 tengkuk cobra.

"Tengok kepala dia..boleh gerak2 ketepi macam ni.." Sambil berkata2 dia melipatkan tangan seolah2 ia ular tedung yang sedang berdiri di alun serunai pembela ular di jalanan.

"Oh..ada nama siot flash die." Hatiku berbisik. Lalu aku terus memerhatikan ia beraksi lincah dengan flashgun yang seakan2 haiwan peliharaannya itu. Setiap dua tiga kali mengetip picu untuk mengambil gambar, dia alihkan kepala Cobra menghala ke arah lain. Sekali sekala di tarik ke tepi pula untuk mengambil gambar vertical. Cobra menurut manja stiap arahan tuannya.

*******
Dia terduduk kepenatan. Ditepuk2 kepala Cobra beberapa kali. Diselang pula dengan senyuman yang terukir mungkin kerana berpuas hati dengan prestasi Cobra di kenduri kahwin itu.

"Cobra, kita tangkap gambar lagi nak? ...Nak tak?" Tiba2 soalan itu diajukan pada Cobra. Cobra senyap membisu. Aku tercengang melihat perbualan di luar tabii ini.

"Kenapa?Cobra penat ke? Bateri habis eh?Cian Cobra" Dia bercakap slanga manja ala pasangan kekasih. Sambil itu diurut2nya tengkuk cobra. Kepala Cobra diusap mesra.

*******
Aku bingkas bangun. Pergi ke meja sebelah kerana takut dengan apa yang baru aku nampak. Aku percaya ini adalah akibat dari kepercayaan songsang menyembah flash yang kerap diamalkan oleh pengguna2 Sony Alpha. Sambil aku bangun, aku terdengar samar2 perbualan satu hala diantara mereka berdua.

"Kenapa Cobra tak nak cakap ni? Merajuk eh?..Cobra..Cobra...Jawab la..."

*******
Jangan taksub dengan flash. Kalau ngan kamera, takpe.

Drifting @ Bukit Jalil

I wonder if you know
How they live in Tokyo
If you see me then you mean it
Then you know you have to go
Fast and furious (Drift, Drift, Drift)
Fast and furious (Drift, Drift, Drift)







blog buih

Tengahari Ahad.

Sedang aku pulang dari Ulu Langat ke arah Puchong, aku terserempak dengan satu karnival main drift2 kereta kat Bukit Jalil.

Aku tak minat kereta. Ok la. Aku kurang minat kereta. Aku ada banyak minat lain lagi.

Jadi aku dengan penuh jakunnya carik parking untuk tengok orang drift.

Pengaruh drift kereta ini menular dengan hebat sekali. Aku hanya tahu pasal drift dari Initial D dan Tokyo Drift.

Ramai orang di situ. Ada peniaga2 menjual air semua siap. Yang aku lihat, tempat parking dikepung dan dikawal dengan rapi. Sekali sekala berdesup kereta lalu dan kemudian bunyi getah bertemu dengan jalan yang selalunya dimimik anak kecil ketika berangan berlumba memecah kebuntuan.

Aku tangkap banyak gambar.

Tapi aku tengok kereta tak macam dalam wayang pun. Awek pun tak hot sangat. Cuaca je yang hot.


Keta ni takde lagu Teriyaki Boys. Takyah carik aa..

29.4.09

Where do you think I should put my face?



blog buih

"Eh cun ah kawan dia..tanye ah sape nama dia..kenalkan kat aku" Penuh poyo aku cakap kat kawan aku tu.

"Ye la..nanti aku tanye kat la..." Dia jawab. Aku yakin dia mesti tolong aku punya. Kami kawan dah nak dekat 20 tahun.

"Siapa kawan you tu? Peah nak kenal. Dia kata cun." Kawan aku tu tanye sumber informasi kami.

"Alaaa.. tu la kawan I yang I citer kata dah 3 months pregnant tuh." Jawab sumber informasi kami.

"Ermm takpe.. cakap kat dia congrats" Kalau aku ada gun lain selain dari flashgun, aku dah tembak kepala aku.

Bukan Fasa Fatamorgana.

- Aku rasa dia berasal dari Mexico.
blog buih

Aku tahu aku akan menerima azab. Seksaan dunia yang batil atas kelemahan dunia virtual yang dipanggila Facebook. "Dalam ramai2 orang, kenapa aku yang kau pilih."

Ruangan status aku dihujanji komentar liar. Aku takut mahu ke Darussalam atau pun ke Futsal..

Futsal?? Malam semalam ada Futsal. Lauk aku kalau terjumpa mereka. Mesti aku akan dijadikan bahan.

AKu di penjuru gelanggang. Dia baru masuk ke dalam gudang. Gudang yang merumahkan sebelas gelanggang. Aku pandang dia. Terbentuk senyuman yang makin lama makin melebar menjadi satu gelak yang menusuk kalbu.

"Ye, aku tahu."

Ini bukanlah fasa fatamorgana.

Namun aku seorang yang baik. Aku doakan dia tak kena selsema. Kerana kalau dia terkena Selsema, kemungkinan tinggi semua kawan2 disekelilingnya kena. Selsema itu baru melanda Mexico.

Nama selsema itu selsema babi.

Pong.

- Satu team rugby ni tak sebusuk ni.

blog buih

Kalau kat sekolah dulu, ia dipanggil Pong. Contoh ayat : "Wei! bapak pong ah kau nih!"

Maknanya " Wei, tersangat2 busuklah kau ini."

Bukan ""Wei bapak kau busuk"

atau

"Wei, bak meh bat ping pong tu aku nak main.."
**************************************************************************************

Lampu di lif menyala. Menandakan lif sudah sampai. Sudah tiba untuk menjemput aku ke bawah. Ingin mencari makanan.

Hari ni aku nak start diet yang lebih sihat. Lunch makan buah sahaja. Buah ape, itu kita tak tau..mungkin Nasi lauk dengan masak lemak daging salai dan telur asin di atas pinggan yang ada hiasan buah betik?

Kalau ikut teori diet aku, dah cukup syarat dah tu. Sebab ada gak betik..

Pintu terbuka. Kelibat seorang jejaka India berlalu bersama seorang wanita India yang agak obese. Aku terpaksa menganjak ke tepi.

Aku masuk dalam lif. Pintu tertutup. Tiba-Tiba! Bau busuk!!!

"ARGGH tolong la aku!!" jerit aku sendiri.

Busuk macam nak bunuh orang.

Masalahnya, boleh ke bau badan melekat kat dalam lif? Dia sapu2 peluh dia kat dinding2 lif ni ke?

Orang India memang busuk ke? Itu kita tak tau. Aku kena tanya kawan aku yang telah melakukan adultery dengan orang India.

Pintu lif terbuka. Angin deras meluru masuk. Memberi aku kelegaan bernafas. Aku melangkah keluar. Aku ada dua masalah.

1) Aku dah tak rasa lapar.

2) Awek yang naik lift dari tingkat bawah tu macam cun. Tapi bila dia naik lif tu sure die syak tu aku pong.

Lalu aku carik kedai yang ade pakai pinggan bermotif betik atau sayur-sayuran.

Project Big Tree?


blog buih

At a dinner 16 years ago.

"Who do you want me to pick?" seorang lelaki tanya seorang budak lelaki di meja makan.

"Ok..hmm that guy. The other one looks weird."

" Ok then."

I never knew what happen after that. Whether the project anak angkat by that batch was successful or not but I went back that day with a brother.

Some 16 years later, he got engaged.

28.4.09

My diet.

- orang tua main rugby ngan orang muda.
blog buih

So hari ni aku dah start dah ah. Aku tak makan nasik.

Kena diet sikit dah ni. Setahun yang lepas. Aku keluar hospital. Orang kata kurus. Aku pun jaga makan. Takut kalau sakit balik. Sekarang ni. Aku tak takut ape dah. Bedal je semua balik. Macam Alissara semalam.

Kemudian aku terbaca berita gembira. Berita Si Sapet ngan Si Azi tu nak menamatkan zaman kemaruk tak menentu mereka.

Aku terus berazam untuk nak diet sikit ah. Nanti mana tau pegi wedding tu banyak kawan-kawan diorang yang hot2 ke...kan?

Yang false hope ke..

Mak aku ngan aunty aku pun bising. Uncle aku pun bising gak. "Hari tu kluar sepital kurus sikit..ni dah gemuk balik dah"

Perempuan yang datang untuk conjugal visit pun cakap macam tu. "You're so big!!"

Sayangnya dia refer kat perut aku sahaja.

Lalu tadi aku makan Dinner Plate KFC ngan Cheesy Wedges besar dengan air Sprite Revive. Takde nasik kan?

Colonel Sanders is the Man!

27.4.09

sibuk

-direct rip off of a Kim Lawrence shot. :)

blog buih

Aku tak pernah sangka aku akan sibuk mengedit gambar sampai aku takde masa untuk blog.

Aku ada banyak benda untuk aku blog.

Tapi sekarang aku sedang edit gambar2 pertunangan kawan aku.

I'm not a wedding/engagement photographer.

26.4.09

assignment.


blog buih

I got a call requesting me to attend an engagement. I'm taking pictures.

Nothing says I'm ready for that task like having an extra battery.

Yeah, I move in leaps and bounds.

25.4.09

Terbabas

-Overflow ke Overfloor?
blog buih

On the way back dari futsal semalam, aku terserempak dengan sebuah kereta yang terasa laju. Watak sebenar kereta itu adalah sebuah Proton Wira circa 2000. Tapi sebab dia dibikin dengan begitu dashyat sekali, akud ah tau samada dia sedar diri dia Wira lagi atau tidak. Macam parrot dalam cerita 102 dalmations yang ingat dia anjing.

Dari traffic light dekat Summit dia dah pecut. Aled dah masuk ke USJ 2, aku terus lagi. Aku terserempak dengannya kat traffic light sebelah USJ 5.

Hijau! Dia pecut lagi. Aku makan asap je. Aku bawak perlahan. Aku berhenti di sebelahnya di traffic light berhadapan dengan USJ 3.

Lampu masih merah. Aku perhatikan kereta itu. Pemandunye pemuda Tionghua. Berspek tebal. Ada lagu2 dengan bass berdentam dentum. Di sekeliling kereta ada pelekat CJ7. Pemuda itu perasan aku memandang kearah keretanya. VroooM!! VRooooMMM!! dibunyikan kereta itu dengan kuat.

Hijau! laju kereta itu meninggalkan aku. Aku hanya nampak dari jauh dia sudah menaiki jambatan yang merentas KESAS. Aku terus pandu perlahan. Sampai tiba di lampu isyarat bersebelahan dengan SS19. Dia dihadapan sekali.

Hijau! Sekali lagi dia menekan minyak. Bunyi kereta yang kuat berselang seli dengan bunyi lagu2 Feng Tao memecah keheningan malam.

Aku terus memandu. Rumah aku selepas selekoh dihadapan. Aku mahu mandi air panas kemudian tidur dengan enak. Mungkin aku patut tengok Heroes yang baru habis download dulu sebelum tidur.

Tiba2 aku nampak asap tebal. Aku sudah risau. Aku teringat video clip 'Jangan Tegur' yang aku lihat siang tadi. Aku terus pandu perlahan. Aku nampak satu lembaga di tengah jalan, ia menjadai bayang2 di balik asap berkepul-kepul. Bila aku sampai ketepinya. Separuh dari kereta itu di atas jalan, separuh lagi di dalam longkang. Pemuda itu masih di dalam kereta. Tiada orang yang berhenti untuk membantu. Aku tengok dia sudah menelefon seseorang dari dalam kereta. Aku terus pandu ke arah rumah.

Sambil tunggu nak mandi aku pasang Heroes. Aku duduk sebentar. Lalu, Peter Petrelli memerhatikan aku tidur hingga pagi.

23.4.09

Jelajah pasukan takraw total.

- yeah bottom like this....

blog buih

Wan

nak

penang accomidation senang

kita gie kelantan

pahang

ganu

kelantan

then pusing kot perlis

turn kedah

penang

n perak

n kl

10:47amNadrul

pehhh

- So kepada yang berani nak ajak friendly tu boleh hantar la permohonan di ruangan komen.

Kalau takde permohonan, kami terpaksa duk kat kedai makan je ah...

Pawang pilih monyet untuk dibuat baju.

- bergaya ala 90-an dengan baju monyet
blog buih

Saya ada sehelai baju monyet. Baju monyet saya di lukis tangan oleh seorang pelukis berbakat dari Pulau Pinang. Bagaiman mahu memilih monyet yang sesuai untuk dijadikan baju?

Senang saja. Anda tak perlu bersusah payah memilih design monyet tersebut. Tunjukkan sahaja pada orang bijak pandai ini.

Mana yang dia gelak paling kuat itu, maka itu lah pilihan yang paling sesuai. Kalau dia gelak dua tiga kali lebih baik. Kalau dah sampai tinggal bunyi "kiiiikiiiikiiiii!!!" maka anda telah bejrumpa dengan monyet yang tepat.

Monyet kat baju saya memang kelakar.

- ni bukan gambar monyet. Ni la tukang pilih monyet tu.

“The Great Escapade: My Fun Travel with MAS!”

blog buih

This time of the year, when the jobs are piling high and the hours seems a little bit longer, I just can't help imagining places that I would rather be in. With the introduction of the Stimulus Package by MAS, it seems that my prayers have been answered.

Now, I have to plot the plans for my next holiday gateway.


First of all, I have to get my brother back to Malaysian shores. He's currently pinned under a pile of accountancy books in Dublin. He's my right wing man on every family trip that we have. Luckily for all of us, with the introduction of the ECONOMY+ MAS stimulus package, he will come back after his exams.

Now, he can enjoy the comfort and privileges of a Business Class at the price of an Economy Class ticket. Above all, more than the price of the tickets, the whole family can be reunited. We miss him a lot.

With the introduction of this package, the usually long and cumbersome flight from London can be very enjoyable. With the Internationally renowned cabin crew to attend to all his needs, I am sure that his trip home this time will be a memorable one. With MAS extensive menu and the on flight entertainment, he sure felt at home once he step into the fleet. Indeed MAS carries a little bit of Malaysia to all the corners of the world.


Once he is back, the whole family will start planning on our annual holiday. This year will surely be interesting due to the GRAB-A-DEAL MAS Stimulus Package. Spontaneity will be the order of the day when it comes to our next holiday.

This year there have been several requests from the family members. My sisters, who are shopaholics insists on a shopping haven as a destination. If my mind reading skills serves me right, their choice of destinations would be strutting down Orchard Road in Singapore, mining for hidden gems in the colorful Chatuchak weekend market in Bangkok or finding bargains at the heart of the bustling Jakarta City.

Well, my brother and I won't be trudging behind them for hours because we have ideas of our own. If I were to have it my way, I would be kicking sands along the pristine beaches of Kuta, Bali. The last time we when there was more than 5 years back. Before the tragedies that still haunts the city carved a black history in the otherwise enchanting town. On the other hand, the both of us would love to travel the historical Penang. Besides the historical buildings, we can't wait to get our hands on some authentic local food.

My mother on the other hand, would definitely have a totally different idea for our next holiday. Naturally she would enjoy a relaxing holiday where there are a little bit of everything. She has always brought us to interesting places where we have learnt alot about cultures and history. She has taken us to see Big Ben and climbed the Eiffel tower. We have scaled the Great Wall and we once giggled at the sight of Manneken Pis. We have posed for a family picture in front the Lion Monument in Lucerne and we ate Chinese food in the middle of Black Forest. Most memorable of all was a trip I went with my mother to Greece where we visited the Acropolis the beautiful surrounding islands.

With the stimulus package from MAS, I have the chance to relive all of my past expereinces. If not all, the least I could do is to take my mum on a trip.


Then, after the trip with my family, I would like to take advantage of this once in a lifetime offer to go for a trip with my closest friends. Surely, we will try to go to places which are more adventurous and exciting.

Currently there are talks going on about a trip to Sabah to climb Mount Kinabalu. Besides that, I would love going to the islands there where the scenery is breathtaking. Besides Sabah, Sarawak has also alot to offer to young and adventurous travellers like us. I would love to experience a walk through its infamous Gua Niah where the oldest human remains in South East Asia was found.

On the other hand, my friends and I would like to take the opportunity to travel overseas on holiday for the first time on our own. Usually we only travel with our family. Now that we have started working, it is a good time for us to start travelling on our own. Now with the opportunity before us, all of our dreams can come true.

It took a while for me to get back at my desk facing this old computer monitor. I have travelled thousands of kilometres with my imagination going to places where i'd rather be. As I settled down on my chair, I said to myself :-

“Man! That was great. This truly is the time to travel!”

22.4.09

Isnin yang penuh dengan pancaroba.

- tiang2 besar ini juga dipanggil "lift" dalam jargon MCKK.
blog buih

Hari Isnin.

Recovery dari Old Boy Weekend berjalan perlahan sekali. Ye lah...OBW always ends on a high note. Sometimes with hangover sekali. Heh!

Aku hantar aunty aku macam biasa. Then it started. Just like a scene straight out of Final Destination. Only that, I dont look like Devon Sawa.

Mula2 ada sebuah motor. Dia memecut. Mencelah baik di celah kereta aku. Kemudian dia break mengejut. Dekat sangat dengan kereta aku. Aku hanya mampu ternganga. Dia teruskan perjalanan.

Aku juga terus. Sampai di depan Petronas Kg Bharu. Aku nak isi minyak. Tetiba ada satu teksi meluru keluar ingin memotong barisan NGV. Aku kaget. Tak sempat mengelak. Ada sebuah kereta Hon dengan kuat. Teksi itu berjaya berhenti.

Aku park dengan cantik di Fuel Bay no 4. Aku buka pintu. Tiba2 ada kereta lalu. Hampir terkena pintu kereta aku. Aku tarik cepat. Nasib baik. Kalau tak, mesti tercabut pintu.

Aku cepat2 lari ke kaunter. Sempat pulak beli nasik lemak bungkus kat situ. Rasanya enak sekali. Devon Sawa pun makan gak pe dalam citer tu.

Aku jalan berlenggang. Ingatkan semua episod ngeri tu dah lepas. Aku isi minyak. Kemudian aku ke kereta. Aku buka pintu kereta. Tiba2 aku terasa kereta aku bergerak. Aku pandang tepi dan ternyata, awek yang tunggu di pam sebelah tadi, dalam niat baik untuk ketepi telah berjaya melanggar pintu kereta aku sekali. Nasib baik bengkok sikit je. Aku malas nak berkenalan ngan dia. Tak cun. Aku cakap "Takpe la..it's ok.."

Tayar dia sure pancit.

Aku masuk dalam kereta. Pasang tali pinggang keselamatan. Aku mula memandu. Ada sebuah teksi di tepi jalan. Aku hanya mahu lalu ditepinya. Dalam jarak selamat. Pemandu itu pula sedang sibuk mengemas teksinya.

Tiba2 sedang dia hendak bangun dan bergerak ke belakang, kakinya tersadung batu, dia hampir rebah kebelakang. Kalau jatuh, mesti tak sempat aku nak brake.

Aku terkejut.

I hate Mondays.

Lens Putih

Hari ni aku beli Lens Putih. Tapi bukan Lens Canon la...

Ni Tele Converter je tuk LX3 tu. Jumpa ada abang ni jual murah. RM130 je beb.

Dapat la merasa dari 60mm jadi 120mm...

Ni gambar at 60mm.Nampak kecik kan?Susah nak baca apa yang tertera di situ.

At 120mm. Ok la kan?kan?kan?
blog buih

21.4.09

My Dorm

-Dulu dorm ni pusat pemerintahan dan mercu kegagahan empayar Ahmad. Banyak pedagang2 asing juga turut singgah di sini untuk berdagang.

blog buih

Aku pijak tangga2 batu berwarna kelabu. Kelabu dek habuk,peluh dan bekas tapak kaki pelajar2 Kolej Melayu. Sampai ke atas aku tersenyum dengan pemandangan yang amat aku kenali. Dorm 6.

Aku pandang atas.

"What the Hell?"

Sekarang dorm ini sudah menempatkan pelajar2 dari rumah Idris. Aku duduk di depan pintu. Tak menjejak kaki ke dalam dorm. Aku perhatikan je plaque yang tertulis di atas pintu dorm itu.

"Bang, ada lighter tak? Abang ni Old Boy ke?" Lamunan aku dikejut seorang present boy.

"Takde, aku tak hisap rokok. Mesti la old boy..ni dulu katil aku." Aku tunjuk kat katil hujung. Tempat watermark gambar di atas.

Aku cepat2 snap gambar ni. Aku lari turun bawah tunjuk kat Mache. Katil dia sebelah katil aku dulu.

Damn. 11 tahun dulu.

Old boys weekend (part trois)

- Big tree di waktu malam.
blog buih

Aku dan ahli2 keretaku keluar makan di sebelah kedai Karaoke KK OK. Sekarang kedai karaoke tu dah maju. Tapi kedai nasi lemak favorite tu dah takde. Dah diganti dengan kedai lain. Ok jugak masakkannya.

Lepas makan kami bergegas ke konsert. Ada band yang macam tak nak turun2 dari stage. Main lagu sama tiap2 tahun.

Ada band bawak singer perempuan yang cun, so Hargreaves Hall terhibur. Senang je nak hiburkan budak2 koleq ni.

Kemudian kami pusing2 Ipoh. Saje je bawak keta jalan2 sampai Ipoh.

Bila balik, semua orang dah tidur. Aku join diorg di Dorm 4. Ramai yang sudah pun diulit mimpi.

"Peah, nanti tulis kat Blog Buih" kata Pyan.

-Ni aku dah tulis dah ni.

Esoknya, pagi2 aku dah bangun. Seluruh badan aku sakit2. Aku tertidur di atas lantai. Tiada ruang lagi di atas tilam. Setelah bersiap2 dan kelihatan segak dan tampan, aku terus bergegas dengan Bulat untuk ke Yut Loy.

"Ah Shit! Gile ke diorang ni tutup masa Old Boy Weekend?" aku separa menjerit ketika lalu di hadapan kedai antik itu.

Dengan saki baki semangat breakfast yang punah kerana tutupnya tempat makan bersejarah itu, aku terus ke Kedai Pau kat lembah. Selepas makan kami tengok game rugby.

Game Rugby pagi Ahad adalah upacara penutup tirai Old Boys Weekend setiap tahun. Pertarungan tahun ini sungguh epik sekali.

Akhirnya Present Boys berjaya mengatasi team Old Boys.

Selepas perlawanan itu, seperti biasa semua orang berjabat tangan dan bersalaman sebelum pulang ke dunia realiti. Where our age matters.

Well, at least once a year, the boy in me gets a chance to roam the fields of MCKK.

* aku frust sebab by the time nak amik gambar MCKK dengan sticker blog buih, battery camera kaput.

Old boys weekend (part deux)

- garisan bercahaya adalah halo- zaha.
blog buih

Bila aku sampai saja di Padang Big School, aku terkejut tengok ada uncle tua tengah main rugby. Salute gila.

Aku terus pegi amik2 gambar.

Bila dah nak maghrib dan aku masih lagi di padang, tiba2 perasaan takut mula menyelebungi diri. Aku takut kalau2 muncul Proton Saga hijau dengan seorang lelaki berketayap yang menjerit "Boys!! mandi cepat nak masuk magrib dah ni...!!!"

Nasib baik Ustat Lateb tak rounding.

Namun akibat kebiasaan, aku bergegas pulang ke dorm 4 Pavi. Pusat lepak batch 96,98 dan 00 (+ sekor budak mana ntah)

Macam biasa bila dah jumpa kawan2 lama, yang membuli dan yang dibuli, last2 by the time siap mandi dah nak kul 830pm. konsert dah nak start.

"Hah! ko serious ah Bob?Makanan dah habis?" Lado lantas memandang aku.

"Ape lagi?makan kat luar aaa" Jawab aku sambil terus berjalan ke kereta kerana lapar dan hampa tak dapat makan kat quadrangle.

(to be continued.....)

20.4.09

Old Boys Weekend

- Ini wajah depan overfloor. Hensem kan?

blog buih

Pukul 1 aku sampai di LRT Kelana Jaya. Mache dah sampai lebih awal. Dia segera masuk dalam kereta.

"Kita pegi makan dulu?" Kata aku sejurus berjalan.

Pukul 2 kami berjumpa Bulat di R&R Sg Buloh.

"Sempat ke nak tengok Bola ni?" tanya Bulat.

"Kita makan Cendol kat Lembah dulu la..." kata Mache.

"Sempat..jangan risau..semua sempat" Aku jawab sebelum memecut pantas ke arah Utara.
*************************************************************************************

Sampai saja di sana, kami terus ke Cendol. Dah terlalu petang untuk ke Yut Loy. Makan cendol semangkuk. Kemudian terus ke Prep School. Aku perlu beri cable bass aku kat Hargreaves Hall.

Budak2 batch 96 tengah main bola kat Padang Prep school.

"Budak2 Form 1 ni yang power ke..bebudak 96 ni yang dah tak power?" Fikir aku sendiri. Aku selalu main bola ngan diorang kat Padang Big School masa tahun 1996. It works both ways, aku tak payah jalan2 jauh2 dan main kat padang yang tak best. Diorg pun takyah susah2 nak carik aku nak suruh basuh kasut ke baju ke....

Kemudian, aku pergi ke Big School pula. Bob sedang main rugby lawan Under 15.

Aku pun nak main rugby lawan Under-15...(to be continued)

17.4.09

Gambar Malam.


blog buih

Tadi aku latih untuk dapat gambar ni.

(refer previous post)


Malang.

-practice shot untuk gambar malam.
blog buih

"You bukak .com..Fesbook dot kom."

"I dah letak dah password I tadi tapi dia masih tak nak terima..."

"Alaaaa boleh...lepas tu u pegi kat gambo2 kita tu..you tag I tau..."

Akak2 office dah belajar pakai facebook...damnnnn

16.4.09

Album

-Gambar saya dan 'date' saya pegi wedding Gel..Haha..tu nenek dia ah..

blog buih

Aku dah siap satu album

Tak,ni bukan macam debut album solo aku. Actually kalau aku buat album solo pun ok gak. Ye la, front man sibuk nak kawen. Guitarist dua- dua dah sebok dengan family. Drummer, sibuk dengan senibina.

Jadi aku release album gambar je.

Album gambar untuk kawan baik saya.


Software kecil yang bagus...

- dicelah penyokong Liverpool yang sebati dengan alasan "tahun depan masih ada"...

blog buih

i thought i was facing a stump.

I stood there stupyfied. Ape aku nak buat ni?

Ada satu lambang kat bawah corner screen tu. Lambang tu kata aku pakai barang cetak rompak.

Lalu aku Google dan ketemu dengan satu software kecil yang bagus. Anda pasti mahu juga.


Cantiknya....


blog buih

Anak sape la pandai sepak bola kuat2 camni.....

best 4 qualifies to the semifinal.....

Awkward moment kat Kentucky.

- Dah lama blog ni tak dihiasi awek comel. Gambar sekadar hiasan.
blog buih

Tengahari tadi aku makan ngan kawan aku kat Kentucky kat Pertama Compex. Dari segi rekaan binaan restoran tersebut, aku memang tak minat. Sungguh tak bijak menggunakan ruang. Kedainye memanjang.

Kalau kat sekolah aku dulu, kitorang panggil Kentuck. Kalau kat Subang sekarang ni panggil KFC. Namun, personally aku suka panggil dia dengan nama yang aku panggil dari kecik. Kentaki.
Aku memang sangat suka Kentaki.

So, sedang aku dan teman aku makan, kami terdengar suara2 yang berborak dalam bahasa asing. Lebih kurang begini perbualan mereka.

Lelaki: Khap kun...kun kap ro kam rap si kotai

Perempuan: emm....rokkun rap nak takotai..

Kemudian perempuan itu lalu di tepi kami dan pergi mengambil sos cili. Dia pegang botol pertama..dia belek2, kemudian dia letak balik. Dia angkat botol yang lagi satu. Dia angguk tanda puas. Seterusnya, dia memilih botol itu. Aku pandang pada pelekat di hadapan botol itu, Sos Cili Thai.

"Oooo orang Thai rupanya"

Aku cuba bangun untuk pergi ke wash basin. Dah selesai Dinner Plate aku kerjakan. Dinner plate at 1pm. Sambil aku pusing, lelaki tadi sedang cuba mengeluarkan sos cili thai tu. Tapi dia menggunakan aparatus pelik. Aku cuba untuk tidak stare perbuatan ganjil dia. Dia jolok sos tu dengan chopstick.

"Masalahnya, mana dia dapat chopstick dalam Kentaki ni?" Aku bertanya didalam hati ketika basuh tangan.

By the time aku abis basuh tangan dan duduk balik di tempat duduk aku, aku tengok dah nak sebotol sos dia tuang.

Aku sambung berborak. Habiskan air sprite.Tiba-tiba aku terdengar...

"Kak, akak nak air saya? Saya tak minum pun lagi.." Aku toleh untuk melihat apa yang berlaku.

"Ah sudah.." Bisik hati kecil aku.

Ada dua orang mat rempit dah bangun tetiba nak offer air kat orang2 Thai tu. Dia pusing dan kata "No No No...No english"

Aku dah takleh tahan nak gelak. Cepat2 aku pandang depan balik.

Kesian orang2 Thai. Negeri dia perang2 sampai nak makan Kentaki pun kena gi Pertama Complex. Tapi kot ye pun abang2 Melayu yang pemurah dan hidup harmonis ni, takyah la offer air macam tu.

"Ingat ni umah korang ke?"

15.4.09

Jika anda ke...Dewan Perdana Felda


blog buih

Kalau untuk bersanding, jangan tunggu orang datang dulu baru nak pakai baju pengantin

Kalau untuk makan, jangan lupa makan lebih2 sikit dessert dia rock.

Kalau untuk ambil gambar banyak, jangan jadi hulubalang.


Aku actually buat gambar ni untuk Gel & Eza, tapi sebab aku ni tak pandai amik gambar, gambar ni actually dah terkecik sikit.

Aku tak boleh nak print out. Orang tu kata nanti buruk.

So aku tampal kat sini.

Tahniah sekali lagi En Razman dan Puan Eza.

14.4.09

Chiaroscuro

blog buih

I wanted to find a common name for all of my pictures. I decided to put my name on the pictures. I also wanted another word. One that would signify my pictures.

Setelah sebulan belajar watermark, aku rasa dah sampai masanya aku ikut jejak langkah Encik Armi. Kena belajar dari orang yang obses. :)

So, ni la hasilnya. Chiaroscuro. Sebelum semua orang tanya "Apa benda tu?" Tolong la click kat link tu.

Hasil watermark ini dibantu oleh input2 dari Cik Hajar. Terima Kasih.

Oh ye, camane nak sebut? key + arrow + skew + row. Ok? Paham?

So lepas ni kalau jumpa aku boleh tanya..

"apo ko bondo chiaroscuro tu weih?"

-gambar chiaroscuro pertama.

ok nak sambung edit chiaroscuro2 lain.

What should my signature say?

-sungguh cantik dan tampan pasangan..eh ni bukan pengantin...ni sedara pengantin.
blog buih

lepas dah adjust2 gambar tu, aku terpikir nak letak watermark aku. Tapi apa yang aku harus letak? Nama penuh? macam tak sesuai.

Jadi aku google Peah Pictures.

Mahu tengok apa yang terpacul? Klik sini

So camane? boleh tolong suggest please.

13.4.09

Tits Shits


blog buih

Ok, it has got nothing to do with Tits and Shit.

It is however called a Tilt Shift effect ( I thought it rhymes.)

here's my try on the producing a fake tilt shift effect.

Team Oakley Ducati


blog buih

Ni la kerja kitorang sementara nak tunggu pengantin datang untuk raptai perkahwinan.

Dia memang sedia lambat.

Entah apa yang dibuatnya, aku tak pernah tau.

Sekarang aku ada banyak gambar2 yang harus diedit.

p/s: gambar diambil saudara Kept yang belum mendaftar keahlian lagi.

12.4.09

Siri Saiko Tokya Sampai Balik 25 - Nasi Lemak Tanglin


blog buih

Kalau nak makan nasi lemak ni, memang leceh. Kena bangun pagi2 dan gerak dari Subang. Dua faktor itu membuatkan nasik lemak ni amat jarang dimakan. Walaupun dia antara nasi lemak terbaik di Kuala Lumpur.

Pagi tadi kena pegi rehearsel wedding Gel. Jadi aku amik peluang untuk pergi ke sana. Boleh bawa kawan2 untuk mencuba nasi lemak tersebut.

Puas beratur masa nak beli nasik lemak tu. Kakak yang jual tu garang2 sikit walaupun cun. Masa kunjungan kami tadi, aku makan lauk sambal limpa dan sambal sotong.

Kami berselisih dengan Amad ketika kami sampai. Namun dia tidak perasan kerana sudah mahu pulang. Kalau awal sikit boleh breakfast ngan Amad. Euuww...

:p

Siri Saiko Tokya Sampai Balik 24 - Wok Hei @ Plaza Damas



blog buih

Aku rasa siri ni dah nak berjaya.

Maka aku kena tukar siri makanan ni dengan nama lain.

Final episode.

- spent a whole hour for this. Not for the HDR, but for the watermark.
blog buih

Aku nak belajar watermark gambar2 aku. Thing is, susah nak buat sebab aku pakai GIMP. Atau mungkin kerana aku masih belum belajar dan puas membelek internet. Look at that watermark again, it looks like shit doesn't it?

Actually, alot of things look like shit today.

It started off with that feeling. Feeling like "Yeah, you gonna get in some deep shit today"
It was the feeling of missing someone and in this case, it's her. Si antagonis. Seminggu dia hilang. Watak aku sebagai protagonis tak lengkap.

Aku jumpa dia di sebuah Bar mewah dan cosy. Aku duduk dengan kawan2nya. Aku suka melihat dia gembira. Walaupun aku tak tahu apa nak cakap dengan kawan2nya. Mereka jauh lebih hebat. Kasta atasan. Aku hanya duduk mengagumi mereka berbual. Ada yang tapau makanan, ada yang tapau beer. Aku hanya mahu pergi makan dengannya.

Aku cadangkan Wok Hei. Kedai kopitiam kecil di Hartamas Shopping Complex.

Aku mahu duduk bercerita. Aku mahu cerita tentang esok. Esok hari yang sibuk.

Aku kena pergi ke raptai penuh perkahwinan kawan aku esok pagi. Aku kena jadi hulubalang. Escort pengantin.

Lepas tu atuk sedara aku kawen. "Malas aku nak citer yang ni. Aku pun takleh nak compute lagi"

Kemudian aku bergegas ke dewan itu untuk memenuhi posisi aku sebagai hulubalang semula.

Epilog.

Aku cuba hendak bercakap. Tapi tiada siapa yang mahu dengar. Dia di depan kawannya. Dia mahu jaga egonya.

Aku sudah tidak larat mahu bergaduh. Aku terlalu rindu ingin berborak dengannya. Dia terus membisu. Kemudian, dia mengarahkan kawannya menghantar dia pulang. Aku tidak menghalang. Lantas aku pulang. Tak sepatah pun dapat dibicarakan.

Aku terus berjalan. Aku masih rindu.

Tamat.

11.4.09

Penat dan Lapar dan harapkan tiada lagi slip ups malam ini.


blog buih

And I have to drive all the way to Decanter.

Aku nak makan, kemudian pulang.

Malam ni nak tengok bola sambil isap shisha.

Kalau kalah gak, aku akan hantar hantu yang kat belakang tuh untuk menyerang semua pemain2 Man Utd yang makin bodoh itu.

Oh and yeah..aku ade 11 orang follower...boleh buat team bola.